In-Tank Fuel Pump

kalau nak upgrade in-tank fuel pump terpaksalah kena turunkan tangki minyak dan kerja ni boleh dilakukan secara diy je kalau anda mempunyai keyakinan dan tools yang mencukupi. kebanyakan antara kita tukar kepada fuel pump yang lebih besar seperti walbro dan sebagainya. ikutilah bagaimana cara nak tukar fuel pump berkenaan.


dapatkan plywood atau kalau tak nak guna pun tak apa, untuk menahan tank seperti gambar di atas. sebelum turunkan tank terlebih dahulu pastikan kandungan minyak petrol di dalamnya paling minima, kalau tak... fikirkanlah...


terlebih dahulu buka hose kemasukan minyak ni, longgarkan clip dan tarik sampai tercabut hose berkenaan. hose minyak ke enjin pun hendaklah dibuka, boleh dilihat pada bahagian tepi tank



pastikan juga soket power untuk pump ni dibuka, boleh didapati pada bahagian seat belakang bawah carpet.


gunakan dua jack stand untuk memudahkan kerja di bawah kereta. terdapat 4 skru bersaiz 14mm di sekeliling tank


bila dah buka nut tank dengan perlahan-lahan turunkannya dengan jack tadi


tank standard wira


buka nut bersaiz 8mm di keliling holder fuel pump ini dan keluarkan fuel pump


gantikan dengan pump yang dikehendaki dengan meletakkan semula pada holdernya. sebelah kiri merupakan pump 4G15 dan di sebelah kanan ialah fuel pump 4G92M

selamat ber'diy'
terima kasih

48 comments:

Nor said...

ade beza ke bang dari segi performance?atau lain2?

jeff_tacra said...

memang ada beza, pump cantik pressure minyak akan dapat dikekalkan dalam fuel rail

Anonymous said...

keta saya dah tukar pump tp napa bila on ignition x dengar bunyi pump. masa pump lama dengar.. pump baru ni half cut punya.. pump x cun ke? keta satria.

jeff_tacra said...

pakai enjin apa, kalau enjin mitsu biasa tak bunyi pump masa on kunci, kalau proton standard on kunci pump hidup beberapa saat

Nor said...

pump ni selalu dalam berape tahun baru kena tukar bang?

Anonymous said...

ooo..dulu mmg pump stended proton satria 1.6gli.. lepas tu pump kong.. pomen tukar pump half cut tak tahu dari model apa.. tp mmg on kunci x dengar bunyi pump.. pakai enjin mitsu.

NeophyteHeaven said...

wira se saya mengalami masalah, start yg bermasalah, seteleh buat ujian pada enjin yg mengubungkan minyak. didapati tiada minyak ke enjin. pada mulanya menjangka fuel pump, tetapi setelah dibuka dan diuji direct ke bateri, masih berfungsi..apakah penyebabnya? seperti tiada elektrik ke feul pump..fius semua berfungsi dgn baik..

jeff_tacra said...

kadang-kadang fuel pump lemah pun boleh jadi penyebab macam tu

Faisal.Adlina said...

adakah sebab fuel pump lemah dia takleh supply minyak ke fuel rail dgn sempurna?..skrg sy gunakan fuel pump 1.3 wira pada enjin 4g91..adakah kene upgrade ke fuel pump yg lebih besor mcm evo punya fuel pump..

Masalah kereta sy adalah susah nk start pepagi,kekadang sampai 6-7 kali crank baru idup..tu pon RPM slow2 naik dr 200 ke 1000 rpm..

jeff_tacra said...

faisal> masa start pagi rpm tak tinggi ke, macam stepper motor probelm kalau simptom macam tu, try tukar stepper motor dulu, kalau tak mau jugak try tukar fuel pump pun boleh jugak

NeophyteHeaven said...

mcm mana nak pastikan fuel pump lemah? perlu tukar fuel pump juga ke? masalh ini masih juga saya hadapi...setelah memeriksa beberapa cable, didapati relay tidak berfungsi(relay yg terdapat bawah depan seat penumpang), relay telah diuji pada kereta lain dan didapati berkeadaan baik. Salah satu wire yang menghubungkan relay seperti tiada elaktrik apabila diuji dengan test pen yang telah digroundkan. Semua fius dalam keadaan baik. Cara yang senang untuk start engine adalah masukan test pen yang telah diground kan tadi pada salah satu kaki relay, dan relay akan berfungsi dan mengeluarkan bunyi tick tick..baru engine boleh start. apakah penyebab masalah ini?

