paparan kali ni ialah menukar belt untuk power steering + compressor dan belt alternator bagi kereta bernadikan 4G9X. bagi enjin ini hanya terdapat dua belt sahaja iaitu satu belt kod 5PK1120 untuk menggerakkan power steering dan compressor ekon dan belt kod 4PK760 untuk menggerakkan alternator. kalau wira standard memerlukan 3 belt
untuk mengeluarkan belt 3 perkara utama yang perlu dibuka/dilonggarkan iaitu motor power steering, alternator dan satu lagi tensioner untuk compressor dan power steering
inilah rupa belt setelah dikeluarkan
sudah sampai masanya untuk ditukar dengan yang baru
inilah rupa belt setelah dikeluarkan
sudah sampai masanya untuk ditukar dengan yang baru
sudah merekah
saya memilih belt brand mitsuboshi dan yang ini untuk power steering dan compressor. harga sekitar rm40 lebih
ini pula ialah belt alternator berkod 4PK760 dengan harga sekitar rm30 lebih
pasangkan kembali belt pada kedudukan seperti asal
tegangkan belt secukup rasa, jangan terlalu tegang dan jangan terlalu kendur. sebenarnya ada gauge untuk mengukur ketegangan setiap belt. agak-agak je lah ketegangannya...