CK Side Mirror with Heater

nak masukkan side mirror CK kat wira standard sudah tentu tidak dapat dilakukan secara plug & play. tapak side mirror CK kena ditukar dengan tapak standard wira barulah dapat dipasang dengan jayanya di kereta anda.


Pertamanya kena pisahkan tapak dengan housing side mirror dan untuk memisahkannya wayar side mirror kena buka dari soketnya. ambik jarum peniti cucuk kat lock soket dan tarik wayar satu demi satu. kalau tak bukak soket alamatnya tak dapatlah pisahkan side mirror dari tapaknya. gambar atas side mirror CK 7 wayar, ada heater sekali


dah berjaya pisahkan side mirror dari tapaknya



buka skru untuk mengeluarkan tapak besi kat tapak side mirror


tapak besi dah berjaya dibuka


ini rupa tapak besi kat dalam housing tapak side mirror


padankan dengan side mirror CK dan lubang pertama iaitu di kiri gambar tu terpaksa didrill kerana hanya dua skru je sama dengan CK. jadi kena drill kat lubang yang paling kiri sekali supaya ngam dengan skru nanti, kalau nak pakai du skru pun boleh tapi takut tak kuat je. lepas tu barulah dapat dipasang tapak asal wira kat side mirror CK. pasang balik segala kerja tadi...


side mirror standar wira


side mirror CK with heater

sekian
selamat mencuba
terima kasih

28 comments:

matnors said...

abg jeff.. brapa market price sidemirror lipat CK ni eh? lebey kurang sidemirror wira gak kan?

tacra aka jeff said...

market lebih kurang je dengan side mirror evo/lancer, cuma yang ada heater tinggi sikit regenya, 7 wayar.

TurboBee said...

Kiranyer beza lokasi lubang je la ek antara tapak lancer dan tapak CK ek?

Bila la nak pakai sidemirror CK nih....Hurmm

rastamaron said...

Salam, kalau buka cermin wira masukkan cermin lipat,boleh ke? Tak payah nak cat lg. Cermin wira stendet tu senang nak umpil?

tacra aka jeff said...

boleh sangat... housing side mirror sama je dengan mitsu

TurboBee said...

Cemana wiring diagram utk cermin lipat ni abam Jeff?

TurboBee said...

Brg dpt doh nih...

TurboBee said...

Wayar mana nak sambung ke mana?

tacra aka jeff said...

ok.. nanti update pasal wiring cermin auto flip pulak, tunggu...

TurboBee said...

Pasal tapak tu, katanyer kena tebuk lubang, bleh spesifikkan tak lokasi yg nak kena tebuk tuh?

Sbb kawe compare antara tapak CK dgn tapak LANCER sama jer kedudukan lubang tuh....

tacra aka jeff said...

try masukkan skru yang 3 bijik tu, kalau satu tak dapat masuk maknanya lubang tu lah kena ejas, bukan tebuk pun just besarkan sikit lubannya

TurboBee said...

Ooooo, kalo camtu mmg patut la, puas kawe tilik2, tang mana yg nak kena tebuk tuh.. Rupanyer kena enlargekan skit je la ek?

tacra aka jeff said...

ekeke... memang kena besarkan sikit lubang

adiq said...

bro..tmpng tnya..kalau wiring side miror ck lak cmne?leh tlng x bro?

jeff_tacra said...

wiring side mirror CK sama je dengan evo

amat said...

abg,saya nk buat macam ni tadi.tp tapak kat side mirror tu asal besar sgt?
tapak asal sidemirror tak muat langsung dekat sidemirror tu.
adakah ini normal.atau saya telah di tipu oleh penjual?

jeff_tacra said...

seller tu kata side mirror apa, kalau dari evo atau CK tapak wira asal boleh masuk, cuma lubang yang CK je kena minor mod sikit

amat said...

dia ckp side mirror CK.
tp kalau compare gmbr ngan sidemirror abg tu cm lain je

Anonymous said...

brapa market rega otoflip ni..kwn berminat la nk cari..sape de port cantik bgtau kwn ye...area JB.

fazsly08@yahoo.com

jeff_tacra said...

side mirror CK 7 wire ni susah jugak nak dapat, kalau ada harga sekitar rm350 satu set

Anonymous said...

salam semua,, heater tu untuk ape pda side mirror erk.. ingin tahu

jeff_tacra said...

kalau hujan cemin akan ada air, so kalau pasangheater ni air tu akan kering, sama function seperti heater pada cermin belakang jugak

Anonymous said...

salam a,jeff.. relay auto flip vr4 sy ade 5 wire.. mcmna nk sambung erk?? klu tutup dia lebih, klu buka pun dia lebih jgk, kenape erk??
hntr kdai wiring dia sruh cari yg 4 wire, pening dh kepala... bleh bagi cadangan x??

LeNgGaNgKaNgKuNg said...

salam broo.. nak tanya.. switch untuk side mirror nie bole masukke kat dashboard wira?? nk letak kat mana ekk??

harith said...

salam a. jeff,
side mirror ck ni dia built in relay ke atau kena tambah relay?

jeff_tacra said...

side mirror ck sama je dengan side mirror evo biasa, tak ada relay di dalamnya. yang beza ialah suis sahaja iaitu ck tak perlukan relay sebab suis on/ff

png said...

salam bro..nk tanya, side mirror ck ni boleh pnp trus kat waja? atau perlu mod tapak?

Anonymous said...

Salam cikgu ..side mirror saya sebelah kiri kadang 2 cermin tak boleh nak adjust kiri kanan tpi atas bawah ok. Masalah ni berkaitan dengan wiring ke atau side mirror tu yang nak rosak?