Manual Transmission Oil

penukaran MTL iaitu manual transmission oil bagi gearbox manual sebaiknya dilakukan setiap 40,000 mileage atau pun boleh lajak lagi ke 50,000 mileage bergantung kepada jenis minyak yang digunakan. kalau kereta selalu mengharungi hujan atau banjir terutamanya bagi yang tinggal di pantai timur yang selalu dilanda musim tengkujuh pada hujung tahun, saya cadangkan apabila selesai sahaja musim hujan lebih baik tukar minyak gearbox sama ada bagi enjin manual atau enjin auto. kenapa perlu berbuat demikian? jawabnya kerana air boleh measukki ke dalam gearbox dan boleh bercampur dengan minyak di dalamnya dan hasilnya nanti boleh merosakkan gearbox kerana. kos untuk averhaul boleh tahan harganya, tapi lebih parah lagi kalau terpaksa menukar dengan gearbox lain yang harganya boleh mencecah ribuan ringgit.

sebenarnya ada boleh melakukan sendiri penukaran minyak gearbox ini, kaedahnya lebih kurang sama sahaja dengan penukaran minyak enjin. bagi enjin manula seperti enjin proton dan lancer hanya memerlukan 2 liter sahaja dalam gearbox, jangan over fill nanti boleh menyebabkan gearbox bekerja dalam keadaan terpaksa dan seterusnya boleh meudaratkan gearbox anda

seperti kebiasaanya jack diperlukan kerana untuk membuka nat drain oil ni perlu masuk sedikit melalui bawah kereta. amaran keras: anda wajib meletakkan jack stand di bawah kereta dan jangan harapkan jack hydraulic itu sahaja kerana kesilapan boleh berlaku bila-bila masa pada jack berkenaan. malang tidak berbau, cegah sebelum parah, ambil langkah keselamatan yang sewajarnya apabila hendakl melakukan kerja-kerja yang memerlukan kita masuk ke bawah kereta. kalau di bengkel lain lah, peralatan dan kemudahannya cukup dan lengkap. dengan penggunaan jack stand memang mebantu mengampu kereta sekiranya masalah teknikal pada jack hydraulic berlaku, jangan pandan ringan akan hal ini, safety first


apabila segalanya dah ok, maka boleh masuk sedikit ke bawah kereta dan gunakan spanar ring 24mm untuk membuka drain nut seperti yang tertera pada gambar. harus diingatkan pula nat pada gearbox ini bentuknya leper dan jangan gunanya spanar open kerana selalunya mudah losse nat tersebut. tak pasal-pasal kena pahat pulak nat dan terpaksa diganti dengan nat lain. saya memang mengganti dengan nat lain yang bentuknya macam biasa yang diperolehi daripada kedai spare part, cakap je kat tokey kedai kata nak nat drain oil gear box wira. tahu lah mereka yang mana satu saiznya



letak balang atau apa-apa tadahan untuk menakung minyak agar tidak tumpah ke tempat lain, jagalah jugak alam sekitar kita ni supaya tidak tercemar ye. kelihatan minyak di atas dah berubah warna, dah jadi macam keruh sedikit, disyakki bercampur dengan air kerana kerap meredah air semasa musim hujan. lagipun dah terasa tidak smooth semasa penukaran gear juga merupakan tanda-tanda awal untuk menukar minyak gearbox. kadang-kadang apabila kita susah nak masuk gear atau semasa memasukkan gear ada bunyi sikit, rasa maca perlu dipaksa sedikit, dengan hanya menukar minyak gearbox yang baru pun boleh mengatasi masalah ini


apabila dah selesai buang minyak lama, tutup balik drain oil nat dan ketatkan secukupnya. beralih pula pada bahagian hadapan gearbox dan perhatikan satu nat yang terasing bersaiz 17mm, ini merupakan tempat kemasukan minyak gear yang baru. ada sesetengah pomen memasukkan minyak gear melalui lubang cable meter, pun boleh dilakukan tetapi tidak digalakkan kerana perlu mencabut satu gear kecil yang bersambung dengan cable meter. kalau pemasangan salah nanti boleh merosakkan cable meter dan yang berkaitan dengannya. buka nut no.17 kat bahagian depan gearbox untuk memasukkan minyak yang baru. gunakan kreativiti anda untuk membuat saluran kemasukan minyak


