Trunk Release

Alarm aftermarket biasanya dah ada option trunk release mode, iaitu ada function untuk buka boot belakang dengan hanya menekan butang di remote anda. Kalau pasang alarm kat kedai biasanya satu wayar ni tak akan disambung atas sebab-sebab tertentu... rugi kalau kita tak manfaatkannya. mungkin installer tak nak buat sebab pada perkiraannya owner tak tau pun wire tu untuk fungsi apa. kalau kita manfaatkan fungsi ni pada kereta kita sangatlah mudah nanti untuk membuka boot belakang, tak perlu lagi cucuk kunci, kini dengan hanya menekan butang pada remote, tap... bonet telah dapat dibuka dengan mudah sekali. ini penting terutamnya bila kita bawa barang banyak, mudah sikit kerja nak masukkan barang. jadi cek lah manual alarm masing-masing, sekiranya ada option remote trunk release maka anda boleh lakukan projek ini secara diy sahaja

peralatan yang perlu digunakan
1. pistol pintu aka plunger yang boleh dibeli di kedai aksesori (boleh beli satu je)
2. hand drill
3. cable brek basikal atau dawai
4. wayar automotif, jangan guna wire lampu rumah
5. relay 4 atau 5 kaki

Drill lubang terlebih dahulu bagi meletak pistol dalam bahagian dalam boot. drill dua lubang skru sahaja. sebelum drill kena test dulu kedudukan pistol tu kat mana nak letak, jangan terus drill nanti kedudukan tak sama dengan lubang nat pistol nanti

ini lah rupa pistol pintu atau plunger tu. Sorokkan kat bahagian belakang lampu reverse. kereta wira dah ada ruang kat situ, jadi senang je letak situ. bila dah tutup cover lampu body tu dah tak nampak dari luar



tarik cable brek basikal, permulaannya kat lock boot, memang dah sedia ada cable asal kat situ cuma tambah satu lagi cable brek basikal ni dan hujungnya ikat kat depan pistol hijau tadi. kalau tak ada cable brek basikal anda boleh guna dawai, jangan dawai yang besar nanti susah nak buat kerja, dawai halus je


tarik cable secukupnya...
wiring kat pistol ada dua je iaitu hitam dan biru
hitam - ground ( - ) dan biru ( + ) sambung ke alarm trunk release output


sambungan kat relay kena buat dengan hati-hati tapi tak susah mana pun. kenal pasti dulu mana satu wire output untuk trunk release, kena rujuk manual alarm anda, biasanya ada satu wire sahaja yang kita akan gunakan. alarm standard proton memang tak ada function ni, tak usah cari lah... hanya yang aftermarket je selalunya ada function ni


ini diagram penyambungan pada relay. kaki 85 pada relay tu sambung ke wire trunk release. kaki relay 85 dan 87 combine sekali wayarnya dan tap ke constant 12v iaitu wire berwarna putih pada kunci kereta wira. kalau kereta lain mungkin berlainan warna wirenya. constant 12v ialah wire yang sentiasa supply current sama ada tutup atau on kunci, sentiasa ada api. manakala kaki 30 relay sambung ke wire positif (12v) pada pistol. wire negatif pada pistol sambung ke body, cari mana-mana skru kat bonet dan sambung je kat situ. dah pun selesai dan boleh uji fungsinya dengan menekan butang tertentu pada remote alarm, rujuk manual alarm masing-masing

video
video yang menunjukkan bagaimana bonet kereta wira telah berfungsi dan boleh dibuka dengan hanya menekan butang remote alarm kereta sahaja. so ceklah alarm masing-masing dan sekiranya ada fungsi ini maka bolehlah lakukan pada kereta anda mengikut step yang saya tunjukkan di atas. selamat mencuba dan semoga berjaya

terima kasih
sincerely
jefftacra

21 comments:

Anonymous said...

salam..nk tnya..time beli alarm dlu...ada ditulis boleh guna utk remote trunk release..kt remote pon ada button trunk release..tp saya cari output dr alarm x dak pon...ada 1 je wire negatif yg lebih kt soket alarm..dah try connect ngan output ngatif..tp hasilnya..mmg boleh buka..tp kalo buka pintu biasa pon, boot terbuka skali..ada idea x???las skali, saya connect ngan suis je la..nk buka boot tekan suis..tp x leh guna remote..mntk tlg dr pakar..huhu

