Boot Masuk Air

kebanyakan boot atau bonet belakang kereta proton sagat sinonim dengan kemasukan air, kalau hujan alamatnya boleh jadi akuarium dalam boot. jadi hal ini terpaksa lah dirawat dengan segera kerana karat mudah belaku pada tempat berkenaan. tampal je silikon yang boleh didapati kat kedai spare part atau mana-mana hardware.


keadaan air yang bertakung dalam bonet wira. boleh bela ikan kot


ini ialah kemungkina tempat yang dimasukki air iaitu melalui skru pengikat bumper belakang kiri dan kanan, boleh test dengan cara menyemburkan air dari luar di kawasan ini dan kalau air masuk dalam bonet bermakna di sinilah boleh menjadi puncanya.



ni lubang skru bumper sebelah kiri


kawasan ini juga kemungkinan boleh dimasukki air iaitu ada ruang antara spot weld ni. kes kereta ini apabila disembur air dari luar boleh nampak air meleleh ke dalam boot melalui kawasan ini, tampal dengan silikon


boleh bela ikan...
rajin-rajinlah cek kereta anda, mana tahu kan

terima kasih

28 comments:

Anonymous said...

salam bro...

silicon jenis apa yang nak ditampal?...pada pengalaman aku ler, silikon lama-lama akan menyebabkan karat yang lebih teruk...cuba tgk bumbung kereta wira, satria ke atau iswara...karat disebabkan oleh silikon yang digamkan pada tulang bumbung...

ada pomen kata, ada silikon yang tak berkarat...harap bro dapat jelaskan silikon yg mcm mana?...nanti nak elak karat tapi sbnrnya kita bagi dia lagi karat...

tacra aka jeff said...

pakai silikon gasket untuk enjin
cari kat sparepart brand PERMATEX ULTRA GREY
harga belas-belas macam tu

Anonymous said...

sepatutnya bonet blakang wira tu lancer...
dah diubah...
bile hujan je mesti masuk air.
semua wira mcm tu

Anonymous said...

kat area skru pengikat bumper belakang tu, kat mana kita nak tampal? kat skru ke kat gap yg kat gambar tu?

wiring master said...

bukan ke selalunya masalah air masuk kedalam bonet kereta wira/iswara berpunca dari lampu belakang wira/iswara tu sendiri?...dan ada juga berpunca dari getah sekeliling bonet yang tidak beberapa disebabkan tekanan bonet... so far saya tak pernah jumpa lagi berpunca dari skru pengikat bracket bumper...

juga... saya tidak pernah jumpa lagi air masuk melalui bracket strut tempat ikat tapak absorber belakang wira...setahu saya dan sepengalaman saya, pada bahagian belakang tapak strut tersebut telah disilikonkan oleh pihak pengeluar proton beserta ngan lapisan anti karat.

jeff_tacra said...

terima kasih wiring master sebab kongsi... memang confirm wira tu bocor seperti mana yang saya sebutkan di atas, memang dah banyak kali nak kenal pasti dari mana air boleh masuk, macam-macam cara yang saya dah buat termasuk seperti yang saudara sebutkan tadi, pun air tetap masuk. rasanya hampir 5 kali cuba kenal pasti tapi tak berjaya, air tetap masuk

dan... akhirnya saya temui juga penyelesaiannya seperti yang saya buat kat atas tu, selesai masalah, sampai sekarang air tak masuk lagi kat wira tu, pelik memang pelik sebab ikut situ rupanya air masuk.

tq

Anonymous said...

ade lagi satu...memang susah nak perasan...air tu masuk ikut bawah getah keliling bonet tu...dia dekat area bucu nak turun ke lampu belakang...tempat spot welding tu memang boleh masuk...kereta saya pun masuk ikut situ...basah habis bawah seat belakang...

Anonymous said...

bang, klu pakai silikon biasa yg untuk rumah punye boleh tak bang? saya dh x lalu "buang" tayar space je bile nk cuci "akurium" wira ni..he3..

Anonymous said...

betul tu..kereta wira sy pun kna mcm tu..dia masuk ikut bawah getah keliling bonet tu..hbis seat belakang basah..air tu bertakung kat bawah seat..hurrrmmm..

hafizanecdote said...

macam mana saya nak buang air dan minyak yang bertakung itu ye? air penah tumpah dan minyak brek pon penah tumpah kat kawasan itu..

hafizanecdote said...

salam en tacra,

macam mana saya nk buang air dan minyak yg bertakung itu ye?

