Campulley & Crank Pulley

Diy ini boleh dikatakan mencabar sikit sebab kena buka timing belt, buka cam pulley dan buka crankshaft pulley. pertamanya tools kena mencukupi dan mempunyai keyakinan yang tinggi untuk melakukannya kerana hanya dengan kesilapan yang kecil boleh merosakkan enjin anda. gambar-gambar di bawah menceritakan segalanya dan pada hakikatnya proses memasang alat ini agak rumit. tapi semua ini tak jadi masalah sekiranya dah biasa tukar timing belt pada jentera masing-masing. so tak salah kalau mencuba untuk menukar adjustable campulley serta lighten crank pulley


campulley standard memang dah statik dan tak boleh laras lagi sama ada nak retard atau advance intake dan exhaust. hanya boleh adjust ignition timing dalam keadaan standard sahaja. dengan adanya campulley aftermarket yang boleh laras maka kita boleh setkan cam intake dan cam exhaust sesuai dengan enjin kereta kita dan tidak bole sewenang-wenangnya adjust begitu sahaja, malahan boleh mengakibatkan keupayaan enjin semakin menurun atau kata orang semakin lemau. apa yang kita harapkan ialah dengan pemasangan adjustable cam pulley ini boleh menambahkan sedikit kuasa dan pick up enjin kita, itulah sebenarnya yang kita mahukan pada kereta kita


crank pulley standard beratnya telah disesuaikan dengan enjin tapi sekiranya menggunakan crank pulley yang ringan boleh menambahkan lagi pick up kereta tambahan pula digandingkan dengan penyelarasan cam pulley yang dibuat dengan betul. untuk set cam pulley kena banyak kali test, adjust, test, adjust dan begitulah seterusnya sehingga kita mendapat kuasa yang diingini. kalau ada mesin dyno lagi senang nak cek, sediakan duit je. ada sesetengah pendapat yang mengatakan bila kita memasang cam pulley aftermarket yang ringan maka balancing enjin dah menjadi tak betul dan enjin menjadi tak balance. ada juga kebenarannya kan, nanti saya test dulu kat kereta saya dan kalau ada masa dan kesempatan saya akan update dalam blog saya penggunaan lighten crank pulley ini sama da selamat atau tidak digunakan pada kereta untuk jangka masa yang panjang



keluarkan timing belt dan belt-belt lain yang berkaitan dengannya seperti belt alternator, belt power steering dan compressor aircond. itu lah yang saya nyatakan tadi untuk memasang cam pulley dan crank pulley sama seperti nak menukar timing belt. yang penting pengetahuan kena ada ditambah pula dengan tools yang mencukupi


gunakan spanar box bersaiz 17mm untuk membuka nat cam pulley, harus diingat nat ini sangat ketat dan perlukan kekuatan tenaga sikit untuk membukanya. saya perlu buka rocker arm cover sebab nak tahan camshaft supaya tidak bergerak kerana pada enjin 4G92 MIVEC ini kita boleh gunakan spanar common ring pada cam tersebut sebagai penahan supaya tidak turut berputar semasa hendak membuka nat camshaft. sebenar tanpa buka rocker arm cover pun boleh buat, ada special tool iaitu campulley holder boleh digunakan untuk membuka nat cam


sebaik sahaj cam pulley standard dikeluarkan, bolehlah anda memasang adjustable campulley dan ketatkan nat 17mm tu secukupnya, biar betul-betul ketat tapi jangan terlalu ketat atau over tighten kerana boleh merosakkan thread tersebut. dah siap pasang setkan marking intake dan exhaust ke 0' terlebih dahulu dan kemuadiannya ketatkan nat allenkey secukupnya


pasang semula timing belt dan lain-lain belt. bolehlah anda setkan cam kereta anda. sebagai contohnya bagi enjin DOHC boleh set intake retard 4' dan exhaust advance 4'. kena test kereta dahulu kat jalan sama ada sesuai atau tidak dengan setting ini. kalau tak sesuai kena set semula sehingga dapat betul-betul apa yang diinginkan


start kereta beberapa ketika dan pastikan tiada apa-apa masalah yang berlaku boleh mula menguji kereta anda. ada rasa perbezaan atau tidak hanya owner kereta sahaja yang megetahui kondisi enjin dan jentera masing. bagi jentera saya adalah sedikit perbezaan daripada sebelumnya dan kalau nak ok lagi adjustable cam pulley ini dipasangkan sekali dengan racing cam, barulah ada ummphh...


penggunaan crank pulley lighten boleh dibuat dan boleh menambahkan pickup sikit tapi janganlah ambil yang kecil, biarlah sama saiz denan yang asal. ada pandangan mengatakan lama-kelamaan akan merosakkan bearing conrod sebab enjin dah jadi tak balance. mungkin ada kebenarannya kerana bera kiri dan kanan cranshaft dah tak sama. tunggu review dan ulasan saya seterusnya dalam entri keluaran akan datang sama ada memudaratkan enjin atau tidak apabila menggunakan crank pulley yang lebih ringan daripada asal. banyak brand aftermarket yang mengeluarkan crank pulley ini dan masing-masing menunjukkan kelebihan barangan yang dikeluarkannya


cam pulley dan crank pulley asal usah dijual atau dibuang, lebih baik simpan balik, mana tahu suatu hari nanti kita akan memerlukannya semula, susah nak cari barang ori dalam kondisi yang sempurna macam asal. saya pasang ni pun pada kereta sendiri sekaradar nak menguji sahaja, terutamanya crank pulley dan sekiranya tidak sesuai atau mendatangkan kesan sampingan yang negatif saya akan pasang balik barang asal

sekian, terima kasih
sincerely
jefftacra