Air Purifier For Viva

air purifier perodua viva

kebiasaannya kereta viva/myvi tidak dipasangkan dengan penapis udara bagi sistem aircond. lama kelamaan cooling coil akan menjadi kotor dan cepat tersumbat dengan habuk dan debu. untuk service aircond perodua viva terpaksa buka dashboard terlebih dahulu sudah pasti kosnya tinggi. faham sahajalah bila kita dah bawa kereta untuk service aircond di mana-mana kedai atau bengkel selalunya menelan kos yang tinggi sebab pada mulanya kita nak servis hanya cooling coil tetapi berjangkit ke bahagian komponen-kompenan yang lain. jadi sebagai langkah awal lebih baik kita pasang penapis udara untuk aircond kereta kita, sekurang-kurangnya jangka hayat cooling coil dan peralatan yang berkaitan dengan aircond dapat bertahan lebih lama. harus diingat sistem penyejukan kereta kita ini perlulah diservis setiap 2 tahun sekali mengikut cadangan pengeluar kereta. biasalah orang kita, selagi boleh guna selagi tu pakai, bila dah rosak terus barulah cari kedai untuk baiki. sedaiakan duit je lah...

pemasangan penapis ini amatlah digalakkan, udara pun akan jadi bersih dan sistem aircond kereta pun akan tahan lebih lama daripada kebiasaan, bukan payah sangat tapi yang peliknya kenapa pengilang tidak terus memasangnya sedangkan slot untuk tempat pemasangan memang telah sedia ada pada kereta tersebut. takkanlah nak jimat kos pulak


kotak air purifier sirion akan myvi yang boleh diperolehi di mana-mana kedai spare part dengan harga sekitar rm50 ke atas. saya telah membeli jenis sirion atau myvi ini memandangkan filter utnuk kereta viva belum dikeluarkan lagi. jadi kita kena mod sikit kalau nak masuk kat viva, potong sikit bahagian tepi sebab besar sikit dan tak dapat masuk untuk viva. namun sekarang dah banyak dijual filter untuk kereta viva. terus pasang sahaja secara plug n play

rupa penapis udara aircond yang berwarna putih dan plastik hitam atas tu ialah cover tempat filter tersebut dipasang nanti, kiranya sebagai penutup sebab kita terpaksa memotong plastik asal pada blower nanti. jangan risau kena potong kerana cover ini memang ngam masuk dan ada lock lagi supaya tidak tercabut dari blower


buka glove box, tarik je ke dan glove box dapat dicabut dengan mudah kerana glove box viva tidak mempunya skru pun. buka dan tarik keluar dan dengan mudahnya dapat dicabut glove box tersebut



ini tempat yang perlu di pasang penapis udara, perhatikan kotak yang segi empat melintang dan pada bahagian tepinya dah tersedia ruang atau tempat untuk kita potong nanti



potong ikut line tepi sehingga putus dengan menggunakan cutter. bahagian alurnya lembut je, dapat potong dengan begitu mudah sekali. ptong hingga putus di sekelilingnya dan keluarkan lebihan plastik yang dipotong tadi


masukkan penapis udara dalam ruang berkenaan seperti pada gambar yang ditunjukkan di atas


tolak sehingga semuanya masuk ke dalam


tutup dengan cover yang disediakan, slot in sahaja


dah siap... pasang balik glove box dan hidupkan enjin, pasang ekon. udara akan jadi perlahan sedikit tetapi dah terasa kelainan angin yang keluar. terasa lebih nyaman dan segar kerana telah bebas daripada debu dan habuk

18 comments:

TurboBee said...

Wow!!

mR Gee.!! said...

blower wira/mitsu... pakai dok mende nih abe jePP..?

asdi said...

bang jeff, keter apa lagik yg bulih buat cenggini? kelisa dan exora sama jugak ka?

jeff_tacra said...

kereta lain tak pasti lah bro, kena cek kat blower

liger5449 said...

kat mana nak dapat air purifier sirion tu... susah betul nak cari kat kuantan ni...

jeff_tacra said...

try cari kat spare part yang jual barang perodua, sirion ni untuk myvi sebenarnya. kalau untuk viva memang dah ada sekarang. kat service perodua pun ada jual benda ni

mangoax said...

kete wira ade pasang tak bende ni???

robot said...

kt myvi da ade ke benda ni

kulan said...

SALAM, BERAPE HARGA nya?

jeff_tacra said...

wsalam, harga lebih kurang 35 ke atas

4G15 said...

bro,kt mana blh bli filter ni? online ade x?

jeff_tacra said...

kat kedai spare part pun ada jual ni

viva850 said...

Kat kuching, sarawak susah cri bro. Boleh order x?

jeff_tacra said...

Boleh beli secara online di www.lelong.com.my

pali said...

brape ni skali cover penutup tu?

Nasry Nadya said...

dekat kedah RM30 sekali braket...

MOhd Firdaus said...

kat na kat kedah?

shazila said...

Salam..ptut la aircond xsjuk...ni mkne kne servis ni..hrga brape ek..mne elok servis dkt produa srvis cnter ke atau kt lua??