Engine Endorsement (Step by Step)

kali ini dipaparkan bagaimana cara hendak register enjin kereta. kebanyakan dari kita mengupah runner untuk urusan ini yang boleh mencecah perbelanjaan sekitar rm500 hingga ribuan ringgit, padahal kita boleh buat sendiri urusan berkenaan yang ternyata jauh lebih murah dari kos runner. kena ambil masa sekitar 1 hari untuk selesaikan hal ini sehingga kita mendapat roadtax baru. tak perlu buat appointment dulu dengan pihak puspakom pun, terus walk in sahaja. berikut merupakan step by step cara nak endorse enjin yang dilakukan sendiri oleh saya

mula-mula pilih enjin yang dikehendaki, owner sedang menliti enjin 4G93T tetapi akhirnya beli 4G91 sahaja. untuk makluman bagi kereta yang tidak melebihi cc 25% tidak memerlukan surat kawal selia dari JPJ, just sediakan dokumen dan terus ke puspakom. yang melebihi 25% memang perlu dapat kebenaran dari JPJ (surat kawal selia)

proses convert bermula, keluarkan enjin asal dari kenderaan anda. kebiasaannya ini kerja pomen lah, kita hanya mampu memantau sahaja. jangan pula kerap mendesak pomen supaya cepat siap nanti kerja menjadi tak sempurna dan boleh mendatangkan masalah pada enjin kita nanti

pomen yang sedang melakukan kerja-kerja (penulis blog tu...)

enjin dah masuk, cuma kerja-kerja lain sahaja yang perlu dibereskan terutamanya proses wiring yang mengambil masa lama sikit. kena hati-hati buat wiring ni agar tidak berlaku kesilapan

bila dah siap sepenuhnya bermula lah proses untuk mendaftar enjin tersebut. pertamanya kena sediakan dokumen berikut, iaitu surat beli enjin seperti di atas. kena dapatkan dari kedai yang kita buat tukar enjin tu. atau pun kalau kita sendiri yang menukarnya, maka pergilah mana-mana kedai yang biasa dengan kita dan minta satu resit yang mengatakan kita beli enjin dan pasang enjin tersebut dengan kedainya

yang kedua, surat kastam yang jelas tertera no enjin sama seperti yang tertulis pada blok enjin. surat kastam ini paling penting kerana jika tak ada surat ini maka enjin anda tidak akan boleh didaftar melainkan anda mempunyai cable yang sangat kuat. jangan lupa bawak sekali geran asal kereta dan semua dokumen ini perlu difotostat termasuk IC pemilik kereta

setelah segalanya selesai, pastikan brek mantap, tinted tidak gelap, cermin tidak crack, pergilah ke puspakom berdekatan. sampai puspakom kat pintu masuk kena daftar dulu di situ, biasanya ada pegawai polis yang bertugas. dia akan beri nombor lorong untuk kenderaan masuk mengikut jenis pemeriksaan yang hendak dibuat. dalam kes ini ialah pemeriksaan menukar enjin iaitu pemeriksaan khas. LESEN atau IC kena tinggal kat sini

masuk mengikut garisan kuning di atas tar dan pergi terus hingga ke kawasan parking di bahagian belakang dan park kereta anda terlebih dahulu. pergi ke kaunter dan isi borang untuk urusan pemeriksaan. bayaran pendaftaran ialah sebanyak rm35.00. lepas tu boleh ambik kereta dan terus ke lorong, biasanya kita tinggalkan kereta pada laluan masuk lorong sahaja dan pegawai puspakom akan membuat pemeriksaan brek, cek no enjin, cek getah kat kesemua pillar. bila dah lulus pergi semula ke kaunter tadi untuk mengisi borang pemeriksaan khas dan akan dikenakan bayaran sebanyak rm25 lagi. bawak kereta ke pemeriksaan khas atas arahan pegawai bertugas untuk memeriksa no enjin dan pillar. bila dah lulus selesailah urusan kat puspakom. masa diambil di puspakom sekitar 1 jam setengah bergantung pada keadaan

