Sound Proof - Lantai

untuk mengurangkan bunyi dari luar maka kita boleh tampal insulflex pada bahagian-bahagian tertentu, seperti lantai, bumbung, pintu, fender, bonet, firewall dll. kali ini ditunjukkan bagaimana untuk meletakkan insulflex pada bahagian lantai kenderaan.

peralatan
1. gam, gunting, insulflex 2 meter
2. tools untuk membuka seat kereta


inilah insulflex, harga lebih kurang rm35/meter


setelah dibuka seat dan carpet bersihkan dahulu lantai kereta dan kemudian sapukan gam dunlop pada keseluruhan permukaan yang hendak ditampal insulflex



sapukan juga gam pada permukaan bawah insulflex


proses menampal kat kereta. potong dan tampal bahagian demi bahagian


dah siap tapi wiring ICE belum lengkap lagi



proses untuk re-wiring ICE


boleh juga pasang hose ekon belakang evo


RCA & power cable


power amp


dah siap semua

Selamat mencuba
jumpa lagi untuk sound proof untuk bumbung

terima kasih

Thermostat & Oil Pan

thermostat memainkan peranan penting bagi sesebuah kereta tapi ada kalanya pomen main buang je thermostat ni, start pagi jadi agak lambat untuk enjin menjadi panas. bagi saya lebih baik pakai thermostat ni. kalau thermostat jem boleh menyebabkan temp naik dan overheating. nak replace thermostat agak mudah, sebelum tu pastikan buang dulu air dalam radiator


thermostat baru seblah kiri dari brand mitsu dan yang kanan tu baru buka dari kereta. standard mitsu 76.5C


lokasi thermostat, hose air yang sambung ke bawah radiator



semasa pasang pastikan jog dial berada pada bahagian atas


Oil Pan / Oil Sump
Kebiasaannya kebocoran sekitar oil pan boleh dikesan dengan cara melihat ada minyak hitam keluar di sekeliling oil pan. ada sesetengahnya minyak hitam boleh berkurang disebabkan kebocoran benda ni.


ini merupakan oil pan mivec. buka dan cuci segala gasket lama sekitar oil pan


letakkan gasket sealan baru di sekeliling oil pan


bersihkan juga dikeliling oil sump


pasang oil pan dengan mengikat skru secara menyilang. lebih baik menggunakan torque wrench untuk mengetatkan skru

terima kasih

Cold Air Intake

kalau pakai filter open pod sudah pasti udara panas dalam enjin bay disedut oleh filter memandangkan tiada kemasukan udara sejuk secara langsung. jadi untuk mengurangkan kepanasan angin yang masuk ke dalam enjin cold air intake boleh membantu mengurangkan masalah ini. bandingkan pemanduan dalam suasana tengah hari yang panas terik dengan malam, yang mana lebih sedap...

dapatkan hose ekon bersaiz 3", boleh didapati di kedai servis ekon. hujung hose ini letakkan pada bahagian hadapan kereta, kalau wira dah tersedia lubang di sebelah kiri radiator


dari depan tadi masukkan ke bahagian bawah bateri dan ke tepi belah kanan fender. di situ tersedia lubang asal ke penapis filter standard



buka S shape hose filter standard dan sambungkan hujung hose tadi ke hujung kemasukan angin yang menuju ke box filter


gunakan clip untuk membuat sambungan


ini hose asal ke filter box dalam enngine bay


hose standard dalam filter box


buat halangan dengan menggunakan perspek atau papan no plate hitam


dah siap pun


K&N open pod 6"

tak perlu lagi tebuk bumper, sayang nak tebuk bumper ori inilah penyelesaiannya
selamat mencuba
terima kasih

