Vacuum Meter Installation

vacuum meter memainkan perana penting untuk mengetahui kondisi sesebuah enjin. daripada pergerakan jarum meter kita dapat mengetahui tahap enjin kenderaan kita. kali ini ditunjukkan bagaimana memasang vacuum meter kat enjin kereta


inilah rupa vacuum meter brand VDO yang saya peroleh dari hafkat. sebenarnya dah lama tersimpan dalam stor, bila kemaskan balik stor terjumpa benda ni, jadi keputusannya saya nak pasang balik meter ni, ada jugak faedahnya kan daripada terbiar begitu sahaja


brand VDO made in germany, dibuat tahun bila tak pasti


pasang bracket kat belakang meter seperti pada gambar


t-joint perlu ada untuk memasang meter ni


vacuum hose pun perlu, boleh didapati kat kedai spare part


sambungan t-joint, kena potong vacuum hose asal dan sambung t-joint seperti dalam gambar. hose yang kosong itu lah yang akan disambung pada meter


saya telah menyambungkan pada vacuum hose kat fuel regulator. kalau kereta tanpa ada fuel regulator pun dapat pasang meter ni, ambik hose kat fuel regulator asal kereta yang kat hujung fuel rail tu


sambungkan hose pada vacuum meter. saya tidak meletakkan meter ni dalam cabin kereta tetapi hanya letak dalam engine bay je macam dalam gambar atas tu, jadi tak perlu sambungan lampu kat meter tu


start kereta dan tengok kedudukan jarum tu


kedudukan meter dalam ruang enjin


inilah fungsi vacuum meter


sekian, terima kasih
jumpa lagi