Boot Masuk Air

kebanyakan boot atau bonet belakang kereta proton sagat sinonim dengan kemasukan air, kalau hujan alamatnya boleh jadi akuarium dalam boot. jadi hal ini terpaksa lah dirawat dengan segera kerana karat mudah belaku pada tempat berkenaan. tampal je silikon yang boleh didapati kat kedai spare part atau mana-mana hardware.


keadaan air yang bertakung dalam bonet wira. boleh bela ikan kot


ini ialah kemungkina tempat yang dimasukki air iaitu melalui skru pengikat bumper belakang kiri dan kanan, boleh test dengan cara menyemburkan air dari luar di kawasan ini dan kalau air masuk dalam bonet bermakna di sinilah boleh menjadi puncanya.



ni lubang skru bumper sebelah kiri


kawasan ini juga kemungkinan boleh dimasukki air iaitu ada ruang antara spot weld ni. kes kereta ini apabila disembur air dari luar boleh nampak air meleleh ke dalam boot melalui kawasan ini, tampal dengan silikon


boleh bela ikan...
rajin-rajinlah cek kereta anda, mana tahu kan

terima kasih