Rim & Kereta

sedar tak sedar rupa-rupanya semenjak saya pakai kereta ni dah 6 kali bertukar rim, bermakna dah 6 rim yang diguna sejak beli kereta pada mei 2001. dah minat dengan kereta nak buat macam mana kan, hehhe...

ni rim pertama ditukar selepas dah boring pakai rim standard besi yang kaler itam tu. cover palastik rim besi tu masih ada lagi dalam simpanan. abaikan gambar spare tyre kat belakang tu

lepas tu beli pulak rim ENKEI RS 5 15" taiwan kot. masa ni main beli je dan sarung kat kereta tak peduli made in mana asal nampak cantik di mata je


masuk pulak rim K-SPEED 16" spoke putih dan tepi chrome


masih lagi rim K-SPEED tapi diy spray kaler itam kat spoke rim


nampak ok jugak bila spoke hitam


lepas tu dah mula tergila-gila rim branded made in japan. sarung pulak rim enkei 15" ni


spray lagi spoke kaler itam cat tin je


pakai tak lama rasa nak tukar pulak sebab rasa dah boring kat skru yang banyak kat keliling rim tu


ambik pulak rim TE37 15" memang ringan sungguh rim ni, hehhe...


berkena pulak dengan kaler putih SSR TYPE C 15"


dah buka TE37 dan pakai lah pulak SSR TYPE C

kekal hingga sekarang dan rasanya tak akan bertukar lagi buat masa ni. sebab dah dapat rim idaman kot type c 15x6.5jj offset +30

terima ksih

19 comments:

evil-ghost said...

te37 tu xmo jual ko?dah lma bkenan nak pakai

jeff_tacra said...

te37 tu dah jual lah bro

mR Gee.!! said...

seme rim chempiyenggg..... huhuhuhu

TurboBee said...

Nice...

I like.. :)

Faizal said...

ssr type c ni brapa harga bro..?

jeff_tacra said...

SSR type C harga sekitar rm2.5k ke atas, bergantung jugak pada kondisi dan berapa inci rim tersebut

Anonymous said...

fadzrin: slm bang, sy nk btanya tentang off set rim...lg besar nombor off set, lg nmpak lebar ke tayar?

Anonymous said...

salam abg jeff,nak tnye skit,kete wira saya kaler silver,sportrim kaler ape yg pling lawa dan cun untuk padankan dgn kaler kereta,ade kwn sy bg cadangan suh pakai ssr 15 type c kaler dark gold..mintak pendapat abg,time kasih.

jeff_tacra said...

offset rim - lagi kecik nombor rim akan terkeluar dari fender dan lagi besar no rim akan termasuk ke dalam dari fender. rim gold ssr tu pun masuk kat kereta kaler silver

Anonymous said...

time ksih ays pandangan abg jeff.

Anonymous said...

bro ble x bg list brand2 rim japan yg ringan2 punya... yg bukan japan pn bg je lah kalu x kberatan... igt nak try pkai la, ni nk survey2 dlu... heheheh

Anonymous said...

salam bang,,ekzos apa abg pkai?,,tgk dlm pic yg las tu

jeff_tacra said...

muffler balakan yang saya pakai ialah REMUS twin tip ambik dari kereta AUDI

Anonymous said...

Kalo tukar sport rim standard size 13 pcd 100 kepada 15 pcd 114.ape yg perlu ditukar?kalo maen sarung je..x muat ya?.tq

muhdzaidi said...

salam bang nk tya klau wira pkai rim 15 tya tebal saiz berapa yg pling ssuai??klau msuk 60 ok x?

jeff_tacra said...

Saiz 60 pun ada yang masuk kat rim 15, boleh je pakai dan yang penting kena tengok offset rim tu berapa, takut sagat kat fender

Anonymous said...

tq info..

hamidie said...

salam jeff.. rim ssr putih tu sembur sendiri ke sembur kat kedai cat or yg asal?? sy ade ssr type c-rs warne grey. ingt nk sembur putih.

mytayardotcom PJ said...

Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.