power steering pump repair

kali ini saya paparkan tutorial atau cara bagaimana hendak menukar oil seal pada power steering pump yang bocor. kebocoran boleh dikesan melalui shaft pulley pump berkenaan yang kebiasaannya kesan minyak dapat dilihat di sekitarnya yang keluar ataupun jika dah lama bocor kita akan dapat lihat kesan pasir yang diselaputi minyak. jadi lebih baik sekiranya oil seal dalam pump berkenaan ditukar sepenuhnya kepada yang baru untuk mengelakkan sebarang kemungkinan semasa mengendalikan kereta nanti. kalau pump tidak berfungsi atau minyak power steering habis kemungkinan stereng kereta akan terasa berat semasa memusingkan stereng, dah jadi macam stereng manual tanpa power steering pulak

ini rupa power steering pump repair kit yang boleh didapati di mana-mana kedai spare part. untuk kereta proton khususnya wira atau mitsu harganya sekitar rm30 - rm35 satu set. di dalamnya terdapat oil ring tertentu yang khsusus untuk pump tertentu sahaja sebab itulah sekiranya kita hendak membelinya pastikan kita bagi tahu stereng pump kereta wira berapa cc. 1.3/1.5 sama sahaja dan ini berlainan dengan 1.6/1.8

satu set oil seal yang dikeluarkan daripada plastik repair kit tadi. terdapat beberapa jenis oil seal yang berlainan dan kita perlu menggantikan mana-mana oil seal yang terdapat pada pump tersebut dengan yang baru


buka cover belakang pump dan kemudiannya kena buka snap ring kat bahagian shaft berkenaan untuk mengeluarkan shaft pulley dari body pump. snap ring ini merupakan lock kepada shaft tersebut

keluarkan alatan pump... apa nama entah saya pun tak pasti nak nyatakan kat sini. pastikan kedudukannya betul agar semasa memasang nanti kita tidak memasangnya secara terbalik yang mungkin menjejaskan operasinya atau pun mungkin merosakkan pump tersebut

bila snap ring dibuka maka dapatkan keluarkan shaft pulley berkenan dan barulah oil seal baru dapat dimasukkan. gambar atas oil seal telah dikeluarkan daripada pump

pasang oil seal baru dengan betul dan jangan senget kerana kemungkinan minyak power steering akan bocor boleh berlaku. gunakan spanar box yang bersesuaian dan ketuklah perlahan-lahan agar seal dapat masuk dengan betul dan sempurna pada tempatnya

masukkan semula pulley shaft

terbalikkan dan tukar segala seal yang ada pada bahagian berkenaan

pasang balik seperti mana mula-mula tadi, ketatkan semua nat dan skru yang dibuka secukupnya. periksa dengan teliti agar semuanya terpasang dengan lengkap, jangan telebih skru pulak ye

pasang pump kat kereta seperti asal

jangan lupa masukkan minyak power steering yang baru, pasangkan semula belting power stereng. start engine dan pusingkan steering kiri dan kanan beberapa kali untuk proses bleeding minya power steering. tambah minyak power steering sekiranya kurang daripada takatnya dan biarkan idling seketika. perikasa sekitar pump dan pastikan tiada kebocoran berlaku

terima kasih
sincerely: jeff tacra

34 comments:

TurboBee said...

Kalo power stering rasa berat (tak mcm dulu) naper tu agak2 abam Jeff?

tacra aka jeff said...

try flush minyak lama
masuk minya baru

RenTap said...

nak flush minyak boleh buat soram2 tak abg jep?

tacra aka jeff said...

boleh buat punya...

Nor said...

tunjuk la pulak flush minyak powerr steering abg jep,,,heheheh

muhazam said...

salam... kalau pump power steering waja mitsu ada bearing x? boleh tukar tak bearing tu? anjin bunyi berdengung bila rpm 1.5k hingga 2k... pomen cakap power steering pump rosak, kene tukar halfcut. tapi kalau boleh repair jimat sikit...

Anonymous said...

bang ade ke orang jual shaft & pulley jer?
kete wira 1.8..saya punye dah gelong dah..

jeff_tacra said...

jarang orang jual shaft dan pulley sahaja, biasanya jual satu set pump power steering

sesakman said...

jeff.., Power steering toyota unser sy dah leaking & noise giler,,ada peluang nk diselamatkan lagi ke..? andai kata nk repair kos tinggi x ?

Mohd Azrul said...

Salam bro jef
Macam mana nak flush minyak power setereng.
Nak tukar minyak baru..

kruzz said...

Steering Rack leaking cemana nak buat bro? leaking sebelah kiri kat steering arm

zanpaktao said...

assalam bro,maaf bertanya.dekat pump tu ada pressure relief valve ye?kat mana kedudukan dia ye?kalau menda tu rosak stereng jadi ringan ke kalau bawak laju?bule ke tukar mende tu je atau kene beli sebiji pump tu sekali?

