Campulley & Crank Pulley

Diy ini boleh dikatakan mencabar sikit sebab kena buka timing belt, buka cam pulley dan buka crankshaft pulley. pertamanya tools kena mencukupi dan mempunyai keyakinan yang tinggi untuk melakukannya kerana hanya dengan kesilapan yang kecil boleh merosakkan enjin anda. gambar-gambar di bawah menceritakan segalanya dan pada hakikatnya proses memasang alat ini agak rumit. tapi semua ini tak jadi masalah sekiranya dah biasa tukar timing belt pada jentera masing-masing. so tak salah kalau mencuba untuk menukar adjustable campulley serta lighten crank pulley


campulley standard memang dah statik dan tak boleh laras lagi sama ada nak retard atau advance intake dan exhaust. hanya boleh adjust ignition timing dalam keadaan standard sahaja. dengan adanya campulley aftermarket yang boleh laras maka kita boleh setkan cam intake dan cam exhaust sesuai dengan enjin kereta kita dan tidak bole sewenang-wenangnya adjust begitu sahaja, malahan boleh mengakibatkan keupayaan enjin semakin menurun atau kata orang semakin lemau. apa yang kita harapkan ialah dengan pemasangan adjustable cam pulley ini boleh menambahkan sedikit kuasa dan pick up enjin kita, itulah sebenarnya yang kita mahukan pada kereta kita


crank pulley standard beratnya telah disesuaikan dengan enjin tapi sekiranya menggunakan crank pulley yang ringan boleh menambahkan lagi pick up kereta tambahan pula digandingkan dengan penyelarasan cam pulley yang dibuat dengan betul. untuk set cam pulley kena banyak kali test, adjust, test, adjust dan begitulah seterusnya sehingga kita mendapat kuasa yang diingini. kalau ada mesin dyno lagi senang nak cek, sediakan duit je. ada sesetengah pendapat yang mengatakan bila kita memasang cam pulley aftermarket yang ringan maka balancing enjin dah menjadi tak betul dan enjin menjadi tak balance. ada juga kebenarannya kan, nanti saya test dulu kat kereta saya dan kalau ada masa dan kesempatan saya akan update dalam blog saya penggunaan lighten crank pulley ini sama da selamat atau tidak digunakan pada kereta untuk jangka masa yang panjang



keluarkan timing belt dan belt-belt lain yang berkaitan dengannya seperti belt alternator, belt power steering dan compressor aircond. itu lah yang saya nyatakan tadi untuk memasang cam pulley dan crank pulley sama seperti nak menukar timing belt. yang penting pengetahuan kena ada ditambah pula dengan tools yang mencukupi


gunakan spanar box bersaiz 17mm untuk membuka nat cam pulley, harus diingat nat ini sangat ketat dan perlukan kekuatan tenaga sikit untuk membukanya. saya perlu buka rocker arm cover sebab nak tahan camshaft supaya tidak bergerak kerana pada enjin 4G92 MIVEC ini kita boleh gunakan spanar common ring pada cam tersebut sebagai penahan supaya tidak turut berputar semasa hendak membuka nat camshaft. sebenar tanpa buka rocker arm cover pun boleh buat, ada special tool iaitu campulley holder boleh digunakan untuk membuka nat cam


sebaik sahaj cam pulley standard dikeluarkan, bolehlah anda memasang adjustable campulley dan ketatkan nat 17mm tu secukupnya, biar betul-betul ketat tapi jangan terlalu ketat atau over tighten kerana boleh merosakkan thread tersebut. dah siap pasang setkan marking intake dan exhaust ke 0' terlebih dahulu dan kemuadiannya ketatkan nat allenkey secukupnya


pasang semula timing belt dan lain-lain belt. bolehlah anda setkan cam kereta anda. sebagai contohnya bagi enjin DOHC boleh set intake retard 4' dan exhaust advance 4'. kena test kereta dahulu kat jalan sama ada sesuai atau tidak dengan setting ini. kalau tak sesuai kena set semula sehingga dapat betul-betul apa yang diinginkan


start kereta beberapa ketika dan pastikan tiada apa-apa masalah yang berlaku boleh mula menguji kereta anda. ada rasa perbezaan atau tidak hanya owner kereta sahaja yang megetahui kondisi enjin dan jentera masing. bagi jentera saya adalah sedikit perbezaan daripada sebelumnya dan kalau nak ok lagi adjustable cam pulley ini dipasangkan sekali dengan racing cam, barulah ada ummphh...


