Flywheel

walaupun bulan puasa diy tetap diteruskan, hehhe.. kali ini terpaksa turunkan gearbox lagi sebab flywheel dah tak sekata, kena skim semula permukaan flywheel tu. apakah penyebab flywheel jadi tak rata dan bercalar, dah nampak macam disc brake pulak kesannya. tapi sayangnya tak sempat ambik gambar sebab urgent pergi kedai machinery tadi


inilah rupa flywheel standard mivec, ada code 92V kat bahagian belakangnya


permukaan flywheel selepas di skim, nampak dah jadi sekata semula



hantar pukul 10 tadi dan ambik pukul 2. harap kali ni lagi sedap kot, hehhe...


ini rupa tuil gear kat gearbox. benda ni lah yang menekan clutch cover. bearing clutch kena pasang dulu kat hujung cabang tu


gearbox simpan dalam bilik dulu lagi


kod gearbox


lubang untuk masukkan driveshaft kat gearbox


set clutch yang dipakai


guna torque wrench untuk ikat nat. kalau nat flywheel gunakan 54ft.lbs manakala nat clutch cover 15ft.lbs


guna 3 jack untuk naikkan gearbox, maklumkan kerja seorang diri je

esok sambung sikit lagi. gearbox dah siap pasang, cuma esok nak pasang driveshaft, crossmember, masukkan minyak gearbox je