Cold Air Intake (CAI)

tujuan buat benda ni ialah supaya udara sejuk dapat dialirkan terus ke air filter. kebiasaannya bagi pengguna open pod air filter akan menyedut udara panas di dalam engine bay, jadi dengan adanya hose ini sekurang-kurangnya udara dari luar dapat masuk terus ke air filter dan enjin dapat menyedut udara sejuk daripada luar

AMARAN: JANGAN SAMBUNG HOSE CAI INI KE FILTER BOX ASAL SEKIRANYA ANDA MASIH MENGEKALKAN BOX DAN FILTER STANDARD KERANA AIR BOLEH TERSEDUT MASUK DAN BOLEH MEROSAKKAN ENJIN, TERUTAMANYA SEMASA MELALUI KAWASAN BANJIR


dapatkan hose 3 inci yang boleh didapati di kedai repair ekon atau kedai hardware. 1 meter setengah dah cukup untuk jalankan projek ini


buka grill depan dulu sebelum buka bumper


buka bumper (boleh rujuk kat entry sebelum ni, atau KLIK SINI untuk membuka bumper)


tepi bahagian kanan tu ialah hose asal untuk air filter


bumper telah dibuka sepenuhnya


masukkan hose ke dalam lubang yang sedia ada pada bahagian tepi kanan condensor. memang dah tersedia lubang kat bahagian berkenaan tetapi ada kalanya terlindung dengan panel plastik


buka hose S asal


ini rupa hose asal untuk kemasukan angin ke kotak air filter standard


masukkan hose seperti gambar di atas


hujung hose ikat dengan cable tie kat frame depan kereta


sambungkan hose ke bahagian hose asal kat kotak air filter


ini kedudukan dari kotak air filter melalui bawah tapak bateri ke depan kereta


ikat dengan cable tie bagi kemas kedudukan


pandangan di luar bahagian hadapan kereta


pasang bumper semula dan angin dapat masuk terus ke bahagia air filter melalui hadapan hose berkenaan. cara ni tak perlu tebuk bumper

sincerely : jefftacra

14 comments:

Anonymous said...

mane nk cr hos tu bos?...merata cr x jmpe r...yg ad kecik je...brape harge hos tu?

jeff_tacra said...

Boleh dapat Kat kedai repair ekon

Anonymous said...

kedai repair ekon kete ke ekon rumah bro...tq bro..

Anonymous said...

ekon rumah bang..

Anonymous said...

klu time huan lebat fiter x sedut air kew kat cai 2 bro..

Anonymous said...

Bro, kena buka ape lagi kalo nak buka hose s standard tu? Saye cabut dengan buka skru

jeff_tacra said...

Hose standard yang sambung ke throttle body ke atau hose mana ni

Anonymous said...

Hose s asal untuk masuk angin Le filter box. Saya buka skru dah tapi cabut x kuar pon die. Kene buka ape ape g ke?

car_duck16 said...

hbjk

Zack said...

Apa beza pada performance enjin kalau udara panas atau sejuk masuk ke enjin..?

jeff_tacra said...

memang ada beza antara angin sejuk dengan angin panas. cuba bandingkan drive kereta semasa panas terik tengah hari dengan drive pada malam hari, mana lebih sedap bawa kereta

Anonymous said...

x buka bumper bole buat x bro jeff?

jeff_tacra said...

boleh buat tanpa buka bumper

San said...

klu yg asal dia sedut udara panas ke bro?