Fog Lamp Installation

kali ni ditunjukkan bagaimana cara nak pasang fog lamp GTI kat bumper wira atau apa-apa fog lamp yang diminati memang boleh masuk kat mana-mana bumper tetapi haru diingat terpaksalah di'mod' sikit. maksimum saiz yang boleh masuk kat bumper wira ialah 3 inci sahaja, lebih daripada itu memang tak dapat masuk. foglamp gti yang boleh plug n play pada bumper gti sahaja dan sekiranya nak pasang pada bumper wira standard yang lain maka perlulah dijalankan pengubahsuaian tertentu supaya dapat masuk dengan rapi pada kedudukan lubang foglamp asal di bumper. bracket untuk memegang foglamp ini juga perlu dibuat dan dihasilkan sendiri dengan menggunakan bahan yang bersesuaian


ini merupakan fog lamp original GTI yang boleh didapati dengan harga sekitar rm180 - rm230 sepasang. kalau nak saya ada tempat untuk dapatkan barang tu, hehee... boleh hubungi saya melalui email pada ruang contact di atas. lampu boleh dikatakan agak tahan lama dan tidak muda rosak memandangkan material yang digunakan aga baik, kaca pun nampak tebal daripada foglamp yang erdapat di kedai aksesori. namun kalau dah nak rosak memang akan rosak juga, terkena batu semasa memandu pun boleh memecahkan kaca lampu tersebut, dah tak boleh buat apa. sama juga dengan windscreen, kalau terkena percikan batu dia atas jalan raya pun boleh retak seribu atau pun pada awalnya hanya crack kecil sahaja



pertamanya kena lah bukak bumper terlebih dahulu dan cara untuk buka bumper akan saya jelaskan kemudian... siap bergambar lagi. gambar atas tu ialah tapak fog lamp asal proton wira keluaran tahun 2001 yang perlu kita potong. sudah ada tempat yang sesuai utnuk dipotong dan mengikut acuan tempat tersebut. gunakan cutter yang tajam dan potonglah perlahan-lahan agar kesemuanya dapat ditanggalkan dengan sempurna


dah siap potong, hanya dengan menggunakan pisau pemotong biasa sahaja. ruang foglamp dah terbuak luas dan boleh dimasukkan foglamp GTI ini. tapi bukan secara plug n play dan tak boleh letak macam tu sahaja, kena mod bracket


masukkan fog lamp tersebut dan di belakang inilah tempat yang perlu di mod sikit iaitu dengan menggunakan bracket besi seperti dalam gambar. buatlah ikut kreativiti masing-masing sebab tidak ada bracket khusus untuk memasang foglamp ini. saya gunakan besi nipis yang bulat-bulat dan besi lain yang disesuaikan dengan bumper


dah pasang sebelah, walaupun lubang agak besar daripada lampu GTI tetapi ini bukanlah masalah besar, lampu boleh dipasang dengan baik. kalau pada waktu malam lampu ini agak terang sedikit jika dibandingkan dengan foglamp standard wira tahun 2001, tak ada gambar pulak nak tunjuk lampu asal kat bumper ni


dah siap keseluruhannya, gunakan wiring asal untuk sambung kat fog lamp ni. sebenarnya fog lamp GTI ini boleh diubahsuai sedikit untuk memasukkan bulb jenis HID, nanti keluaran akan datang saya paparkan bagaimana memasang HID kit pada lampu. ternyata penggunaan HID adalah menjadi satu kesalahan di negara kita dan boleh disaman oleh pihak berkuasa. saya kira pemasangan pada foglamp tak mendatangkan apa-apa masalah sebab bukannya setiap masa kita on foglamp ini, tambahan pula ada suis untuk off jika ada operasi pihak berkuasa. tujuan berbuat demikian hanyalah membantu lampu utama terutamanya pada waktu malam berkabus atau hujan lebat

sincerely
jefftacra

25 comments:

Anonymous said...

salam bro ..
tumpang tnye ..
fog light tu bulat kn ..
then xde ruang kosong ke keliling fog light tue?

tacra aka jeff said...

ada ruang kosong
tapi tak ketara sangat
nampak ok je

Anonymous said...

salam bro....
bleh tak bagi diagram wiring fog lamp....sambung2 die kat mane????
tq....

