kali ni smoked headlamp gen2, lebih kurang sama je kaedah dengan headlamp lain terutamanya kereta persona sebab headlampnya serupa sahaja. peralatan yang digunakan ialah tools untuk buka bumper, hairdryer dan skru driver flat.
cara bukak bumper lebih kurang sama dengan wira dan persona, cuba check diy sebelum ni dah ada cara nak bukak bumper
bumper gen 2
keluarkan lampu dengan membuka nat 10mm yang terdapat pada lampu berkenaan
gunakan hairdryer untuk memanaskan gam di sekeliling headlamp dan gunakan skru drver flat untuk merenggangkan kaca headlamp dari housingnya. buat perlahan-lahan dan berhati-hati. kalau headlamp gen2 tak ada masalah sebab plastik tapi kalau waja atau wira kaca, kena lebih berhati-hati sebab silap sikit je kaca boleh pecah
keluarkan reflektor dalam headlamp dan spray flat black hi-temp. bila dah kering pasang balik reflektor berkenaan dan pasangkan cermin headlamp, kemudian panaskan sekeliling headlamp sambil menekan cermin supaya lekat dengan baik seperti asal. tak perlu tambah apa-apa sealant, gunakan yang sedia ada sahaja
pasangkan headlamp dan pasang bumper
dah pun siap
nampak lebih garang
close-up