Bumper Wira Satria Putra

berikut ialah bagaimana cara hendak membuka bumper wira satria putra malahan persona dan gen2 pun boleh diikuti langkah-langkah ini.


kalau diperhatikan panah di atas, bahagian kanan atas dan bawah berhampiran dengan tayar tu hanya ada klip plastik sahaja. buka klip berkenaan. bahagian tengah bawah bumper terdapat dua skru bersaiz 12mm di kiri dan kanan seperti panah yang ditunjukkan. kena guna spanar T panjang sebab untuk mencapai skru 12mm tersebut agak jauh ke dalam iaitu diikat pada chasis di situ. pada bahagian kiri sama seperti bahagian kanan bumper tadi. lepas buka nat dan klip berkaitan tarik bumper ke depan dan bumper dapat dipisahkan dengan mudah dari body kereta

skru 12mm kiri dan kanan seperti panah di atas. kena tengok melalui bawah baru nampak 2 lubang skru berkenaan


alang-alang dah bukak bumper ni di sini ditunjukkan bagaimana sebuah satria menukar bumper standard ke bumper mivec dengan mengekalkan fender dan lampu asal satria


bumper mivec spotlight besar, kena potong cover spotlight untuk memasang lampu sorot


ni spotlight besar mivec siap dengan bracket


just plug & play kerana lubang skru telah tersedia di bahagian dalam bumper tetapi pastikan bracket dapat sekali semasa beli spotlight


dah siap pasang spotlight




pasang kat kereta.... bahagian tepi kiri dan kanan bumper kena mod sikit untuk disesuaikan dengan fender dan lampu standard satria yang melibatkan pemotongan kecil hujung bahagian bumper mivec


hood belum pasang lagi, barang lewat sampai...

sekian, terima kasih
selamat hari raya