ini surat kelulusan puspakom, ada dua dokumen semuanya

ini juga surat kelulusan puspakom, fotostat untuk simpanan anda

bawak surat kelulusan puspakom berserta geran ke pejabat insuran kenderaan masing-masing. di sini pihak insuran akan membuat perubahan / endorsement insurance baru yang tertentu berdasarkan insuran kenderaan anda. kebiasaanya ke top up duit insurance sikit. selesai urusan insuran

bawak semua dokumen ke JPJ berdekatan dan isi borang penukaran enjin dengan mengisi mana-mana perubahan sahaja, ambik nombor giliran dan tunggu sehingga nombor dipanggil. masa urusan serahkan geran asal, butiran insuran yang ditukar dan IC. masa ni pegawai akan memotong dan membuat perubahan atas geran dengan pen merah dan cop JPJ. kalau nak geran baru kena bayar rm50.00

ini perubahan yang dilakukan oleh pegawai JPJ. masa kat kaunter JPJ ni kalau cc enjin yang ditukar sama dengan asal, tak perlu bawak roadtax tapi kalau berubah kena bawak sekali roadtax untuk urusan di kaunter JPJ. masa ni isi borang refund insuran dan sekali lagi kena gi insuran untuk urusan pembayaran insuran dan perubahan tertentu. ada kalanya tak perlu lagi ke insurance sebab sekarang semua dah online terus

bila roadtax dah dapat bermakna legal kereta anda di atas jalan raya, boleh balik rumah dengan senang hati. kesemua urusan ini memakan masa separuh hari sahaja. dan sekarang anda boleh mengetest kereta masing-masing, hehehe..

sincerely
jefftacra

111 comments:

Anonymous said...

good info
TQ

jeff_tacra said...

jadi panduan untuk semua

Anonymous said...

bagus bang jeff...terima kasih

Anonymous said...

mmg bagus lah bang.. tq bebanyak... siap ada step by step dgn contoh document lagi tu.. memang byk membantu...

jeff_tacra said...

bantu-membantu antara satu sama lain

Anonymous said...

br tukar enjin nasib jumpe info ni.. tq bro

Anonymous said...

bagus la blog ni bang...sangat membantu....cara2 nak tukar engine ada x bang..?:-)

Anonymous said...

kalau ade bekas welding boleh approve tukar engine x abg jeff? kete penah eksiden, depan belah kanan

jeff_tacra said...

kalau tak melibatkan chasis dan tidak ketara sangat boleh rasanya

Anonymous said...

Kalau asalnya pakai gearbox auto, masuk enjin baru gearbox manual. Bermasaalah tak dng pihak puspakom? adakah ini diambil kira dlm proses pendaftaran enjin dan kalau ya bagai mana cara penyelesaiannya?

jeff_tacra said...

kalau dah tukar enjin memang kena buat pemeriksaan kat puspakom untuk endorse enjin baru. begitu juga yang convert gearbox sahaja pun sepatutnya kena cek kat puspakom

socket 10 said...

very good info...

Anonymous said...

member ckp kne g bt surat kawal selia dlu,cmne?

jeff_tacra said...

sekarang dah tak pakai surat kawal selia, melainkan telah melebihi cc yang dibenarkan

Brendon said...

kalo tukar body part mcmana plak caranya bang?abg tau x?kalo tau boleh kongsi tak?

Anonymous said...