penggunaan crank pulley lighten boleh dibuat dan boleh menambahkan pickup sikit tapi janganlah ambil yang kecil, biarlah sama saiz denan yang asal. ada pandangan mengatakan lama-kelamaan akan merosakkan bearing conrod sebab enjin dah jadi tak balance. mungkin ada kebenarannya kerana bera kiri dan kanan cranshaft dah tak sama. tunggu review dan ulasan saya seterusnya dalam entri keluaran akan datang sama ada memudaratkan enjin atau tidak apabila menggunakan crank pulley yang lebih ringan daripada asal. banyak brand aftermarket yang mengeluarkan crank pulley ini dan masing-masing menunjukkan kelebihan barangan yang dikeluarkannya


cam pulley dan crank pulley asal usah dijual atau dibuang, lebih baik simpan balik, mana tahu suatu hari nanti kita akan memerlukannya semula, susah nak cari barang ori dalam kondisi yang sempurna macam asal. saya pasang ni pun pada kereta sendiri sekaradar nak menguji sahaja, terutamanya crank pulley dan sekiranya tidak sesuai atau mendatangkan kesan sampingan yang negatif saya akan pasang balik barang asal

sekian, terima kasih
sincerely
jefftacra

38 comments:

Anonymous said...

ada rasa per bila pakai adjustable campulley ni dengan crank pulley tu bro?

jeff_tacra said...

adjustable kalau kena setting yang betul boleh bertambah pickup kereta, begitu jugak dengan penukaran crankshaft pulley yang ringan

Anonymous said...

camshaft perlu tukar jugak atau biar standard jer? sebab ada dengar cakap2 kata kalu setakat tukar adjustable sahaja tnpa tukar camshaft ..adjustable tu x function sgt.. betul ke?
sebab mmg berminat nak guna adjustable pulley ni..

jeff_tacra said...

pakai cam standard ada lah juga beza sikit. sudah tentu dengan cam aftermarket ada beza banyak, kalau tak pakai adjustable campulley pun masuk cam saje dah rasa lain

mus said...

salam bro...nk ty bro pki adj cam and crank pulley ape brand....ok x???

jeff_tacra said...

pakai arospeed, ok je setakat ni

Anonymous said...

bro....bole bg cdgn x....sy igt nk pki adj. cam pulley dgn light crank pulley...tp high cam blm lg la psl blm ad modal....bole ke psg due bnde ni je tnpa high cam....pstu cam tu bpe darjah nk set...advance ke retard....kete wira 1.3 mmc injection....tq

jeff_tacra said...

boleh je pakai, try cari brand works atau arospeed. ejas adjustable campulley retard 6 degree

Anonymous said...

ok2...tq 4 da reply...nti sy try...ppe hal sy btau blik...

Anonymous said...

klau retard tkde pickup lah ,setting ke kanan kan??klau ke kiri bru pickup..tul ke

Anonymous said...

salam bro..nk tnye sket..klau nk tkar adj.cam dan crank pulley tu..kne bkk belting tu juz kat alternato je kn?( klau slh btl kan) head kne bkk jgk ke?
yg penting kne ejus kat mne lg? ke bkk n sarung jew... kete wira 1.5 carb jew..hehehe

jeff_tacra said...

semua belting kena buka sebab nak tukar adjustable campulley dan crank pulley kan. head tak perlu buka

Anonymous said...

salam bro tumpang tnya....bujet nak tukar adjustable campulley n crankshaft ni brape ye??

jeff_tacra said...

harga adjustable campulley untuk DOHC lebih kurang rm350 dan crank pulley sekitar rm200 lebih

Anonymous said...

salam bro....kalau setakat tukar lightened crank pulley sahaja...plug n play saja kan...tak payah setting apa apa kan...jadi apa bezanya terhadap kereta ya...

