Head Gasket 4G15

just nak share gambar-gambar proses penukaran gasket head proton wira 4G15. kereta ini telah mengalami leaking yang agak teruk pada bahagian gasket head sehinggakan kesan minyak boleh dilihat pada crossmember. lama-kelamaan kotoran melekat pada tempat minyak yang bocor hingga menyebabkan kawasan berkenaan mengalami kotoran yang sangat ketara, tambahan pula minyak hitam akan hilang dan kerap kena top up sebelum sampai 5k mileage

gambar selepas head dibuka


gasket carbon standard masih melekat pada block


permukaan block yang belum dicuci lagi


persekitaran tempat kerja, depan rumah je


gasket yang telah dikeluarkan, lihat gasket kat sebelah kiri


ini gambar yang dah siap pasang, segalanya berjalan lancar. angkat head semata-mata hendak menukar gasket sahaja tanpa melibatkan penukaran barangan lain


dah siap sepenuhnya... sedang running enjin


wira sedan 4G15P


head gasket shellac yang digunakan atau lebih dikenali sebagai 'selek dayak' tak tahu kenapa...


owner dah sampai dan sedang mengintai sesuatu kot, hehhe...


pomen yang keletihan selepas seharian bekerja keras sorang diri...


sincerely : jefftacra