Sound Proof - Lantai

untuk mengurangkan bunyi dari luar maka kita boleh tampal insulflex pada bahagian-bahagian tertentu, seperti lantai, bumbung, pintu, fender, bonet, firewall dll. kali ini ditunjukkan bagaimana untuk meletakkan insulflex pada bahagian lantai kenderaan.

peralatan
1. gam, gunting, insulflex 2 meter
2. tools untuk membuka seat kereta


inilah insulflex, harga lebih kurang rm35/meter


setelah dibuka seat dan carpet bersihkan dahulu lantai kereta dan kemudian sapukan gam dunlop pada keseluruhan permukaan yang hendak ditampal insulflex



sapukan juga gam pada permukaan bawah insulflex


proses menampal kat kereta. potong dan tampal bahagian demi bahagian


dah siap tapi wiring ICE belum lengkap lagi



proses untuk re-wiring ICE


boleh juga pasang hose ekon belakang evo


RCA & power cable


power amp


dah siap semua

Selamat mencuba
jumpa lagi untuk sound proof untuk bumbung

terima kasih

37 comments:

Anonymous said...

bro jeff, hose ekon blakang evo tu utk apa?

jeff_tacra said...

untuk alirkan ekon ke penumpang belakang

mR Gee.!! said...

rare tuh.. ekekkeke...

Anonymous said...

cmna nk sambungkan ekon blakang 2?

jeff_tacra said...

nak sambung ekon ke belakang kena cari hose ekon dari kereta evo

Rosafzaini said...

A.Jeff, dh banyak kedai saya tanye. Tp xde jual la insuflex. Klu saya bank in duit, A.Jeff belikan n pos ke puchong selangor. Boleh tak? Msg saya pon tak pe. +6013-2065891

Normawayu said...

bro jeff... mana nak cari hose ekon tu..

jeff_tacra said...

try cari kat mana-mana kedai potong, selalunya ada atas tanah je benda tu

Normawayu said...

mcm mana nak pasang hose tu

Normawayu said...

tlg tunjuk ajar bro

jeff_tacra said...

senang je pasang hose tu, sambung dari bawah dashboard yang keluar angin ke kaki, kalau tengok hose tu akan tahu nanti kat mana kedudukannya

Rosafzaini said...

A.Jeff........ kat maner nk beli getah tu???

jeff_tacra said...

getah yang mana satu ni

Anonymous said...

abang jeff... nak tanya pasal audio ni... saya nak pasang pre amp pasal nak pakai 2 power amp... camna sambungan dia? saya tgk wiring diagram dkt pre amp tu satu pergi grounding, satu pergi 12v +ve bateri dan satu lagi dia tulis REM dan dia tulis ANT lead orange (control wire) iaitu sambung ke head unit... yang rem tu nak sambung kat mana di head unit tu bang? utk sambungan2 ni elok guna wayar saiz berapa? atau wayar biasa merah hitam tu boleh pakai? pre amp jenis av quart. HU jenis pioneer. tima kasih bang.

jeff_tacra said...

pertamnya tarik wayar positif dari bateri ke fuse block (dari satu menjadi dua) dan pergi ke positif untuk amp 1 dan amp 2. wayar ground kat amp sambung ke body. kat preamp pun sama sambung 12v dan body satu. untuk menghidupkan preamp dan power amp perlukanm remote wayar iaitu cari satu wayar rem kat HU, kalau pioneer kaler orange dan sambung wayar tu ke rem preamp dan kedua-dua power amp. kena looping dari HU ke preaamp dan power amp. bila tekan power kat HU wayar remote ni akan supply karen ke preamp dan power amp untuk menghidupkannya.

Anonymous said...

tima kasih bang jeff sudi reply .....

maksudnya wayar remote tu yang sambung guna RCA cable tu ke bang?

wayar REM dari HU sambung ke pre amp dan dua2 power amp. maksudnya kena separate kan wayar tu kepada 3 ke? dekat power amp tu dah ada connection utk REM ke?

maksud abang pre amp dan power amp dapat karen dari HU melalui REm cable tu? bukan ke dari +ve bateri?

sy byk kali baca apa yang abang tulis tu tapi tak paham2 maksudnya...

jeff_tacra said...

REM tu bermakna remote, yang ni dikontrol oleh HU untuk menghidupkan preamp dan power amp. boleh call saya untuk peneranga lanjut, tq

Anonymous said...

sound proff bumbung bila nak buat?

jeff_tacra said...

soundproof untuk bumbung sebenarnya dah buat, tapi tak ada gambar

Anonymous said...

salam abang jeff,2 meter cukup ke untuk lantai satria?

jeff_tacra said...

2 meter dah cukup untuk lantai wira/satria

Anonymous said...

salam bro..ade d.i.y soundproof utk pintu x?

jeff_tacra said...

pintu, bumbung, fender dan boot belakang pun pernah buat tapi tak ada gambar

Anonymous said...

utk pntu leh pka insulflex jgk ke bro?ke ade material lain?

Anonymous said...

kalo pakai gam ni lame2 x karat body kete

wiragaban said...

1.Apakah perbezaan sebelum dan selepas memasang insulflex tersebut?

2.adakah hasilnya puas hati?

jeff_tacra said...

lepas pasang insulflex kat body kereta dapat mengurangkan bunyian tertentu

under18_yun said...

MANE NAK DAPAT INSUFLEX NI?????

Anonymous said...

Yer lah mana nak dapat Insuflex...

jeff_tacra said...

insulflex boleh didapati di kedai repair seat kereta

azidi bin haji a rahman said...

kalo pasang nie baper?

Anonymous said...

Salam Abg Jeff.. bleh bagi gambaran skit tak mcm mana nak buat sound proof untuk pintu ni..TQ

jeff_tacra said...

untuk pintu khususnya wira kena buka door trim, pastu buka plastik cover yang putih tu. melalui lubang pintu tu akan nampak diding pintu yang luar tu. kena cuci gris dalam tu basuh biar bersih barulah dapat tampal insulflex. lepas tampal sparay gris semula untuk mengelakkan karat

Anonymous said...

salam abg jeff.nak tnya,kalau nk pasang hose aircon kat bawah tu nak kena tukar sistem aircon lancer @ evo ke,kalau pakai sistem aircon wira standard boleh pasang tak?

jeff_tacra said...

hose bawah carpet untuk ke belakang wira boleh pasang tanpa menukar set ekon lancer, tapi kena mode sikit bawah blower angin ke kaki tu, kena tebuk sikit nak sambung ke hose belakang

Anonymous said...

menarikla hose tu abg jeff..die kluar bwh seat ke tu..

fazsly08

Anonymous said...

abg jef xde tunjukkn ke cmne cara pasang hose bwh seat tu..nk tebuk belah mana?