Anonymous said...

salam bro tumpang tnya, td saya p kedai pomen sb ada bunyik kt keta.. dia kata power steering oil pump bunyi so kena tukar. beli kt hafkat katanya.. bro ada apa2 yg boleh bg penerangan x? n betol ke bnda tu boleh bunyi. dia kata klu xtukar nti boleh rosak. 1 more steering sy mcm loose sikit. gerak sikit kiri kanan xde efek. sikit jela.. overall ok. TQ boss in advance

Anonymous said...

lupa bgtau saya pakai wira 1.5 vdo :)

Anonymous said...

Salam bro,sy da tukar rack power stereng suma tp bla pusing2 stering,myk dr tabung 2 tendang naik ke atas.ape msalahnye ek?pomen tu ckp mmg tak boleh di baiki dah.btol ka?

Major Raidenovich said...

Salam bang.saya nk tnya skit.saya pkai myvi 1.3.power steering xde problem tp sy rasa steering ringan sangat,x stabil bl bwk laju.sy fikir2 maybe tekanan liquid kuat sgt kot.saya ada terfikir kaedah tukar pulley bagi besar,kot2 la pressure dpt kurang skit.tapi agak2 kalau adjust relieve valve dia(tambah washer),ada perubahan x?kalau ble emel pendapat abg kat sy,faizalrsd@gmail.com

khor said...

abang jeff nak tanya wira 1.8 punya power steering rasa berat daripada wira 1.5~ apa masalah itu? steering rack sudah tukar halfcut punya

afri said...

Abng jeff nak tanya kalau kereta naza citra sma jugak ke cara dia...kalau power steering pump tu berbunyi sreh sreh...disebabkan bocor power steering pump maknanya kena tukar satu set atau seal dia je...

Andra Douglas said...

Bro..keta saya proton saga fl..baru setahun lebih je pakai dh timbul masalh minyak power steering leaking..nampak mcm leak dari tabung minyak dekat sambungan hose dia..dan dekat pump pulley dia pun berminyak.nampak sangat leaking nya sampai ke engine..apa punca nya..kekadang steering pun ada keras..minyak power masih d paras normal..apa puncanya..? Ataupun keta proton langsung tak boleh d harap?

jeff_tacra said...

leaking dekat hose boleh dibaiki dengan memasang hose klip yang jenis boleh laras. leaking pada pump berpunca daripada oil seal yang dah bocor, kena tukar oil seal baru

Yusry said...

Salam bang,, nak tanye,, hose depan penyejuk minyak power steering dpn condensor tu mane nk beli ek?wira punye,, thx

jeff_tacra said...

biasa ada jual kat kedai potong/halfcut. kat kedai spare part tak pasti ada jual atau tidak

adi c99 said...

Bro jeff camane nak flushing minyak power stering

adi c99 said...

Bro jeff camane nak flushing minyak power stering

adi c99 said...

Bro jeff camane nak flushing minyak power stering

adi c99 said...
This comment has been removed by the author.
dzan hashim said...

salam abg jeff,,

pls jawab asap..masa pusing steering jd sangkut2 atau xsmooth,kenapa?steering rack atau steering pump?kedua2 benda ni xde leaking

terbang ke langit said...

salam abg jeff.

nk tanye, power steering wira 1.6 jadi berat sangat dan x boleh pusing time hujan(sometime). tp kalau hari panas, ok je..xde mslh pun. da g kedai, survey..tp pomen ckp xde pulak bunyi kat pulley, minyak x kurang,xde bocor ke ap. dari pengalaman abg, ap masalahnye ye??

Arbi bino said...

Salam...Terima Kasih kepada Jefftacra yang banyak memberi secra teknikal masalah dan cara-cara untuk membaiki kenderaan secara percuma. Saya telah membuat pembaikan terhadap power steering pump dan alhamdulillah dah tak bocor lagi. Terima Kasih banyak-banyak dan semoga Anda di murahkan rezki...amin.

Arbi bino said...

Salam...Terima Kasih kepada Jefftacra yang banyak memberi secra teknikal masalah dan cara-cara untuk membaiki kenderaan secara percuma. Saya telah membuat pembaikan terhadap power steering pump dan alhamdulillah dah tak bocor lagi. Terima Kasih banyak-banyak dan semoga Anda di murahkan rezki...amin.

zul ware said...

Kalau baru pakai kete setahun lebih bagus pergi le service centre proton. Masih ada warranty tu.

Anonymous said...

Saya pakai wira 1.5.. Minyak power steering hilang semuanya...kat bahagian pulley tu ada kesan minyak...bila pusing stering semasa belok ada bunyi macam benda menderam...adakah power stering rack jugak rosak atau leaking...

Bob fendi said...

Serius sy ckp ada kdai sparepart xtau lngsung ada jual repair kit ni bro jeff,puas sy cri kat tmpat sy xde...leh cadang kdai x...

Lala Nijam said...

boleh tanya, pump power steering kyb, ada bering atau xde?