Takbir4948 said...

Salam....
kereta saya wira 1.6 asal AUTO ditukar kepada MANUAL. Adakah kena tukar Fuel Pump juga..? kerana apabila saya on kan switch kereta, lampu indicator CHECK ENGINE menyala lama. Dan terdapat bunyi macam ROTOR bergerak di bahagian dalam TANK PETROL. adakah itu tandanya Petrol Fuel Pump ROSAK..?

Anonymous said...

salam bro, mana tempat letak nye barang yg ukur minyak petrol kurang atau full.....

jeff_tacra said...

float minyak petrol tank wira ada bawah seat. buka seat dan umpil besi bulat penutup terus nampak skru float tersebut

Anonymous said...

Bang..,kete sy wira 1.5 vdo...ade masalah first start prblem....cam minyak xsmapai...tapi klu dah hidup, mati engine strat blk dah ok....bile padam dalam 30-45 minit dh jd semula first start xboleh kene tekan minyak baru boleh.....rase2 ade sbb fuel pump tak??TB dah service masih problem gak....thanks

Suhaimi Mohamad said...

En Jeff..
Nak tanye sikit. Kerete saya tiba2 start tak beleh hidup. Tapi starter jalan. saya buka sambungan minyak kat injector tak ade minyak yang keluar. Adakah fuel pump problem @ada masalah lain ?

jeff_tacra said...

kalau takde minyak keluar melalui hose ke injector tu macam fuel pump bermasalah

Anonymous said...

salam, saya pakai wira engine GSR Turbo, feul pump wira 1.5 bersama tank asal,
masalah saya start engine kadang -kadang senang hidup. kadang kadang susah,,, macam minyak tak sampai je,,,

Boleh ke saya pakai fuel pump wira atau kena tukar lain...... tlong bos selesaikan masalah saya ni

jeff_tacra said...

guna fuel pump gsr atau evo. nak cantik lagi pakai walbro 255LPH

Anonymous said...

salam bro jeff... nk tanye kete sy pakai ejin standard wira 1.5.. fuel pump y lama da kong.. tukar ke fuel pump walbro... msalahnye.. pkai fuel pump walbro nie mmg ad bunyi cam rotor,. normal ke x normal??

jeff_tacra said...

walbro memang normal bunyi kuat sikit

Anonymous said...

salam bro..slalu hrga fuel pump ori tuk wira 1.5 se brpe??

jeff_tacra said...

fuel pump ori wira 1.5 kat proton service hampir rsekitar rm400

Ben86 said...

nak tya bro klo sa sgg drive tba2 check engine myala,tp klo x jln x pla bnyala...pa yg rosak 2...

dIE said...

bro, selamat hari raya.nak tanya, kereta wira 1.5 carb pakai fuel pump gak x?
thanks.

jeff_tacra said...

tangki carb tak ada fuel pump, minyak disedut oleh carb dari tangki

Anonymous said...

salam,kete sye wira 1.6,mase tekan minyak tiba2 jerking enjin nak mati,mase lepas minyak time idling ok,pas tu pegi bengkel,pomen 2 try rem,tp enjin mcm sangkut2 n terus mati,pas start balik,ok lak,dh x sangkut2,agak2 pe ye bang?pomen 2 kate,mungkin distributer,TB,& ecu.member saye kate lak,fuel pam/fuel filter,tp itu hari baru gnti fuel filter spare part punye la,bukan ori proton..tengkiu

jeff_tacra said...

Ada dua kemungkinan je yang berkaitan dengan enjin jerking ni iaitu minyak atau api. Trty cek dulu plug, cable plug, distributo

Anonymous said...

ok saye cek plug dulu,kalau distributer bermasalah, ade warning check engine x?td try bukak fuel filter,ade air sikit..dalam tangki ade air ke?atau proses pemeluwapan petrol?