Anonymous said...

ko buat sendiri output tu...cucuk kat buntutttsss...hehehe, nanti buntuttsss ko bukak sendirik hehehe :P jangan mare

harmza said...

salam, pistol tuh dr model apa? boleh ke zoom out sket pic tuh, x brape clear la.. antara kedudukan pistol dan trunk release.. sy berhajat nk DIY ni.. tp mash xdpt gambaran.. tg.. kalau bole emel ke hamzahms@gmail.com tqvm....

jeff_tacra said...

pistol tu dari lock pintu biasa, semua sama je. kat kedai spare part ada jual. kedudukan pistol tu macam dalam gambar, kena sambung dawai besi ke lock bonet asal. tugas pistol tu untuk tarik lock bonet lah

Anonymous said...

12v tu sumbung kat mana? i dah but sumer tu barang working ~ tapi kena pakai 12v and ground kat betteri

jeff_tacra said...

12v tu sambung ke constant 12v kat kunci, kalau wira wire color putih

Anonymous said...

salam,
viva leh wat jugak ke?..
pistol nak sorok dkat mana?

Anonymous said...

abang,
leh tunjukan cara2 pasang kat perodua viva
sebab x tau nak bukak bhgn mana
terima kasih

Anonymous said...

b.jeff,saya dah check alarm saya,ada soket/wayar untuk trunk release tapi dah bersambung dengan wayar hitam/merah..wayar apa dan untuk apa tak pasti..boleh saya terus tap wayar tu terus ke relay untuk trunk release?

Anonymous said...

bang, wayar constant 12v tu,selain daripada wayar kunci colour putih yang tebal tu,ada tempat lain dan tap?maksud saya wayar lain yang boleh ditap..bukan apa takut ter "tap" silap2 tak boleh start pula..TQ

jeff_tacra said...

mana-mana constant 12v boleh digunakan dan terlebih dahulu test dengan menggunakan test lamp untuk memastikan wire tersebut betul

Anonymous said...

boleh saya tarik direct punca bateri tak b.jeff untuk constant 12v?

jeff_tacra said...

boleh tarik direct dari 12v bateri, pasang fuse 10A satu

Anonymous said...

ok b.jeff,tq..barang dah complete just nak tap ke 12v saja..tq n good info for newbie like me...

kent1189 said...

Bro jeff. Aku dh wat wiring nk wat trunk release ni. Tapi bila connect wayar no.85 relay tu pd trunk release wayar tu xda apa terjadi. trunk release dri alarm ada 2 wayar, dh cuba kedua2 tapi x menjadi. Kalau wayar no.85 tu sentuh pd body kereta, mau motor tu idup (tarik kabel).. 2 wyar tu aku pasti trunk release punya, sebab still ada wiring diagram alarm tu..

ashadi Ismail said...

Assalam, saya menggunakan enjin 4G15 yang dah upgrade piston dan crank shaft 4G18 (waja). Setakat ni agak memuaskan tetapi top gear mengerang, ada mekanik menyarankan supaya swap dgn gearbox 1.6. Saya lebih berkeyakinan dgn gearbox mivec LSD. Memandangkan gearbox tu semakin susah nak dapat dan kalau ada pn harga melonjak hampir 3k. Adakah alternatif lain selain swap gearbox ni seperti masuk final gear. Berapa ratio final gear yg bersesuaian tanpa swap gearbox?

moses said...

Salam Bro.Saya cuba buat.Kalau ikut manual wire dah betul tp xde apa2 pun.agak2 ada kaitan tak dgn setting.alar saya boleh setting trunk release untuk 0.8sec/10 sec/30sec/On or Off.Tak sempat nak test semua setting lagi.

Omardin Noordin said...

salam,
bro kalau alarm standart macam alarm waja boleh convert jadi remote trunk release tak?


arief hamka said...

Bro jeff.. apakah kegunaan relay? Kalau x pakai relay terus sambung pada switch mcmmn sbb alarm xde trunk release cuma nk bt suis trunk release je kt dashboard.. hondaoren@yahoo.com

Ayop Faizal said...

Salam...nak tanya alarm gen 2 belah maner nak cr cable tu

Ayop Faizal said...
This comment has been removed by the author.