ISC Servo / Stepper Motor Vol.1

bagi kereta DOHC stepper motor memainkan peranan penting semasa cold start atau semasa ekon dibuka kerana benda inilah yang menjaga idling kereta supaya stabil. kadang-kadang masa on ekon idling drop hingga boleh mati, stepper motor merupakan salah satu penyebabnya. solution tukar yang lain atau try dulu service. tapi DIY kali ini ialah penyelesaian idling yang sangat tinggi semasa cold start hingga hampir 3k rpm semasa mula-mula start kereta pada awal pagi. ada cara penyelesaiannya...


inilah kedudukan stepper motor pada throttle body DOHC. tak perlu buka TB dari kereta


unplug soket stepper motor



inilah rupa stepper motor, ada yang kaler cokelat dan ada yang hitam


buka 3 biji skru seperti yang ditunjukkan di atas



setelah dibuka


kalau spring tu terkeluar masukkan balik ke dalam lubang tengah-tengahnya


magnetic rotor ni yang perlu diselaras semula


pusing magnetic rotor ini ke arah lawan jam setengah atau satu pusingan sahaja. kalau pusing sampai habis semasa cold start rpm tak naik... duk kat idling semasa. maknanya tak ada function auto choke lah. peringatan: pusing setengah ata satu sstu pusingan sahaja ikut arah lawan jam


sebenarnya kita rapatkan sikit pintle atau muncung stepper motor ke arah lubang angin kat throttle body, boleh lihat pada bulatan merah rajah di atas


bila kita pusing magnetic rotor tadi muncung stepper motor ni akan terkeluar sedikit dan ini bermakna ia menutup sedikit lubang kemasukan angin kat throttle body. jadi tidaklah tinggi sangat rpm semasa cold start


dah siap... pasang kat kereta dan test start masa pagi. sekarang rpm naik hingga 2k sahaja dan perlahan-lahan akan turun ke normal idling bila enjin dah panas. sebelum ini hampir 3k rpm naik masa start pagi

sekian, terima kasih
selamat mencuba