Azhar said...

klu kt wira aeroback, perhati btul2 kt belah kiri, hujung, kt lopak, ade mcm "penutup tin". klu wira sedan x tau la. bulat. saiz mcm penutup bekas keropok mr. potato. ketuk je dri bawah. lalu air turun mencurah2 ke ladang gandum :p

Anonymous said...

wira sedap pon same, ade jugak ;P

ketukketampi said...

Thanks for the helpfull tips bro...

ketukketampi said...

Kalau wira aeroback lak, camne nak check ruang antara spot weld (absorber)? Nak kene bukak cover plastik tu ke?

ketukketampi said...

Confirm! Saya dah check tadi, memang kat skru pengikat bumper sebelah kiri, ni dah betulkan, tengah tunggu silikon kering je baru nak test siram air.

Anonymous said...

MACAMAMA NAK TAMPAL KALAU KAT CELAH BUMPER TU BRO

Anonymous said...

Carpet sblh penumpang depan keta wira saya slalu basah,terutama bila hujan ... Dh check lantai, tp tkde pun bocor atau blubang... Ade sape2 yang b' pengalaman blh share mane lagi nak check @ tau punca kebocoran tu...?

Anonymous said...

Yang kes bro ni belah penumpang depan kiri selalu basah.try buka panel pintu hadapan dan check gam silikon plastik di sekelilingnya.kekadang kena letak gam silikon balik.air hujan yang mencurah di tingkap akan melalui masuk ke dalam tempat cermin turun naik.dan disebabkan plastik dalam panel pintu tue mungkin dah tak seal menyebabkan air masuk ke dalam kereta.kawan saya punya kereta pnah tjadi.

Anonymous said...

wira saya pun mcm tu jugak.. sampai sy biar bukak je tutup mr potato tu supaya air tak bertakung.. dah semua tempat saya silikon pun air masuk jugak.. smpai la br2 ni sy tukar lampu belakang uk spec (yg kat bonet tu) sy perasan span gasket kat lampu asal saya dah lembik.. rupa2nya air masuk kat situ.. lepas tu sy xde masalah air bertakung lg.. utk korang yg ada masalah ni cuba bukak lampu yg kat bonet tu tgk span dia camne.. kalu dah lembik tu alang2 tukar je uk spec punye.. sbb rasanya span tu xde kot kat sparepart.. dia dtg skali dgn lampu

Anonymous said...

bro potong getah paip air..dalam sejengkal.. buka bonet depan.. tengok outlet air aircond. bro sambung je paip ni kat situ.. lepas tu kasi kering carpet tu betul2.. insyaAllah selesai masalah carpet basah dekat sebelah seat penumpang tu. dulu wira saya mempunyai masalah yg sama jugak.

Aziz Zolkepli said...

salam abg jeff...setiap kali hujan atau cuci kereta seat betl pemandu selalu basah.dari mana air tu masuk./wira ab

paiyanhoi said...

Wira sedan saya basah gk karpet depan sebelah penumpang, belakang pon sama. Rasanya air masuk dr belakang, sbb mulanya basah bhgn blkng...sekarang dh mula masuk depan terutamanya bila hujan lebat. Bila ujan x lama..just basah bhgn belakang. Pasrah je le..xtau nk buat apa dh..huhuhu

liemeq said...

Salam bro...kereta iswara saya masok air kat sebelah pintu hadapan dan belakang.getah dah tukar tapi masih juga bocor bila hujan...saya pon dah xtahu apa nak buat...

liemeq said...

Salam bro...kereta iswara saya masok air kat sebelah pintu hadapan dan belakang.getah dah tukar tapi masih juga bocor bila hujan...saya pon dah xtahu apa nak buat...

shahida rosli said...

kereta wira saya pun mengalami masalah kebocoran terutama bila hujan lebat. pernah sekali tu air bertakung dekat seat belakang driver. dah macam kolam ikan!. seat belakang pun habis basah. sampai sekarang saya tak tahu ape punca air boleh masuk. mungkin dari bonet berdasarkan komen2 di atas. esok nak bawa pergi bengkel. agak2 berapa y cost kalau nak tukar getah 1 kereta?

Khairul Din said...
This comment has been removed by the author.
bani headwind said...

wira aeroback memang takde lamlu bonet ke? dan mcm mana nak diy lampu bonet kalau takde.. susah malam2 nak amik barang.