Rear Spoiler For VIVA

nampak macam togel je kalau viva tak ada rear spoiler. sudah menjadi satu kemestian atau trend sekarang kalau pasang rear spoiler. adakah tujuan sekadar mencantikkan kereta atau ada tujuan lain spoiler dibuat. kalau dalam perlumbaan spoiler ini sangat membantu untuk membolehkan kereta melekat lagi pada jalan raya, kiranya kelajuan kereta lumba dengan rintangan angin yang kuat membantu kereta lumba tetap pada kedudukan atas jalan. berbalik kepada spoiler viva ini iaitu harganya tidaklah mahal sangat di pasaranan, sekitar rm200 macam tu dan kos lain yang perlu ialah kena cat lagi mengikut kesesuaian kereta anda. bertambah lah serinya bila masuk spoiler ni... hehehe...

peralatan yang digunakan seperti biasa, drill dan spanar dan nat no.10, masking tape untuk ditampal paada bahagian yang hendak ditebuk lubang untuk mengelakkan calar area tempat yang nak ditebuk. letak masking tape kurang lah sikit. satu lagi ialah paku untuk punch atau ketuk sikit pada tempat yang nak ditebuk tu, fungsinya ialah apabila kita mula nak drill nanti, bit drill tak lah meliar ke tempat lain dan terus ke point yang kitan nak tebuk tu. kalau tak buat cara ni mungkin mata drill tersasar ke tempat lain, dah calar pulak nanti

nampak macam tak lengkap tanpa spoiler, jadi kena lah masuk spoiler... baru nampak cantik sikit... pilihlah mana-mana design yang berkenaan di hati, banyak juga design aftermarket yang dibuat oleh pihak tertentu yang dijual di kedai aksesori. 

seperti biasa ukur dan tandakan tempat yang hendak ditebuk, pastikan ukuran mestilah tepat sebab takut nanti senget ke kiri atau ke kanan. cara mengukur ialah letakkan spoiler pada tempat yang hendak dipasang dan tandakan kat mana nat sentuh pada body kereta. lubang bahagian bawah mestilah besar dari lubang atas dan ini bagi memudahkan untuk memasukkan spanar box no. 10mm untuk memutar skru nanti. kesimpulannya kena tebuk dua lapis iaitu bahagian atas dan bawah seperti gambar yang ditunjukkan, tak susah sangat bila ada gambar ni

ni dia lubang yang ditebuk... ingat mesti tepat. kalau senget nanti sengetlah spoiler yang dipasang nanti dan kalau ukuran tak sama kiri dengan kanan nanti nat spoiler tak dapat masuk pulak. hati-hati semasa mengukur supaya bacaannya tepat. kerja-kerja menebuk lubang tak dapat saya ambil gambar, maklumlah... selalunya kerja diy ni saya seorang diri je buat, tak ada pembantu pun

masukkan spoiler dan ikat nat pada bahagian dalam bonet seperti gambar di atas. saya hanya pasang spoiler standard viva sahaja. semasa ikat nat pada bahagian bawah tu janganlah terlalu ketat kerana dikhuatiri akan merosakkan thread nat atau pun boleh merosakkan spoiler nanti. kena sedang-sedang je ikat nat, secukup rasa

... dan inilah hasilnya, dah pun siap. dah nampak lain kan dengan gambar yang mula-mula tadi. bolehlah bergaya dengan spoiler baru. sekarang kita lihat macam-macam gaya spoiler pada viva dan sebelum pasang pada kereta masing-masing terlebih dahulu perhatikan spoiler yang di pasang pada kereta lain di atas jalan raya, macam-macam jenis. tengok contoh pada kereta dan pilihlah mana yang sesuai dan berkenan di hati. itu saje...


selamat mencuba

3 comments:

TurboBee said...

Cun!!

mangoax said...

dekat spoiler tu ada nut ke bro???... mcm manerr pulak dgn kekemasan bahagian belakang.. bro letak la skali gamba nye yerr... mekacih.....

Anonymous said...

spoiler brand ape nie abg jeff