Smoked Headlamp Wira

kali ini dipaparkan bagaimana cara untuk 'smoke' headlamp wira. kaedahnya sama sahaja dengan headlamp kereta lain tapi bagi kereta wira kena berhati-hati sebab headlamp tu kaca, kalau plastik susah pecah, kaca kalau silap step sikit boleh menyebabkan cermin tu crack dan mudah pecah. hal ini berlaku semasa mengumpil cermin tu untuk memisahkannya daripada housing headlamp. risiko adalah menjadi tanggungjawab sendiri. kalau di kedai memang ada dijual headlamp yang dah siap semoked iaitu headlamp proton wira SE sama ada keluaran original proton mahupun yang local, kalau ori dah tentu mahal, local murah sikit tapi lebih murah dan jimat sekiranya kita dapat diy sahaja, tak perlu bayaran yang tinggi cuma perlukan cat spray sahaja, kalau yang biasa berharga rm5 untuk 1 tin manakala kalau yang high temp berharga sekitar rm15.00 satu tin. saya cadangkan gunalah yang high temp memandangkan lampu kereta biasanya agak panas daripada haba bulb yang dikeluarkan, tambahan pula jika menggunakan bulb 100 watt, bertambahlah habanya dua kali ganda daripada bulb standard 55 watt



seperti biasa inilah peralatan yang digunakan iaitu hairdryer made in kedai maidin, harga cuma rm35 sahaja. nak mantap lagi boleh gunakan hot blower gun tapi harga gak mahal sedikit jika dibandingkan dengan hari dryer



panaskan keliling headlamp dengan menggunakan hairdryer sehingga betul-betul gam menjadi panas dan gam berkenaan mula mencair. perkara ini dilakukan untuk memudah kerja memisahkan cover depan dengan housing headlamp berkenaan. gambar menunjukkan kaca telah berjaya dipisahkan. masa panaskan dengan hairdryer gunakan skru driver leper cungkil perlahan-lahan untuk memisahkan kaca headlamp tersebut. jangan gopoh kerana kaca memang mudah pecah jika dibandingkan dengan headlamp plastik


gunakan masking tape untuk menghalang bahagian tengah reflektor dari terkena cat. sebelum spray cat saya tak gosok pun dengan kertas pasir, cat daapt melekat dengan baik walaupun tidak berbuat demikian. tapi ada setengah orang gosok dulu dengan kertas pasir 1000 grit untuk memudahkan cat melekat dengan baik pada permukaan reflektor


dah siap cat kat bahagian tepi reflektor dan dah jadi sama seperti headlamp wira SE. tunggu seketika sehingga cat menjadi kering dan sebaik sahaja kering iaitu tunggu lebih kurang 15 hingga ke 20 minit barulah boleh mula pasangkan kembali cermin pada housing headlamp. panaskan balik gam pada sekeliling headlamp agar gam menjadi lembik dan cair, kemudia lekapkan semula cermin pada housing sehingga betul-betul rapat. lepas tu bolehlah pasang semula klip headlamp antara kaca dengan bahagian belakang headlamp 


cek balik di sekelilingnya agar kelihatan cermin betul-betul rapat kerana kalau tidak rapat kemungkinan berlaku kebocoran dan mudah dimasukki air, dah jadi dua kali kerja pula untuk membuka dan letakkan gam baru. anda juga boleh menambah sedikit gam cermin iaitu windscreen sealant untuk memastikan cermin betul-betul kedap pada housingnya


inilah hasilnya setelah penat lelah yang kita lakukan. walaupun penat tapi kita boleh tersenyum lebar setelah melihat hasilnya yang cantik dan menarik. kepuasan terserlah pada diri kita sendiri



pasangkan balik pada kereta sebagaimana pada asalnya. saya tak buka pun bumper ketika proses mengeluarkan headlamp ini. hanya tarik sedikit bumper ke depan dan keluarkanlah headlamp, cara ini agak susah sedikit tapi sebenarnya boleh je keluarkan headlamp tanpa buka bumper

sincerely
jefftacra