saya menggunakan minyak gear jenis sintetik brand REDLINE dengan harga sekitar rm55.00 bagi satu liter. kita perlukan 2 liter sahaja. ada lagi brand lain yang biasa terdapat di pasaran seperti castrol, shell dan sebagainya dengan pelbagai harga. kalau gearbox manual wira atau mitsu saya cadangkan boleh mencuba brand castrol SLX dengan harga sekitar rm30.00 satu liter. biasa ada jual di kedai spare part. castrol SLX boleh digunakan pada gearbox jenis limited slip diffrential (LSD) atapun pada gearbox biasa. namun harus diingat minyak gearbox biasa tidak boleh digunakan bagi kotak gear LSD


peralatan custom made untuk memasukkan minyak gearbox. gunakan corong minyak dan hose gas memasak sahaja, terpulang pada kreativiti masaing-masing. da juga yang membuatnya dengan menggunakan hose paip air, pun dapat digunakan untuk memasukkan minya ke dalam kotak gear




masukkan hujung hose ke dalam gearbox... bahagian hadapan seperti yang saya nyatak di atas tadi. hujung hose tu biarlah ke dalam sedikit di dalam gear box supaya minyak tak keluar. sebenarnya da corong aluminium atau besi yang dijual di kedai tapi rasanya tak berbaloi dan beli. pakai hose paip pun dah memadai dengan syarat pastikan saluran hose bebas daripada kotoran tertentu


minyak gear yang lama telah dikeluarkan daripada gearbox, dah nampak hitam sikit. kalau minyak gear auto selalunya berwarna merah dan kotak gear manual warna kekuningan sedikit. kalau dah hitam pekat seperti ini memang sesuai sangatlah ditukar dengan minyak baru


masukkan minyak baru dengan  hati-hati dan hanya 2 liter sahaja atau pun untuk mengetahui minyak dah mencukupi atau tidak semasa memasukkan minyak gear, jika minyak mulai keluar ikut lubang inlet atau hose pada gearbox tadi bermakna minyak dah mencukupi. keluarkan hose dan cepat-cept pasang balik nat 17mm tadi, ketatkan secukupnya. dah pun selesai...

sekian, terima kasih
sincerely
jefftacra

49 comments:

TurboBee said...

Balik ni nak tukar minyak geibox la...

Kita kena isi sampai minyak tu melimpah la ek?

Baru penuh?

tacra aka jeff said...

yes... bila lubang masuk minyak dah mula keluar minyak bermakna minyak dah cukup lah tu...

TurboBee said...

Braper SAE yg disarankan utk geibox?

TAC pakai LSD kan? LSD takleh pakai minyak sembarangan, kan?

tacra aka jeff said...

manual sae 70/90 rasanya, kena check balik lah. ambe pakai castrol LSX 90 je

Anonymous said...

mcm ambe pakai jgk tu.....
castrol LSX. ok ringan je masuk gear...

jeff_tacra said...

kira ok lah castrol LSX, harga pun tak mahal mana

fir said...

klau nak pakai red line nk kena flush dlu ke gearbox ni?sbb myk ni mahal...heheh. cmne care nk flush gearbox?

hafiz said...

perlu x pakai gear treatment? sbb gear reverse saya susah nak masuk. jika perlu, brape sukatan atau ratio yg sesuai? adakah digalakkn guna treatment ni? thanks

jeff_tacra said...

saya tak pakai mana-mana treatment sama ada minyak enjin atau minyak gearbox

Anonymous said...

perlu ke flush dulu gearbox ni??

jeff_tacra said...

tak perlu flush takpe, drain minyak lama dan masuk minyak baru pun dah ok

Anonymous said...

slm...nk tnye...gearbox wira se 1.5 manual ape kod dia?

Anonymous said...

perlu turunkan kereta masa alir minyak lama & tuang minyak baru, tqvm.

jeff_tacra said...

tak turunkan kereta tak apa, dah sukat minyak keluar hampir 2 liter dan masuk pun hampir 2 liter jugak, no problem

Anonymous said...

terima kasih banyak banyak, sifu

Anonymous said...

jack stand harga agak2 berapa sepasang?

jeff_tacra said...

jack stand kalau 2 tan dalam rm70 ke atas sepasang

yozz said...

salam, itu hari ujan dan langgar lopak air, besok gear satu ngan dua susah nak masuk, nak kene tukar minyak gear ke? Air tu dah masuk dlm gearbox ke? Macam mana nak atasi....selain tukar minyak dan jangan langgar lopak air.....tolong bro. Clutch pump ada kene mengena ke?

jeff_tacra said...

air dah masuk dalam gearbox, terutamanya bagi gearbox yang tidak ada penutup lubang breather kat bahagian atas gearbox, try sek kat situ. solution kena tukar minyak gear baru

yozz said...

bro mana nak dapt penutup lubang breather tu, ada jual ke? kalao takde jual leh modify ke? nak tengok samada penutup tu ada ke tak tengok dr atas boleh?

jeff_tacra said...

tak pasti ada jual atau tidak, tengok dari atas boleh nampak. kalau penutup tu tak ada akan nampak isi dalam gearbox

Anonymous said...

boleh bg tau brape rega minyak gear box tuh? biasa kt kdi pki minyak dlm tong besar tuh... kira 2 liter sac baper erk?

jeff_tacra said...

redline rm55 bagi 1 liter, gearbox mitsu perlukan 2 liter

Anonymous said...