Anonymous said...

bang...apa masalah kalau kita jalan jauh tapi kedudukan meter minyak masih dalam kedudukan full..

jeff_tacra said...

Try cek float kat dalam tank, macam float bermasalah je ni. Search entri blog saya mengenai float tu

sukhit@khit said...

bang jeff saya pakai fuel pam walbro, time tgh hari bunyi amat kuat , duduk dalam kreta pun boleh dgr dengan jelas tapi time malam pulak bunyi slow cikit, dok dlm keta x dengar, apa masalahnya?,dan ada x cara nak setle problem ni.

boykira said...

salam.. bos mntak tolong knapa kereta sy ada bunyi fuel pump bila drive jauh, mkin lama makin kuat bunyi. kadang2 ada bunyi macam gas bocor?

Zulkifli Ismail said...

Abg jeff.kat mana fuse/relay fuel pump wira?fuel pump baru tukar still x jalan.xde current masuk.dah check kat connector.tolong saya abg jeff

dengue patrol said...

Salam... Gen2 sy ada sedikit problem yg mana pabilA minyak diisi kemudian jln dlm beberapa km, meter minyak Akan turun memdadak.. kemudian sy berhenti dn start semula.. secara tiba2 minyak kembali byk.. apa masalah sbnrnya..? De pomen kata fuel pump. Ada yg kata meter. Ada yg kata check wiring...

syafiqah rosli said...

salam cik..sy nk tya..fuel pump kelisa mmg byk msalah ke?
sy bru je tukar fuel pump bln 3 hari tu..bln 5 msalah lagi..pomen sy ckp msalah wiring..lpas tu die kne blik sebulan lepas tu..

Unknown said...

Salam. Sy pkai satria 1.6 auto 4g92, kreta sy dah install ficd. Kereta tak kluar asap. Terbaru sy buat tuning. pusing town (40km) boleh abis petrol rm20, tp long distance (80km) boleh rm10 je.. simptom begini apa masalahnye?? Adakah normal utk auto?Tolong bantu sy.

Mohd Firdaus said...

Salam. Sy pkai satria 1.6 auto 4g92, kreta sy dah install ficd. Kereta tak kluar asap. Terbaru sy buat tuning. pusing town (40km) boleh abis petrol rm20, tp long distance (80km) boleh rm10 je.. simptom begini apa masalahnye?? Adakah normal utk auto?Tolong bantu sy.

Lee Lee said...

salam bro,wira 1.5 auto sy br tukar fuel pump jenis denso...tp lpas psang, bunyi cam motor dari tangki mnyak tu cam kuat ja..berdengung..normal ke cmtu..sblm ni xbunyi pon...

Lee Lee said...

salam bro,wira 1.5 auto sy br tukar fuel pump jenis denso...tp lpas psang, bunyi cam motor dari tangki mnyak tu cam kuat ja..berdengung..normal ke cmtu..sblm ni xbunyi pon...

eiffiel wafi said...

assalamualaikum bang,wayar suply api fuel pump perodua kelisa.boleh bypass x.dgn mna2suply api,yg berdekatan dgn socket kt bwh kusyen belakang.

eiffiel wafi said...

assalamualaikum bang,wayar suply api fuel pump perodua kelisa.boleh bypass x.dgn mna2suply api,yg berdekatan dgn socket kt bwh kusyen belakang.

Unknown said...

bang nak tanya bila najib nak letak jawatan???

Amir said...

Assalamualaikum bang...nak tanye kalau kete untuk 1st or 2nd start susah nak idup...kene tekan minyak masa start baru boleh idup...ade kene mngena dengan fuel filter x?Saya pakai Wira 1.5

Anonymous said...

Salam bang,,saya guna kereta wira se 1.5..masalah kereta ni minyak cam tak cukup naik..masalah pum ka tu..minyak ada juga kluar kat hose injictor..

Unknown said...

Sy dh tukar baru fuel pump bos masih juga minyak x keluar dari hose injector..apa masalah nya??

Jeff Tacra said...

kena pastikan dulu sama ada pump hidup atau tidak. cek jugak fuel filter takut sumbat

azeem fahmi said...

Minyak xcukup tu bila tekan padel minyak sampai ke lantai or pasang aircond baru jd?mungkin plug kong atau kabel plug dh kong..