Apa maksud abg jeff dengan cek getah kat pillar tu?

jeff_tacra said...

buka getah kat pillar nak tengok ada kesan weld sambung atau tidak

Anonymous said...

abg jeff. kalo nak endorse engine baru wajib overhaul dahulu ke tak? Kiranya overhaul kemudian pun takpe juga kan?

jeff_tacra said...

tak perlu overhaul enjin kalau nak endorse, asalkan document semua cukup, surat beli enjin, geran asal dan custom form dan kalau melebihi 25% cc kena surat kawal selia

under18_yun said...

macam mana kita nak tau kalau melabihi 25%cc ke tak?

jeff_tacra said...

krna kira - contoh 1.5 (1487cc) convert ke 1.8 (1834cc) 1487+25%=1856 bermakna tidak melebihi 25%. kalau 1.3 ke 1.8 dah melebihi 25%

Anonymous said...

salam bang,

sy nak bertanya,asal dulu 4g92, pastu masuk 4g93 sohc...dah endorse, pastu klu nak convert 4g63 boleh ke?jpj lepas ke?sbb ada org ckp step by step bole...minta pendapat abg jeff...tq

jeff_tacra said...

untuk makluman peraturan JPJ sekarang tidak membenarkan mana-mana kereta proton menukar enjin 2000cc melainkan perdana sahaja dibenarkkan. kalau convert jugak 2000cc confirm tak lulus untuk diendorse melainkan undertable

Anonymous said...

aisey...sedihnya camni..tak merasa le nak pakai 2.0..anyway thanks for d info abg jeff...

ahmad said...

2000cc melainkan PERDANA sahaja....ok kt sini saya nk tanya kalau engine Waja Chansellor atau INspira rosak so tk bole ler tukar engine 2.0 balik sebabnya kt situ ada menyatakan hanya proton perdana sahaja yg dibenarkan

ahmad said...

bagaimana pula pemasangan gandar belakang 4WD...apakah alasan /kebenaran sesuatu pemasangan gandar belakang?

jeff_tacra said...

kalau body asal dah 2.0 tak jadi masalah. begitu juga dengan gandar belakang, kalau standard kereta tak ada tapi nak pasang tak dibenarkan

Anonymous said...

salam..b.jeff,kalau kereta masih loan bank, perlu surat daripada bank ker walaupun geran kat kita untuk tukar enjin? ada kata perlu ada kata tak perlu?..tq

Anonymous said...

salam abg.jeff.. saya nak convert enjin melebihi 25% dari 1.3 -> 1.8. kawal selia saya dah hntar dan dia reply suruh buat pg10 dan nak surat perakuan dari bengkel.. ade x contoh2 surat perakuan tu..

jeff_tacra said...

buat sendiri pun tak apa surat perakuan dari bengkel tu, surat mengatakan kita beli dan pasang enjin tu kat bengkel tertentu, lepas tu ambik tandatangan pomen, tu je. sekadar pengesahan

Anonymous said...

Salam bang..nak tanye sikit ni...hri tu sy ade tukar enjin..tp kete name org laen..skang ni nk endorse skali ngan tukar hak milik...abang tau x cmne step nk tukar no enjin skali ngan tukar hak milik kete...tolong explain sikit step2 die...tq

jeff_tacra said...

kena selesaikan tukar nama dulu kot, pastu baru buat endorsement, saya pun tak berapa pasti kalau nak buat dua2 sekaligus kat puspakom dapat atau tidak

Anonymous said...

salam abg jeff, kalau surat beli enjin hilang mcmne ? surat lain smue ade. surat kastam dll. cume resit beli jek hilang.

Anonymous said...

bro,kalo cermin ada crack xlps kat puspakom ker bro? saya punye cermin ada crack nie...help help~~~

Anonymous said...

Helpful! Thank you

Haz said...

Bro jeff, kalau saya nak baraikan kete, nak jual parts sahaja, perlu ke saya report pada JPJ?

Saya risau sbb bila nak jual enjin nanti, takut owner baru takleh endorse enjin tu.

jeff_tacra said...

nak jual part takde masalah tapi kalau nak jual block kena ada custom form atau pun salinan geran asal

Anonymous said...

Salam abg jeff....ade x list halfcut terkini,tgh usha2 enjin gak.Rasenye nk men NA jer....thank

Anonymous said...

Salam bro. Juz nk tanya, boleh ker seseorang yg xde lesen memandu menguruskan endorse enjin dan penukaran hak milik kenderaan. Terima kasih.

