Front Sway Bar

front sway bar atau lebih dikenali sebagai anti roll bar (arb) memainkan peranan penting bagi kestabilan sesebuah kereta. kebiasaanya kalau kereta wira menggunakan arb yang disambungkan dengan lower arm menggunakan bush sate. amatlah berbaloi sekiranya ditukar dengan arb dari model lain seperti evo 2/3 yang ternyata memberikan kelainan dalam pemanduan anda. saya telah memilih arb dari R3 19mm.


lower standard wira/satria dan berbeza sekali materialnya dengan evo3 yang ternyata lebih mantap. lubang telinga bush sate tu tak digunakan lagi sekiranya bertukar arb evo

lebih dikenali sebagai bush sate pada arb standard kerana dah rupa macam sate kot disusuk macam tu, sebab itulah famous dengan nama bush sate


perlu ditukar dengan link ini sekiranya menggunakan arb evo atau R3


saya memilih dari model satria GTI nama sebenarnya ialah front absorber link


hujung arb R3 dipadankan dengan telinga pada absorber. kalau menggunakan absorber biasa sure tak dapat pasang benda ni, ada jugak yang weld telinga kat absorber standard semata-mata nak pasang arb ni tapi ketahanannya tak pasti


untuk memasang arb ini memerlukan tools yang mencukupi kerana perlu membuka crossmember dan sub frame kereta. memang banyak kerja dan tidak hairanlah ada pomen yang mengenakan upah yang mahal semata-mata untuk memasang arb ni


inilah rupa 'telinga' pada absorber


3 jenis arb standard bermula dari bawah sekali ialah arb wira 1.5 tengah arb mivec dan atas sekali arb evo3. ternyata saiz bebeza dan kita boleh tengok arb evo3 lebih kecil berbanding dengan yang lain, tetapi harus diingat arb evo3 disambungkan dengan absorber dan yang lain tu pada lower arm, sistem yang ternyata berbeza


hujung arb standard


kalau masuk dengan lower arm evo lagi berbaloi-baloi. rege untuk satu set benda ni boleh mencecah sekitar rm450

terima kasih