Double Layer Servo Brake

hari ni berlangsung lagi diy untuk upgrade servo brake single ke double layer walaupun hari ni masih lagi mood raya (raya ke-6), memang berbaloi upgrade servo brake kerana brake akan menjadi lebih mencengkam dan meningkatkan lagi sistem brake kereta. ye lah... enjin dapat upgrade tapi braking masih lagi standard... mana sepadan kan, hehhe...


servo brake double layer, boleh nampak ketebalannya dari standard

ambik dari model NISSAN SR20


keluarkan minyak brake terlebih dahulu


buka skru 12mm dan keluarkan pump brake


pump telah dikeluarkan


buka 4 skru servo bersaiz 12mm pada bahagian bawah dashboard


servo single layer 4G91


bracket kena keluarkan dan pasang kat servo double layer. kalau servo mana-mana mitsu tak perlu buat seperti ini, hanya plug & play sahaja


masukkan servo dan pump brake


kena mod paip brake bahagian tepi kiri pump brake. potong paip brake


masukkan nat untuk dipasang ke pump brake


guna alat ini untuk buat kepala paip baru, flaring wrench


pasang paip dan kemaskan apa yang perlu seperti sambung wayar indicator h/brake


sambung hose brake ke intake manifold


bila siap buat bleeding keempat-empat tayar, bila siap test kereta untuk memastikan brake berfungsi dengan sempurna

sekian, terima kasih
selamat mencuba