Anonymous said...

salam abg jeff...

kalau keta yg tak penah pasang fog lamp, dari mana elok nk tarik wiring dia.?

jeff_tacra said...

ambik supply dari bateri dengan menggunakan sebijik relay, buat satu sis kat dashboard, rujuk pada entri relay dalam blog ni

Anonymous said...

fog lamp ni ngam ke klu masuk bumper wira se bro?

jeff_tacra said...

memang ngam masuk kat bumper SE, dah pernah pasang kat wira SE

Anonymous said...

oyeker..brapa ye bro rega die skrg..klu bro carikan boleh ker? heheh

fazsly08@yahoo.com

jeff_tacra said...

brand new rm200 siap postage. kalau nak contact saya 0129013452

Anonymous said...

abg jeff.. boleh bg diagram wiring foglamp ni untuk dashboard mitsu.. sekarang dashboard mitsu ni bila saya on suis foglamp tu..lampu kecil dan lampu belakang serta lampu meter menyala.. adakah wiring asal mmg mcm ni? saya baru saja convert enjin mitsu..sy tgk soket semua asal..x da potong2.. jd mcm mana nk buat wiring supaya foglamp menyala..tq..

Anonymous said...

abg jeff.. boleh bg diagram wiring foglamp ni untuk dashboard mitsu.. sekarang dashboard mitsu ni bila saya on suis foglamp tu..lampu kecil dan lampu belakang serta lampu meter menyala.. adakah wiring asal mmg mcm ni? saya baru saja convert enjin mitsu..sy tgk soket semua asal..x da potong2.. jd mcm mana nk buat wiring supaya foglamp menyala..tq..

jeff_tacra said...

kena mod wiring pada suis foglamp, potong dan sambung ke foglamp, letak relay satu

Anonymous said...

wayar mana yg nak kena potong? saya buka tgk soket dibelakang suis tu ada 6 wayar. yg saya kenal pasti satu wayar lampu iaitu warna hijau stripe putih. yg lain2 x tahu wayar apa. kalu abg jeff bleh bg diagram ok jugak.. foglamp dah pasang kt bumper..

jeff_tacra said...

kena test wire mana supply 12v masa on suis, gunakan test lamp. wire lampu hitam stripe kuning dan hijau stripe putih

Rahaza said...

Bang saya da bwat guna suis 3 pin & ok....tp da bli acc vent ade suis fog lamp yg 4 wayar....so camane nak sambung wayar tu....

Rahaza said...

Bang saya da bwat guna suis 3 pin & ok....tp da bli acc vent ade suis fog lamp yg 4 wayar....so camane nak sambung wayar tu....

Anonymous said...

b.jeff,apa fungsi braket pengikat yang ada lubang tu?braket memang pasang satu je kat ataskan?bawah tak perlu yer.saya try pasang foglamp raybrig tapi macam tak boleh cara diatas

car_duck16 said...

rahaza,bole guna test lamp untuk cari supply +12v dan sambung 1 relay.

pijut said...

bro..nak tanya la.. mana nak cari fog lamp alza..yg terang..warna kuning..klu ada port blh sms saya 0132008423 atau email paradise_fir87@yahoo.com ... harap dapat bantu

mohd amar arshad said...

abg jep. wira SE nyer fog lamp bukan lonjong skt ke dari GTI nyer. tak silap GTI nyer bulat, ngan ke masuk bumper SE? RM200 tu harga tuk GTI kan, tu harga sebelah ke, sepasang kiri kanan?

llyod banks said...

sya perasan...ada 2 brket yg digunakan...bket yg bulat2..tu ikat kemana abg jeff...?

llyod banks said...
This comment has been removed by the author.
llyod banks said...

so...skrng pkai foglamp ape brand...?

llyod banks said...

so...skrng pkai foglamp ape brand...?

azam said...

mslhnye wayar asal fog lamp aku tu cine babi tu potong, smbung gne seltip je, bangsat pnye cine