Manual Transmission Oil

penukaran MTL iaitu manual transmission oil bagi gearbox manual sebaiknya dilakukan setiap 40,000 mileage atau pun boleh lajak lagi ke 50,000 mileage bergantung kepada jenis minyak yang digunakan. kalau kereta selalu mengharungi hujan atau banjir terutamanya bagi yang tinggal di pantai timur yang selalu dilanda musim tengkujuh pada hujung tahun, saya cadangkan apabila selesai sahaja musim hujan lebih baik tukar minyak gearbox sama ada bagi enjin manual atau enjin auto. kenapa perlu berbuat demikian? jawabnya kerana air boleh measukki ke dalam gearbox dan boleh bercampur dengan minyak di dalamnya dan hasilnya nanti boleh merosakkan gearbox kerana. kos untuk averhaul boleh tahan harganya, tapi lebih parah lagi kalau terpaksa menukar dengan gearbox lain yang harganya boleh mencecah ribuan ringgit.

sebenarnya ada boleh melakukan sendiri penukaran minyak gearbox ini, kaedahnya lebih kurang sama sahaja dengan penukaran minyak enjin. bagi enjin manula seperti enjin proton dan lancer hanya memerlukan 2 liter sahaja dalam gearbox, jangan over fill nanti boleh menyebabkan gearbox bekerja dalam keadaan terpaksa dan seterusnya boleh meudaratkan gearbox anda

seperti kebiasaanya jack diperlukan kerana untuk membuka nat drain oil ni perlu masuk sedikit melalui bawah kereta. amaran keras: anda wajib meletakkan jack stand di bawah kereta dan jangan harapkan jack hydraulic itu sahaja kerana kesilapan boleh berlaku bila-bila masa pada jack berkenaan. malang tidak berbau, cegah sebelum parah, ambil langkah keselamatan yang sewajarnya apabila hendakl melakukan kerja-kerja yang memerlukan kita masuk ke bawah kereta. kalau di bengkel lain lah, peralatan dan kemudahannya cukup dan lengkap. dengan penggunaan jack stand memang mebantu mengampu kereta sekiranya masalah teknikal pada jack hydraulic berlaku, jangan pandan ringan akan hal ini, safety first


apabila segalanya dah ok, maka boleh masuk sedikit ke bawah kereta dan gunakan spanar ring 24mm untuk membuka drain nut seperti yang tertera pada gambar. harus diingatkan pula nat pada gearbox ini bentuknya leper dan jangan gunanya spanar open kerana selalunya mudah losse nat tersebut. tak pasal-pasal kena pahat pulak nat dan terpaksa diganti dengan nat lain. saya memang mengganti dengan nat lain yang bentuknya macam biasa yang diperolehi daripada kedai spare part, cakap je kat tokey kedai kata nak nat drain oil gear box wira. tahu lah mereka yang mana satu saiznya



letak balang atau apa-apa tadahan untuk menakung minyak agar tidak tumpah ke tempat lain, jagalah jugak alam sekitar kita ni supaya tidak tercemar ye. kelihatan minyak di atas dah berubah warna, dah jadi macam keruh sedikit, disyakki bercampur dengan air kerana kerap meredah air semasa musim hujan. lagipun dah terasa tidak smooth semasa penukaran gear juga merupakan tanda-tanda awal untuk menukar minyak gearbox. kadang-kadang apabila kita susah nak masuk gear atau semasa memasukkan gear ada bunyi sikit, rasa maca perlu dipaksa sedikit, dengan hanya menukar minyak gearbox yang baru pun boleh mengatasi masalah ini


apabila dah selesai buang minyak lama, tutup balik drain oil nat dan ketatkan secukupnya. beralih pula pada bahagian hadapan gearbox dan perhatikan satu nat yang terasing bersaiz 17mm, ini merupakan tempat kemasukan minyak gear yang baru. ada sesetengah pomen memasukkan minyak gear melalui lubang cable meter, pun boleh dilakukan tetapi tidak digalakkan kerana perlu mencabut satu gear kecil yang bersambung dengan cable meter. kalau pemasangan salah nanti boleh merosakkan cable meter dan yang berkaitan dengannya. buka nut no.17 kat bahagian depan gearbox untuk memasukkan minyak yang baru. gunakan kreativiti anda untuk membuat saluran kemasukan minyak


saya menggunakan minyak gear jenis sintetik brand REDLINE dengan harga sekitar rm55.00 bagi satu liter. kita perlukan 2 liter sahaja. ada lagi brand lain yang biasa terdapat di pasaran seperti castrol, shell dan sebagainya dengan pelbagai harga. kalau gearbox manual wira atau mitsu saya cadangkan boleh mencuba brand castrol SLX dengan harga sekitar rm30.00 satu liter. biasa ada jual di kedai spare part. castrol SLX boleh digunakan pada gearbox jenis limited slip diffrential (LSD) atapun pada gearbox biasa. namun harus diingat minyak gearbox biasa tidak boleh digunakan bagi kotak gear LSD


peralatan custom made untuk memasukkan minyak gearbox. gunakan corong minyak dan hose gas memasak sahaja, terpulang pada kreativiti masaing-masing. da juga yang membuatnya dengan menggunakan hose paip air, pun dapat digunakan untuk memasukkan minya ke dalam kotak gear




masukkan hujung hose ke dalam gearbox... bahagian hadapan seperti yang saya nyatak di atas tadi. hujung hose tu biarlah ke dalam sedikit di dalam gear box supaya minyak tak keluar. sebenarnya da corong aluminium atau besi yang dijual di kedai tapi rasanya tak berbaloi dan beli. pakai hose paip pun dah memadai dengan syarat pastikan saluran hose bebas daripada kotoran tertentu


minyak gear yang lama telah dikeluarkan daripada gearbox, dah nampak hitam sikit. kalau minyak gear auto selalunya berwarna merah dan kotak gear manual warna kekuningan sedikit. kalau dah hitam pekat seperti ini memang sesuai sangatlah ditukar dengan minyak baru


masukkan minyak baru dengan  hati-hati dan hanya 2 liter sahaja atau pun untuk mengetahui minyak dah mencukupi atau tidak semasa memasukkan minyak gear, jika minyak mulai keluar ikut lubang inlet atau hose pada gearbox tadi bermakna minyak dah mencukupi. keluarkan hose dan cepat-cept pasang balik nat 17mm tadi, ketatkan secukupnya. dah pun selesai...

sekian, terima kasih
sincerely
jefftacra