Side Skirt GSR / EVO

side skirt dapat menambahkan lagi kecantikan kereta dan ramai yang memilih side skirt gsr/evo1 dan 2. side skirt ni dapat plug & play je kat body wira. ada orang yang pasang secara menebuk body kereta dan lama kelamaan body kereta boleh berkarat lah jadinya. jadi saya tidak tebuk body kereta untuk memasang side skirt ini, sayang nak tebuk body, hehehe...

peralatan yang digunakan
1. sepasang side skirt
2. nat no. 10mm 8 biji (guna 4 biji sebelah)
3. double sided tape 3M
4. permatex gam gasket
5. bracket besi 2 keping


sambungkan kepala side skirt dengan menggunakan nat no. 10mm seperti di atas. penyambungan ini dilakukan sebelum pasang skirt kat body lagi


letak double side di bahagian tepi sepanjang skirt dan pastikan kotoran seperti debu dan habuk tidak ada pada skirt atau pada body kereta. kemudian pasangkan skirt kat body kereta sambil menekan skirt supaya lekat dengan baik. pasang dua nat 10 seperti gambar di atas

pada bahagian belakang dapatkan bracket besi yang boleh didapati di hardware atau kedai service ekon dan jadikan seperti gambar di atas. lipatkan bracket dan masukkan kat tulang body kereta

gunakan dua biji nat no. 10

close up bracket pada bahagian belakang skirt


ini nat sambungan antara kepala skirt dengan bodynya


setelah siap anda akan dapati ada sedikit gap antara skirt dengan body kereta. letakan sedikit gam gasket untuk menutup gap tersebut di samping dapat melekatkan skirt dengan baik pada body kereta


dah 5 tahun pakai skirt ni tapi masih lekat dengan baik kat kereta


dah pun siap dan tak payah tebuk body untuk pasang skirt ini. kebiasaannya pomen ambil mudah ketika memasang skirt iaitu dengan drill lubang dan pasang nat kat skirt berkenaan. jadi dengan cara yang saya lakukan selamatlah body kereta anda....

sekian, terima kasih