Water Cooled Oil Cooler Vol. 1

kebiasaannya untuk menyejukkan minyak enjin kita perlu menambah oil cooler yang disejukkan oleh angin dari luar kereta. tetapi saya telah memilih oil cooler dari kereta 4G93T atau GSR untuk menyejukkan minyak enjin kereta saya. perlu dilakukan pengubahsuaian pada sistem paip di belakang blok untuk memasang water cooled oil cooler ini. dinamakan sedemikian kerana cara penyejukkan minyak enjin ini ialah dengan laluan air pada bahagian oil filter seperti mana yang akan ditunjukkan nanti. walaupun air panas tapi memang berlaku perubahan pada temp meter kereta saya


pertamanya ke buka dahulu exhaust manifold kereta untuk memasang benda ni kerana laluan hose air di belakang extractor ini


inilah rupa oil cooler standard 4G93T/GSR yang akan dipasang pada oil filter nanti


oleh kerana tiada grinder maka terpaksa guna gergaji besi untuk membelah nat ini


terpaksa bahagi dua kerana nat ini tebal sangat


proses mengergaji lagi sehingga putus... sabar je lah


ini tujuannya, iaitu untuk mengeluarkan nat tempat masuk oil filter, kalau skru tebal memang tak dapat keluarkan


dah berjaya keluarkan nat oil filter


beginilah rupanya bila nat tersebut dikeluarkan


kena gunakan nat yang panjang pulak dan yang pendek tu tak digunakan lagi


kena guna dua skru untuk mengeluarkan benda ni

<< bersambung vol. 2 >>