Inner Roof

kalau kereta wira 4G13/15 carpet bumbung dibuat dari plastik dan ini berbeza dengan inner roof 1.6/1.8 yang dibalut dengan carpet dari fabric tertentu. kalau plastik sudah tentu interior kereta akan menjadi panas sedikit jika dibandingkan dengan carpet biasa. jadi kali ini bagaimana cara hendak menukar atau memasang carpet kat bumbung dalam kereta, kuranglah sikit panasnya dan bertambah lagi seri interior kereta anda


ini rupa carpet bumbung dalaman kereta. boleh didapati di mana-mana kedai membaiki kusyen kereta dengan harga yang boleh dikatakan murah jugak, upah kat kedai lagi mahal. carpet ni ada span lembut di bahagian bawahnya


gam dunlop tin besar sebab kedua-dua permukaan kena disapu dengan gam



potong mengikut shape carpet bumbung. biar lebih besar dari inner roof sebab senang nak lipat bahagian dalam nanti


bumbung kereta yang telah dibuka. kena buka cermin tengah, sun shade, pillar tengah dan pillar belakang. semua pakai clip je. kebanyakan pillar pakai clip je


sapukan gam dunlop pada permukaan roof ini dan juka pada bahagian belakang carpet.


letakan carpet pada permukaan roof dan gosok hingga rata


dah siap... nampak lagi kemas berbanding dengan plastik

selamat mencuba
terima kasih

2 comments:

Anonymous said...

Hi. Perkongsian tip yg sangat berguna. Boleh saya tahu, kalau utk Kereta Kancil, berapa meter carpet perlu saya beli?

Mak Chik

Anonymous said...

bang.saya nak bukak karpet bumbung..masalah tak tau macam mana nak bukak platik pillar kt sebelah depan dengan tengah.abag ada entry pasal tu tak.nak kenal pasti lokasi klip dia kalau pakai klip la..urgent bang..nak repair bumbung skali.terima kasih