Trunk Release

Alarm aftermarket biasanya dah ada option trunk release mode, iaitu ada function untuk buka boot belakang dengan hanya menekan butang di remote anda. Kalau pasang alarm kat kedai biasanya satu wayar ni tak akan disambung atas sebab-sebab tertentu... rugi kalau kita tak manfaatkannya. mungkin installer tak nak buat sebab pada perkiraannya owner tak tau pun wire tu untuk fungsi apa. kalau kita manfaatkan fungsi ni pada kereta kita sangatlah mudah nanti untuk membuka boot belakang, tak perlu lagi cucuk kunci, kini dengan hanya menekan butang pada remote, tap... bonet telah dapat dibuka dengan mudah sekali. ini penting terutamnya bila kita bawa barang banyak, mudah sikit kerja nak masukkan barang. jadi cek lah manual alarm masing-masing, sekiranya ada option remote trunk release maka anda boleh lakukan projek ini secara diy sahaja

peralatan yang perlu digunakan
1. pistol pintu aka plunger yang boleh dibeli di kedai aksesori (boleh beli satu je)
2. hand drill
3. cable brek basikal atau dawai
4. wayar automotif, jangan guna wire lampu rumah
5. relay 4 atau 5 kaki

Drill lubang terlebih dahulu bagi meletak pistol dalam bahagian dalam boot. drill dua lubang skru sahaja. sebelum drill kena test dulu kedudukan pistol tu kat mana nak letak, jangan terus drill nanti kedudukan tak sama dengan lubang nat pistol nanti

ini lah rupa pistol pintu atau plunger tu. Sorokkan kat bahagian belakang lampu reverse. kereta wira dah ada ruang kat situ, jadi senang je letak situ. bila dah tutup cover lampu body tu dah tak nampak dari luar



tarik cable brek basikal, permulaannya kat lock boot, memang dah sedia ada cable asal kat situ cuma tambah satu lagi cable brek basikal ni dan hujungnya ikat kat depan pistol hijau tadi. kalau tak ada cable brek basikal anda boleh guna dawai, jangan dawai yang besar nanti susah nak buat kerja, dawai halus je


tarik cable secukupnya...
wiring kat pistol ada dua je iaitu hitam dan biru
hitam - ground ( - ) dan biru ( + ) sambung ke alarm trunk release output


sambungan kat relay kena buat dengan hati-hati tapi tak susah mana pun. kenal pasti dulu mana satu wire output untuk trunk release, kena rujuk manual alarm anda, biasanya ada satu wire sahaja yang kita akan gunakan. alarm standard proton memang tak ada function ni, tak usah cari lah... hanya yang aftermarket je selalunya ada function ni


ini diagram penyambungan pada relay. kaki 85 pada relay tu sambung ke wire trunk release. kaki relay 85 dan 87 combine sekali wayarnya dan tap ke constant 12v iaitu wire berwarna putih pada kunci kereta wira. kalau kereta lain mungkin berlainan warna wirenya. constant 12v ialah wire yang sentiasa supply current sama ada tutup atau on kunci, sentiasa ada api. manakala kaki 30 relay sambung ke wire positif (12v) pada pistol. wire negatif pada pistol sambung ke body, cari mana-mana skru kat bonet dan sambung je kat situ. dah pun selesai dan boleh uji fungsinya dengan menekan butang tertentu pada remote alarm, rujuk manual alarm masing-masing

video yang menunjukkan bagaimana bonet kereta wira telah berfungsi dan boleh dibuka dengan hanya menekan butang remote alarm kereta sahaja. so ceklah alarm masing-masing dan sekiranya ada fungsi ini maka bolehlah lakukan pada kereta anda mengikut step yang saya tunjukkan di atas. selamat mencuba dan semoga berjaya

terima kasih
sincerely
jefftacra