Smoked Head Lamp - MYVI

bagaimana hendak menghitamkan dalaman headlamp myvi. seperti biasa mula-mula buka dulu headlamp dari body kereta, bumper kena buka sebelum anda dapat mengeluarkan headlamp myvi


keadaan kereta myvi setelah headlamp dibuka... buruk semacam je


panaskan dengan menggunakan hairdryer atau hot gun untuk mencairkan gam yang terdapat di sekeliling headlamp



kena buat macam ni, hehhe...


tampal masking tape pada bahagian yang dicat


spray dengan menggunakan cat flat black hi-temp


spray beberapa layer sehingga kesemuanya menjadi hitam


perbandingan antara yang belum dan yang sudah dispray


dah siap...
tapi kerja ni tak semudah yang disangka kerana untuk memisahkan kaca lampu dari housingnya agak susah sedikit kerana headlamp myvi boleh dikatakan besar juga

terima kasih

22 comments:

jeff_tacra said...

kena seal seperti asal, takut masuk air

ghostz32 said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

bro..nk tanya..mana senang diy spray headlamp wira...proses yg sama juga ke..n gam pakai silikon punya ke...

jeff_tacra said...

dah ada cara smoke headlamp wira, tengok kat sini http://tacra.blogspot.com/2010/03/smoked-headlamp-wira.html

Anonymous said...

terima kasih bro..

mat said...

salam bro....nak gam balk tu guna gam baru ke gam yg asal je?

jeff_tacra said...

pakai balik gam asal

Anonymous said...

salam abg tacra....spray jenama ape better digunakan...nk seal balik xperlu tmbh silicone ke??? tq ats bantuan....

jeff_tacra said...

saya tak tambah silikon lain, guna yang sedia ada. spray flat black hi-temp, jenama terpulang asalkan jenis tahan panas

Anonymous said...

Salam bro,,aku dah buat spray dalam headlamp tu,,,hampir 8 bulan dah,, tapi sedih la,,,headlamp aku masuk air plak...dah jadi ber "wap" dalam lampu tu...mcm mana eh :..(

jeff_tacra said...

seal tak cukup cantik tu, ada tempat yang tak tutup dengan baik. try buka balik dan tampal silikon hitam antara joint lampu tu, seal bagi cantik

Anonymous said...

ok bro thanks, tapi nk tanya, gam silicon hitam yg sedia ada dalam lampu tu [yg ori] boleh tambah gam lagi ke? x tebal sgt ke nnti?? sebab baru2 nie sy dah tambah gam silicon yg clear kat luar lampu tu...

jeff_tacra said...

jangan letak terlalu banyak, ala kadar je bagi menutupi ruang dengan sama rata. panaskan dulu silikon dan pasang balik cermin kat housing, kat luar tambah lagi silikon bagi menutupi bahagian luar

Anonymous said...

oh OK abg Boss...jasamu dikenang :D

Anonymous said...

kalau guna air panas rendam dalam baldi pun boleh....hehehehehe

sabri said...

bro tacra...cmoked headlamp waja plok...hehehe tq

jeff_tacra said...

kat mana-mana kereta pun kaedahnya tetap sama seprti yang ditunjukkan

arerealo said...

bape lame boleh siap ni bro? lau nak upah tolong watkan amek order tak? hehee..area mane?

arerealo said...

bape lame boleh siap ni bro? lau nak upah tolong watkan amek order tak? hehee..area mane?

rahman ismail said...

Bro..nanti boleh upload cara-cara nak buka bumper myvi tak..pastu tunjuk la skali lokasi pin-pin bumper yang nak kena buka..Tq

syashanor said...

bro . boleh tunjuk cara nak buka bumper and headlamp ? kalau boleh buat video .

jeff_tacra said...

video tak ada lah syashanor. gambar pun hanya sikit je