TPS Adjustment

kerosakan TPS (throttle position sensor) boleh menyebabkan rpm tidak stabil semasa idling dan kadang-kadang akan menyebabkan rough idling. bacaan semasa bukaan throttle penuh ialah 5v. fungsi tps ini ialah untuk ecu membaca berapakah bukaan throttle semasa kita menekan pedal minyak dalam kiraan voltage dan peratusan bukaan ini akan dihantar isyarat ke ecu. sebaik sahaja ecu menerima isyarat berapa bukaan throttle dengan sendirinya ecu dapat bekerja untuk sesebuah enjin seperti akan menyalurkan minyak yang mencukupi supaya perjalanan enjin menjadi lebih efisien


peralatan yang perlu digunakan ialah multimeter digital untuk memudahkan bacaan volt yang akan diambil nanti, analog multimeter pun boleh digunakan bergantung kepada individu masing-masing. yang hitam tu ialah TPS, tak perlu keluarkan throttle body dan boleh dilakukan terus pada kereta. kebetulan dah ada seketul throttle body dalam simpanan jadi senanglah nak tunjuk kepada semua supaya lebih jelas lagi.



apabila dah bersedia maka bolehlah kita jalankan kerja untuk melaras atau mengetahui berapakah bacaan TPS sensor pada kereta kita sendiri. sebenarnya untuk mendapatkan bacaan sensor ini boleh dilakukan di bengkel yang mempunya multi unit tester (MUT), plug ini soket ke port OBD on MUT dan terus kita akan dapat bacaan mana-mana sensor. tapi bukan percuma, anda mestilah membayar dengan jumlah tertentu yang telah ditetapkan oleh pemilik bengkel. bayaran untuk menggunakan komputer ini dianggarkan sekitar rm80 ke atas. jadi dengan hanya diy menggunakan multi meter pun kita akan dapat bacaan sensor tersebut. jimat kan?


off kunci kereta, cabut soket TPS dan sambungkan wayar seperti yang tertera di atas. 3 wayar mengikut soket dan sambung dengan pin TPS. ada 3 wire utama pada soket tps iaitu ground, 5v dan satu lagi wire untuk reading bukaan throttle. tap je wire secara direct daripada soket ke pin tps sensor


wayar yang bersambung... dalam gambar dua wayar sahaja, kena tambah satu lagi mengikut sambungan asal soket. tps yang saya jalankan kerja ini merupakan tps 3 pin iaitu tps mivec. kebanyakan tps kereta lain atau proton menggunakan jenis 4 pin iaitu tambahan satu lagi pin untuk throttle idle switch iaitu berperanan untuk mengawal idling kereta


on kunci dan jangan start. tap multimeter kat + dan - pin TPS dan tengok bacaan volt kat multimeter. bacaan yang sesuai ialah 0.50v-0.70v. gambar atas menunjukkan hanya 0.02v sahaja, perlua laraskan balik kedudukan tps supaya mendapat bacaan yang dikehendaki. anda perlu longgarkan 2 biji nat no 8mm pada sensor tersebut dan bolehlah mengubah kedudukan TPS sehingga dapat bacaan 0.50v-0.07v. laraskan kedudukan supaya bacaan betul-betul tepat dengan memusingkan sama ada arah jam atau sebaliknya. ketatkan balik nat 8mm apabila bacaan yang dikehendaki telah dapat

bagi pengguna SAFCll anda boleh mendapatkan bacaan voltan TPS dengan melihat sensor check kat SAFC pada bahagian throttle sensor dan tak perlu menggunakan multimeter

selamat mencuba
jumpa lagi