Anonymous said...

salam abg jeff..kalu nk kereta saya 1.3,ank tukor jadi 1.6,kene surat kawal selia jpj x?

jeff_tacra said...

penukaran enjin 1.3 ke 1.6 tidak memerlukan surat kawal selia sebab masih lagi belum melebihi 25% daripada kapasiti enjin asal. tukar enjin, sediakan dokumen dan pergi puspakom. 1300cc + 25% = 1625cc sedangkan enjin 1.6cc ni kapasiti hanya 1597cc je

Anonymous said...

abg nk tnye klu kreta masih loan bank leh tukr enjin x?

Anonymous said...

abg klu enjin single cam 4g93 bleh msok twin cam x?

jeff_tacra said...

kereta masih ada loan bank pun boleh tukar enjin, kena dapatkan surat dari bank. enjin single cam 4g93 boleh tukar head twin cam 91/92/93

Anonymous said...

-salam..bro kalau dah tukar twin cam 1.8... gearbox asal(wira 1.5)tu boleh selamat digunapakai lagi ke?
-tukar gearbox perlu surat jpj ke walaupun enjin tak lebih dari 25%

jeff_tacra said...

boleh pakai lagi gearbox 1.5 pada enjin 1.8, kalau auto ke manual atau sebaliknya baru kena kebenaran untuk penukaran gearbox kat JPJ dan seterusnya pemeriksaan di puspakom

Anonymous said...

abg nak tanye kalau upgrade dari single cam ke twin cam perlu endorse tak?

jeff_tacra said...

tukar head tak perlu endorse melainkan tukar blok je

Anonymous said...

salam bro nak tanya sikit kalau keta dah endorsed na lepas tu masuk turbo kena endorsed turbo jugak ke? atau kena masuk turbo dulu baru endorsed?

jeff_tacra said...

kalau tukar blok kena endorse. kalau mula2 masuk NA dan dah siap endorse kemudian bol on turbo tak perlu lagi endorse

Anonymous said...

terima kasih bro jeff atas info tu lega lah hati den sikit ahaha...

al hakim said...

salam bro .. saye skrg nak endrse krete saye .. abg rase brape badjet yg saye perlu ade ? dan , roadtax kene tukar ke mase endorse tu ?

Anonymous said...

Salam..sy xbrapa fhm dgn surat kastam..kena bwa enjin yg nk endrse ke kastam ke?blh terang2 cikit..xbrapa faham..

jeff_tacra said...

Suart kastam perlu sekiranya enjin yang dibawa masuk dari luar, bukan ke kastam yang meluluskan barang yang diimport masuk ke malaysia. Bagi eanjin tempatan tak perlubsurat kastam. Kiranya surat kastam ini sebagai bukti yang sah enjin tu dibawa masuk dan bukannya enjin seludup atau enjin curi, tak perlu bawak ke pejabat kasam untu endorse enjin...

Anonymous said...

salam...enjin 4g67 lepas tak endos dekat satria 1.5..tq

Anonymous said...

Ok tq jeff..br sy faham..

Anonymous said...

Salam Abg Jeff kalau keta hyundai 1.5 masuk enjin evo 2.0 ade masalah nak endorse tak?tq...

Anonymous said...

1st time jumpe blog ni..thanx abg jeff for info..

Anonymous said...

Boleh tak saya upah abag endorse kete saya..hehehe

jeff_tacra said...

saya tidak menjalankan perkhidmatan mendaftar kereta, saya hanya bagi panduan sahaja, boleh try buat sendiri

AdiLLa VaNiLLa said...

bang,sye nk tnye sye pkai kncil tpi nk tkar enjin l200s turbo cc yang sme...adkah sye kne wt inspection gak????atau abg bleh bgi produser x????

Anonymous said...

saya pakai kelisa 850cc manual. baru siap tukar enjin turbo 660cc auto. mcmana nak buat urusan dgn puspakom dan jpj dgn kadar penurunan cc lebih 25% tu bang jeff?

Anonymous said...

