Gearbox & Driveshaft

kali ni dipaparkan masalah gearbox ini. masalahnya ialah driveshaft dapat masuk dengan baik kat gearbox tetapi driveshaft berkenaan dapat di tarik keluar dengan mudah tetapi tidak tercabut dan ini menyebabkan kebocoran minyak gear berlaku. untuk mendapat gambaran yang lebih jelas sila tengok video di bawah dan kalau ada apa-apa cadangan sila kemukakan untuk mengatasi masalah ini.





ini rupa gear box yang dimaksudkan, semua ok kecuali masalah driveshat tu je


ni kepala driveshat yang masuk kat gearbox. dah cuba beberapa batang driveshaft yang lain tapi masalahnya tetap sama



klik pin pun masih cantik lagi


lubang driveshaft yang ni je problem, yang sebelah lagi tak ada masalah


masuk cantik dan dapat dengar bunyi 'klik' macam biasa


bila ditarik dengan tangan kepala driveshaft tu boleh keluar


bila berlaku macam ni sudah tentu minyak gear akan keluar sebab oil seal dah tak kena pada kepala driveshaft tersebut

apa masalah agaknya, adakah problemnya berpunya dari dalam lubang gearbox itu, adakah boleh diservice atau dapat ditukar dengan sparepart yang lain. komen dan cadangan dialu-alukan, terima kasih