Inner Roof

kalau kereta wira 4G13/15 carpet bumbung dibuat dari plastik dan ini berbeza dengan inner roof 1.6/1.8 yang dibalut dengan carpet dari fabric tertentu. kalau plastik sudah tentu interior kereta akan menjadi panas sedikit jika dibandingkan dengan carpet biasa. jadi kali ini bagaimana cara hendak menukar atau memasang carpet kat bumbung dalam kereta, kuranglah sikit panasnya dan bertambah lagi seri interior kereta anda


ini rupa carpet bumbung dalaman kereta. boleh didapati di mana-mana kedai membaiki kusyen kereta dengan harga yang boleh dikatakan murah jugak, upah kat kedai lagi mahal. carpet ni ada span lembut di bahagian bawahnya


gam dunlop tin besar sebab kedua-dua permukaan kena disapu dengan gam



potong mengikut shape carpet bumbung. biar lebih besar dari inner roof sebab senang nak lipat bahagian dalam nanti


bumbung kereta yang telah dibuka. kena buka cermin tengah, sun shade, pillar tengah dan pillar belakang. semua pakai clip je. kebanyakan pillar pakai clip je


sapukan gam dunlop pada permukaan roof ini dan juka pada bahagian belakang carpet.


letakan carpet pada permukaan roof dan gosok hingga rata


dah siap... nampak lagi kemas berbanding dengan plastik

selamat mencuba
terima kasih

ISC Servo / Stepper Motor Vol.1

bagi kereta DOHC stepper motor memainkan peranan penting semasa cold start atau semasa ekon dibuka kerana benda inilah yang menjaga idling kereta supaya stabil. kadang-kadang masa on ekon idling drop hingga boleh mati, stepper motor merupakan salah satu penyebabnya. solution tukar yang lain atau try dulu service. tapi DIY kali ini ialah penyelesaian idling yang sangat tinggi semasa cold start hingga hampir 3k rpm semasa mula-mula start kereta pada awal pagi. ada cara penyelesaiannya...


inilah kedudukan stepper motor pada throttle body DOHC. tak perlu buka TB dari kereta


unplug soket stepper motor



inilah rupa stepper motor, ada yang kaler cokelat dan ada yang hitam


buka 3 biji skru seperti yang ditunjukkan di atas



setelah dibuka


kalau spring tu terkeluar masukkan balik ke dalam lubang tengah-tengahnya


magnetic rotor ni yang perlu diselaras semula


pusing magnetic rotor ini ke arah lawan jam setengah atau satu pusingan sahaja. kalau pusing sampai habis semasa cold start rpm tak naik... duk kat idling semasa. maknanya tak ada function auto choke lah. peringatan: pusing setengah ata satu sstu pusingan sahaja ikut arah lawan jam


sebenarnya kita rapatkan sikit pintle atau muncung stepper motor ke arah lubang angin kat throttle body, boleh lihat pada bulatan merah rajah di atas


bila kita pusing magnetic rotor tadi muncung stepper motor ni akan terkeluar sedikit dan ini bermakna ia menutup sedikit lubang kemasukan angin kat throttle body. jadi tidaklah tinggi sangat rpm semasa cold start


dah siap... pasang kat kereta dan test start masa pagi. sekarang rpm naik hingga 2k sahaja dan perlahan-lahan akan turun ke normal idling bila enjin dah panas. sebelum ini hampir 3k rpm naik masa start pagi

sekian, terima kasih
selamat mencuba

Blower Aircond

kadang-kadang kalau angin ekon slow atau berbau kemungkinan blower ekon dah kotor atau terdapat debu-debu yang melekat padi bilah-bilah blower berkenaan. apa salahnya sekali sekala buka blower ekon untuk dicuci, angin pun jadi kuat sikit


inilah rupa blower mitsu, sama je dengan proton. tengok bawah glove box dan ada 3 skru kat blower berkenaan


unplug soket motor blower dan buka 3 skru, blower dah boleh dikeluarkan. jangan risau, gas ekon tak akan keluar. buka skru bersaiz 8mm di tengah-tengah blower berkenaan



asingkan motor dengan blower


keadaan blower yang kotor, hitam dengan debu


motor blower


cuci hingga bersih dan putih seperti gambar di atas. setelah kering pasang semula dan boleh jugak semburkan pewangi kegemaran anda.

terima kasih