Anonymous said...

mana nak dapat crank pulley oversized dan harganya?

Anonymous said...

silap...undersized(kecil+ringan dr oem nye)

jeff_tacra said...

crankpulley ni kebanyakannya dijual di mana-mana kedai menjual peralatan performance kereta. kat kedai spare part atau kedai accessories biasanya tak ada

Anonymous said...

byk jual yg same size ngn oem nye..nk cari undersize ssh..

Anonymous said...

salam..
cam shaft std 4g63,pakai adjustable cam pully hks...
kat pully tu ader tulis A dan R
abg jeff boleh tolong bagi tip sikit nak ejas pully tu yang ejos berapa degree A or R dan intake berapa degree A or R?
nak bagi sedap sikit pikap...
orang baru nak berjinak2.....sory yer..

jeff_tacra said...

A = dengan advance dan R = retard. kebiasaanya nak adjust benda ni kena set jugak ignition timing supaya selaras dengan perubahan yang kita lakukan. pomen tahu buat semua ni

Anonymous said...

salam bos...ape dia y dililit kat tengkok ekzos seperti gambar diatas ye...fungsi utk ape..

jeff_tacra said...

itu ialah termo wrap iaitu gunanya untuk mengurangkan kepanasan pada extractor dengan menghalang haba panas daripada keluar ke bahagia enjin

Mohd Zubair Affan Baharom said...

salam bang...saya pkai mivec 1st gen...dah pkai adj. cam pulley...soalan saya kalau kite buat adjustment kat cam pulley tu, perlu ke kite buat adjustment kat TPS dan distributor?tq..

jeff_tacra said...

kat TPS tak perlu adjust apa-apa, kat distributor kena adjust untuk laraskan ignition

Mohd Zubair Affan Baharom said...

nk kene pkai timing light jugak ke untuk dapatkn ignition yg tepat?

Norhazrol mohamad shaari said...

Salam bro nk tny wira 1.5 ignition dah paka cam pulley n high cam..mane yg paling tepat utk advance n retard n berapa mm harus diletakkn..lg 1 perlu ke klu tukar crank pulley plak..ape kelebihannye..

P/S:harap balas sy nak taw sgt2 ni

Norhazrol mohamad shaari said...
This comment has been removed by the author.
Norhazrol mohamad shaari said...
This comment has been removed by the author.
badmelatonin said...
This comment has been removed by the author.
badmelatonin said...

salam bang. sy nk tukar crank & adjustable cam pulley kat keta viva 1.0 auto sy. klu cam tu sy setting kat 0 (tengah) je ok ke? ada peformance ke klu setting camtu since cam pulley tu ringan? lg 1 klu tukar adj cam pulley, dvvt tu masih berfungsi cam biasa ke? berhajat nk amik brand arospeed...

Yanti Alang said...

Salam abg jeff. Wira 1.5 vdo standard. Adjust cam pulley berapa byk utk sesedap pemanduan... advance atau retard...adjustable cam pulley HKS

Anonymous said...

wei cekadak...dah keta ko wira 1.3 1.5 takyah pasang menda2 ni...bukan laju pun wakakaka...dah enjn pekak sama je dgn tuannya pekak...

Dit Log said...

Bahasa melambangkn bangsa, rugi sekolah tinggi-tinggi kalau berperangai begini.

Unknown said...

Assalam bang. Kalau silap marking cam pulley kereta boleh jadi berat dan mengerang bila highrev?

alam boy5073 said...

bahasa cm x g skolah..ingt org tu xde duit ke nk buat...tgk cermin skit..

alam boy5073 said...

bahasa cm x g skolah..ingt org tu xde duit ke nk buat...tgk cermin skit..

faiz jufri said...

Salam bang. Kalau kereta standart tukar crank dengan cam pulley boleh ke ?