Smoked Headlamp Wira

kali ini dipaparkan bagaimana cara untuk 'smoke' headlamp wira. kaedahnya sama sahaja dengan headlamp kereta lain tapi bagi kereta wira kena berhati-hati sebab headlamp tu kaca, kalau plastik susah pecah, kaca kalau silap step sikit boleh menyebabkan cermin tu crack dan mudah pecah. hal ini berlaku semasa mengumpil cermin tu untuk memisahkannya daripada housing headlamp. risiko adalah menjadi tanggungjawab sendiri. kalau di kedai memang ada dijual headlamp yang dah siap semoked iaitu headlamp proton wira SE sama ada keluaran original proton mahupun yang local, kalau ori dah tentu mahal, local murah sikit tapi lebih murah dan jimat sekiranya kita dapat diy sahaja, tak perlu bayaran yang tinggi cuma perlukan cat spray sahaja, kalau yang biasa berharga rm5 untuk 1 tin manakala kalau yang high temp berharga sekitar rm15.00 satu tin. saya cadangkan gunalah yang high temp memandangkan lampu kereta biasanya agak panas daripada haba bulb yang dikeluarkan, tambahan pula jika menggunakan bulb 100 watt, bertambahlah habanya dua kali ganda daripada bulb standard 55 watt



seperti biasa inilah peralatan yang digunakan iaitu hairdryer made in kedai maidin, harga cuma rm35 sahaja. nak mantap lagi boleh gunakan hot blower gun tapi harga gak mahal sedikit jika dibandingkan dengan hari dryer



panaskan keliling headlamp dengan menggunakan hairdryer sehingga betul-betul gam menjadi panas dan gam berkenaan mula mencair. perkara ini dilakukan untuk memudah kerja memisahkan cover depan dengan housing headlamp berkenaan. gambar menunjukkan kaca telah berjaya dipisahkan. masa panaskan dengan hairdryer gunakan skru driver leper cungkil perlahan-lahan untuk memisahkan kaca headlamp tersebut. jangan gopoh kerana kaca memang mudah pecah jika dibandingkan dengan headlamp plastik


gunakan masking tape untuk menghalang bahagian tengah reflektor dari terkena cat. sebelum spray cat saya tak gosok pun dengan kertas pasir, cat daapt melekat dengan baik walaupun tidak berbuat demikian. tapi ada setengah orang gosok dulu dengan kertas pasir 1000 grit untuk memudahkan cat melekat dengan baik pada permukaan reflektor


dah siap cat kat bahagian tepi reflektor dan dah jadi sama seperti headlamp wira SE. tunggu seketika sehingga cat menjadi kering dan sebaik sahaja kering iaitu tunggu lebih kurang 15 hingga ke 20 minit barulah boleh mula pasangkan kembali cermin pada housing headlamp. panaskan balik gam pada sekeliling headlamp agar gam menjadi lembik dan cair, kemudia lekapkan semula cermin pada housing sehingga betul-betul rapat. lepas tu bolehlah pasang semula klip headlamp antara kaca dengan bahagian belakang headlamp 


cek balik di sekelilingnya agar kelihatan cermin betul-betul rapat kerana kalau tidak rapat kemungkinan berlaku kebocoran dan mudah dimasukki air, dah jadi dua kali kerja pula untuk membuka dan letakkan gam baru. anda juga boleh menambah sedikit gam cermin iaitu windscreen sealant untuk memastikan cermin betul-betul kedap pada housingnya


inilah hasilnya setelah penat lelah yang kita lakukan. walaupun penat tapi kita boleh tersenyum lebar setelah melihat hasilnya yang cantik dan menarik. kepuasan terserlah pada diri kita sendiri



pasangkan balik pada kereta sebagaimana pada asalnya. saya tak buka pun bumper ketika proses mengeluarkan headlamp ini. hanya tarik sedikit bumper ke depan dan keluarkanlah headlamp, cara ini agak susah sedikit tapi sebenarnya boleh je keluarkan headlamp tanpa buka bumper

sincerely
jefftacra

27 comments:

Anonymous said...

salam...
bang,tmpg tnye skit..da siap spray nk pasang sume balik,gam die kne tukar ke??...

jeff_tacra said...

gunakan gam atau sealant yang sedia ada tu, tak perlu tambah sealant lain. bila dah siap pasang boleh tambah sedikit silicon untuk menutup sedikit gap antara cermin dan housing

Anonymous said...

terima kasih bang...saya ade masalah kat enjin la bang...saya pki wira 1.5gli auto...ble masuk gear reverse atau D gegar la bang...paking pon same...da due pomen sy jumpe..sorg kate throtle body,sorg lg gear box...sy konpius....hrp dpt mbantu...

jeff_tacra said...

kereta injection ke, kalau injection try tunning berkomputer dulu

Anonymous said...

ye injection...tq bang

Premierauto said...

Tak yakin bole buat la bang, berapa upah kalo abang buatkan??

jeff_tacra said...

biasanya saya ambik rm45 untuk sepasang

Premierauto said...

Keta saya honda city 3rd gen, Lokasi abg kat mana?

Premierauto said...

Actually saya nak buat smoked + polish

Anonymous said...

kalau bahagian signal lak macam mana? dia tak pakai gam macam kat lamput kan.. nak buka dan lekat kan dia balik guna apa? atau kaedah dia sama seperti lampu besar?

dee said...

saya dah buat kt bahagian lampu..bahagian signal jer dah panaskan tp plastik tu x nak tanggal jugak.
mcm mana nak tanggalkan abg.jeff?

jeff_tacra said...

sebenarnya aga sukar nak menanggalkan cover signal, bukan pakai gam macam headlamp. silap umpil boleh crack cover

dee said...

tula.. saya try la guna hair drier tu kat signal bagi panas.. try umpil tp x berkesan.. plastik bahagian umpil tu pun mcm nak pecah jer.. x brani nak teruskan.. tgk gambar abg jeff berjaya umpil.

dee said...

ada cara x?

dee said...

satu lagi.. abg jeff nak buka lampu depan..abg jeff tanggalkan bumper ke x?

Anonymous said...

Pakai oven..jangan pakai microwave..make sure jangan lama2 sangat...

Anonymous said...

salam... bang bleh tunjuk ke bahagian wiring keta?
pemanas cermin saya cam ada masalah la..

pendeka said...

askum abg nk tnya mcm ner nk buka bhgian blm headlamp?sy headlamp smok tapak tepi dh patah,ingat nk salin tapak

arif zakwan said...

1 lagi,, dah cat xyah tembak cat clear kew??
n bpa harga cat hi temp eak??

jeff_tacra said...

Tak perlu clear, hi temp spray sekitar rm12 setin

as sahar said...

kalau nak bukak lampu belakang sama ke cara nya abg jeff.. senang tak bukak lampu belakang?

jeff_tacra said...

lampu belakang agak sukar nak buka sebab bukan pakai gam macam lampu hadapan

Anonymous said...

macam maner nak bukak lampu belakang viva ye, boleh abg jeff kongsi sikit.. Harap membantu...

jeff_tacra said...

cuba search entri mengenai cara buka headlamp viva, dah ada entri mengenainya

Ibnu said...

terima kasih skg baru tau macm mana saya nak setle masalah headlamp wira yg plastic tu berkabus kat dalam

Anonymous said...

kalau spray tu kita gantikan dgn guna stiker hitam mcmne?

Anonymous said...

Salam abg jeff..spray cat tu yg hitam kilat or flat black yg digunakan tu..?