Assalam...

nk tanya dekat mana nak tengok atau tahu samada mnyak gear box perlu ditukar , selain dari payah nk masuk gear??

-wira 1997 4g91 injection-

Anonymous said...

MACAM MANA NK TUKAR MINYAK GEARBOX JENIS LSD?? SY PAKAI WIRA 1.6

jeff_tacra said...

sama je dengan cara di atas, gearbox lebih kurang sama cuma sistem lsd ni lain sikit dari normal gearbox

mike nongsi said...

Bro biase kedai accesories ke yg wat change gear oil ni?

jeff_tacra said...

change engine oil or gear oil kedai accessories tak buat, biasa kena pergi bengkel

fadzlil said...

Bro, sy pun hadapi masalah gear,benda nie jadi selepas hujan n redah lopak air...pastu susah masuk gear 1 dan 2...tanya mekanik semua soh tukar clutch set...boleh tak buat artikel bagi wira yg ada masalh nie terutama yang tak ada penutup lubang breather...

jeff_tacra said...

gear dah bercampur dengan air, tukar je minyak gear baru dulu

Ajak said...

Sebelum tukar minyak gear ok lancar je tukar gear. Tapi lepas tukar minyak gear kat kedai, makin tak sedap dan susah nak masuk terutama awal pagi dari gear reverse nak masuk gear 1. Kenapa macam tu jadinya?

jack said...

salam abg jeff, sy nak tukar oil gear iswara, minyak apa biasa pakai? berapa liter? t

jeff_tacra said...

boleh cuba minyak gear castrol, guna hanya lebih kurang 2 liter je untuk gearbox

Farid Rosli said...

apa beza minyak redline botol kuning ni dgn redline botol biru?

rafie said...

mana nak cari ek minyak redline ni? Kedai spare part biasa ade jual ke? atau kena pegi kedai aksesori? Sy cuba cari di beberapa kedai sparepart tp xde jual

amin 7579 said...

bro2..honda city auto 2009--1.5 i-vtec gear oil berapa liter? baru2 saya tukar minyak gear yg lama keluar 2.5L. than just fill in 2.5L oil baru. check chipstick dah full. betul ke ni bro?

amin 7579 said...

bro2..honda city auto 2009--1.5 i-vtec gear oil berapa liter? baru2 saya tukar minyak gear yg lama keluar 2.5L. than just fill in 2.5L oil baru. check chipstick dah full. betul ke ni bro?

fadlhi khalid said...

salam bro jef ape effectnyer klau mnyak gear termasuk lebih.

fadlhi khalid said...

salam bro jef ape effectnyer klau mnyak gear termasuk lebih.

faris said...

Org cakap minyak gear box auto leh masuk ke gearbox manual lsd, betul ke bos?

syami♥hasliana said...

tumpang bertanya abg jeff.. kalau nk DIY tukar sendiri synchromesh dlm gearbox mcm mana ? sbb gearbox kwn sy gear 5 asik tendang balik jadi neutral. harap dapat beri tunjuk ajar :)

Usaki Sandrum said...

MOhon share... (^_^) untuk studies..(^_^)

Usaki Sandrum said...

Dan mohon share gamabr..(^_^) really need it..

Zul(Babah Nida) said...

Bro, boleh ke kereta manual guna minyak gearbox auto?

norman alias said...

Salam broo...
Nak tanya masalh kat keta saya wira manual 1.5
Gear 3,4 dan 5 asyik tendang ajeee....
Perlukah saya menukar gearbox....

executivezaini said...

Salam.siapa boleh memberi info honda city vitec auto saya mahu tukar manual vitec boleh ke apa engine yg sesuai

executivezaini said...

Salam.siapa boleh memberi info honda city vitec auto saya mahu tukar manual vitec boleh ke apa engine yg sesuai

sham safwan said...

salam. ape requirement gear oil untuk satria 1.3 manual bro jeff? boleh pakai MTL jugak ke..atau boleh bro jeff tolong syorkan brand lain..t.kasih

Arel 90 said...

Nk tye bro mnyk gearbox klu tkar ap yg lbih elok mnyk