ECU Capacitor (ecu caps)

capacitor ecu sama ada mitsubishi atau honda perlu ditukar selepas kereta berusia 10 tahun ke atas. kalau berlaku kebocoran elektrolit dalam capacitor boleh menyebabkan kerosakan serius pada keseluruhan pcb board ecu. jadi langkah awal lebih baik menukar capacitor berkenaan yang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan menukar sebiji ecu kereta anda. keyakinan yang tinggi perlu ada sekiranya hendak menukar caps ini, kalau rasa tak berani nak buat serahkan pada yang pakar sahaja. jangan ambil risiko kerana kerosakan kekal boleh berlaku terhadap ecu anda

ini rupa capacitor, harga sekitar rm0.50 - rm1.00 satu, brand biasa yang terdapat di kedai elektronik di negara kita. saya memang order khusus dari JAPAN capacitor ini iaitu jenama RUBYCON. kenapa saya order dari negara matahari terbit dan tidak beli sahaja di tempat kita. lagi pun murah je harganya jika dibandingkan beli di luar, kos pos lagi dan kalau nasib tak baik kena cukai lagi oleh kastam malaysia. jawapannya akan anda temui di bawah nanti


ini board yang rosak akibat kebocoran capacitor. elektrolit capacitor boleh keluar dan boleh menyebabkan board atau papan litar ecu turut sama rosak. elektrolit boleh menghakis litar berkenan tanpa kita sedari. sebab itu lah kalau usia dah sampai 10 tahun maka periksa ecu kereta anda terutamanya kereta lama keluaran 4G9X


kerosakan akibat capacitor, oleh itu cegah sebelum parah


inilah rupa ecu mivec yang akan ditukar capacitor yang terdapat di dalamnya. sama juga dengan ecu mitsu yang lain bagi yang seangkatan dengannya. ecu kereta baru keluaran sekarang saya tak pasti pulak macamana keadaannya


ada 4 capacitor sahaja bagi ecu mivec seperti yang ditanda merah


capacitor ecu mivec


ukuran dan nilai capacitor mivec yang perlu dibeli, harganya hanya rm0.50 - rm1.00 sebijik bagi brand biasa. yang saya gunakan ialah dari JAPAN brand RUBYCON, harga ada mahal sikit tapi berbaloi-baloi. menjawab persoalan yang di atas tadi iaitu kalau capacitor keluaran tempatan di negara kita amat payah nak dapatkan kadar temperaturenya yang mencapai 105C dan yang ada cuma 85C sahaja. jadi saya dapatkan dari japan kesemua temp 105C, dah tak pakai lagi yang 85C, penggunaan temp yang tinggi sikit boleh menjamin ketahana caps di dalam ecu, maklumlah sudah semestinya dalaman ecu panas jugak. 


ini capacitor standard mivec yang dikeluarkan dari board ecu mivec. keda de-solder caps ini atas dan bawah board ecu dan agak susah juga nak keluarkan caps ini 


ini pula ialah rupa capacitor baru yang dibeli, saiznya lebih kecil dari yang standard tapi kena pastikan ukuran micro farad dan volt yang betul


4 bijik kiri yang baru dan 4 bijik kanan yang lama


sebelum tukar


4 bijik capacitor yang baru. harus diingat bahawa capacitor ecu ni disolder pada bahagian atas dan bawah. jadi, perlukan ketelitian dan keyakinan untuk desolder dan solder semula capacitor. kalau tiada keyakinan hantar je pada pomen baiki radio/tv atau pada yang pakar


ini rupa ecu honda, ada 7 capacitor semuanya

sincerely
jefftacra