Mivec Metal Head Gasket

metal head gasket sememangnya terkenal dalam kalangan kaki-kaki kereta. dah namanya metal sudah tentu diperbuat daripada metal atau besi dan ini berlainan sekali dengan standard head gasket yang kebiasaannya diperbuat daripada carbon. ada juga head gasket yang diperbuat daripada copper yang lebih tahan lasak dan mahal. memadai dengan menggunaka metal sahaja sudahpun dapat bertahan lebih baik lagi jika dibandingkan dengan carbon biasa

bayang brand di pasaran keluaran gasket head metal ini, harganya pun mestilah berbeza-beza. kelebihan metal gasket ialah tidak mudah bocor atau putus seperti kebanyak gasket biasa kerana bahannya jenis metal, so kemungkinan untuk putus dan bocor sangat tipis jika pemasangan dibuat dengan cara yang betul, dengan torque yang bersesuaian.

saya memilih metal gasket brand mitsubishi berketabalan 0.6mm untuk dipadankan dengan enjin 4G92M saya dan  ternyata ketebalan ini dikira dah sesuai dengan karektor enjin saya. kalau untuk enjin NA seperti ini memerlukan gasket yang nipis dan ini berlawanan sekali dengan enjin turbo yang memerlukan ketebalan tertentu untuk menurunk compression enjin. enjin NA berkehendakkan high compression manakala bagi turbo pula mestila low compression. jadi pilihlah head gasket mengikut ketebalan yang sesuai dengan enjin dengan mengambil kira kondisi enjin anda


inilah rupa metal head gasket mitsubishi dengan ketebalan 0.6mm untuk enjin mivec berkapisiti 1.6 litre. sudah tentu pemasangan metal gasket ada sedikit berbeza dengan gasket carbon terutamanya torque yang diperlukan untuk metal gasket berbeza dengan carbon head gasket. begitu juga dengan penggunaan stud head pun ada beza masa mengenakan torque ketika pemasangan head sama ada menggunakan stud standard atau ARP stud



rupa gasket metal selalunya berwarna hitam dan ada juga yang berwarna macam aluminium macam tu. biasanya ketika proses pemasangan kita memerlukan satu bahan lain atau lebih dikenali sebagai sealant yang disapu atau dispray pada metal gasket. ini sagat perlu untuk membolehkan metal gasket terpasang dengan sempurna dan tidak mudah bocor apabila enjin dihidupkan. salah satu bahan yang biasa saya gunakan ialah copper spray sebab itulah pada gambar pertama di atas gasket telah bertukar menjadi warna seperti tembaga. spray lah beberapa layer mengikut kesesuaian tertentu, saya telah spray lebih kurang 4 atau 5 layer

satu lagi kelebihan metal gasket ialah ia dapat digunakan sehingga 3 kali kalau kita melakukan top overhaul enjin kita. ini bermakna kita masih boleh pakai gasket tersebut sebanyak 3 kali dan tak perlu menukar dengan gasket lain semasa service enjin nanti tapi tengoklah jugak kondisinya, kalau dah teruk terpaksa juga menukarnya dengan yang baru. ini berlainan sekali dengan gasket biasa, sekali pakai bila dah buka head wajib tukar dengan yang baru

sekarang kita cerita pulak cara memasang metal gasket ini dengan menggunakan torque tertentu. sudah pasti kena ada torque wrench seperti gambar di atas. setelah copper dispray pada metal, permukaan blok perlu dicuci secukupnya sehingga hilang kesan gasket lama dan pastikan permukaannya tidak berminyak. letakkan gasket atas permukaan blok dengan berhati-hati. kemudian pasangkan head dengan betul dan pasangkan stud head dan ketatkan dulu sehingga sedang-sedang sahaja. step torque yang saya akan paparkan ini hanyalah untuk sesiapa yang menggunakan head stud ARP dengan metal head gasket sahaja. cara ini tidak sesuai bagi yang menggunakan head stud standard kerana dikhuatiri head stud akan patah akan terjadi

head stud ARP memang terkenal dengan kekuatannya dan boleh kita mengenakan torque yang lebih tinggi sedikit daripada yang menggunakan gasket carbon biasa. saya gunakan torque 30/45/55/65/75 ft.lbs. ok sekarang saya akan terangkan satu persatu bagaimana caranya. pertamanya kenakan torque dalam kiraan ft.lbs (foot/pound) sebanyak 30ft.lbs pada kesemua stud head, dilakukan secara bersilang. bila kesemuanya dah dikenakan torque 30ft.lbs tambahkan lagi kepada 45ft.lbs bagi kesemua nat sehinggalah paling tinggi saya gunakan ialah sebanyak 75ft.lbs.

PERINGATAN: kaedah di atas dilakukan hanya untuk yang menggunakan ARP stud sahaja dan kalau ikut step ni pada stud STANDARD kemungkinan stud akan patah dan mendatangkan masalah untuk mengeluarkan stud itu nanti. maksima torque untuk stud standard sekitar 55ft.lbs sahaja. bagi yang menggunakan head standard dan dan gasket carbon lain pulak kaedahnya iaitu ikat kesemua nat dengan 55ft.lbs dan longgarkan kesemua nat. kemudian kenakan pula 15ft.lbs dan kemudiannya tambah 90 degree bagi kesemua nat dan akhirnya tambah lagi 90 degree bagi kesemua nat, dah selesai. (55ft.lbs > 15ft.lbs + 90' + 90') atau (74Nm > 20Nm + 090' + 90')

sincerely
jefftacra