Tq so much abg jeff..info yg sgt berguna pada semua terutama sy sedang dlm proses endorse perdana ke evo

navz said...

mcm mane kalau nak endorse..situasi die..

endorse engine dari kereta yg berdaftar di malaysia.bukan dari jepun..

dokumen ape yg diperlukan semasa nak endorse ?

jeff_tacra said...

Lebih kurang sama sahaja dengan endorse kereta dari luar, cuma tak perlu surat kastam sahaja. Dokumen lain ialah, geran atau salinan dan surat atau bil jaul beli

Anonymous said...

salam abg jeff...kalau kite convert enjin dari 4g15 ke 4g91 perlu ke kite pegi ke insuran untuk buat insuran yg baru...cc kan dah sama, so perlu ke?

Larn Katun said...

Kene bwk owner kereta ke untuk semua urusan ni? Sebab kereta nama orang lain..

Anonymous said...

salam... nk tnye mcm mne kalo 1.6 ke 2.0... nk kene wat kawalselia atau nk trus masuk ke puspakom jer ???

jeff_tacra said...

mana-mana kereta proton tak boleh dan tak lulus endorse 2.0 melainkan body perdana sahaja

Aura 1.6 said...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.
Bang Jeff,
Sye nk tnye pasal surat kawal selia.
Abg ade contoh x?
Ade yg bg tawu klu da endorse cc lbih 25% da xbule tkar owner len. Btol ke bang?
Secara kasar bule x abg ltak brape modal sye perlu utk proses start dri puspakom smpai dpat rotek baru.
Lagi satu.
Klu cc lbeh 25% tuh ade limit ke?
Thank's bang.
Blog tbaek nhh!

Anonymous said...

wahhhhh

Anonymous said...

nak tanya kalau pkai kete jepun cc asal 1.3 leh x masuk enjin 2.0??

Ahmad Qaramil Suwardi said...

best2...

Anonymous said...

assalam abg jeff..utk endorse enjin..kita kena pegi ke jpj dlu ke atau trus je ke puspakom?tq..

jeff_tacra said...

dah jelas saya nyatakan di atas, sila semak semula

pororo82 said...

Ni yg besttttt.. bru faham.. tq abg

BIAR betul.network said...

salam bang.. sy nak tanya.. family sy ada bagi sy wira 1.3.. tak sampai 1 bulan sy guna.. sy tukar enjin 4g91.. yg masalahnye sekarang.. kereta belum ditukar nama lagi.. mcm mana ye nk endorse?

jeff_tacra said...

ikut step seperti di atas dan pastikan dokumen disediakan secukupnya

greenriverday said...

salam bro tumpang tny ... sy ni x taw apa2 pasal kereta ni baru nak beli.. sy dpt satu kreta tersadai kereta roadtax mati 2011 sekarang dah 2013.... kereta ford... kereta ni owner nye kate engine dia belom pernah endorse .... so sekarang ni macam mane ye ... apa yang sy patut buat dari pada a sampai z... dari awal sampai lah sy dpt tukar nama.... sy kene hidupkan roadtax dulu ke ... sy kene tukar nama dulu ke ... mintak penerangan

jeff_tacra said...

kena bawak puspakom seperti prosedur di atas

Modz Suleiman said...

Kalau kenari 1.0 nk tukar ke yrv 1.3..kira dah lebih 25% kan?

Modz Suleiman said...

Kalau kenari 1.0 nk tukar ke yrv 1.3..kira dah lebih 25% kan?

ideobandi shitznict said...

salam bro., tumpang tanya. memang xleh lepas ke endorse utk waja 1.8 masuk 4g63?

syeikh pulut said...

Salam bro. Saya guna keta wira 1.3 manual sedan. Skrg sya ada dua pilihan nk tukar enjin mivec 1.6 dgn dis brek blkg dn segala endrose ke atau bli wira 1.8 putra spac. Yg dh lengkap enjin dis brek blkg seat recaro. Mna lbih bebaloi

jeff_tacra said...

keduanya ada kelebihan dan keurangan masing-masing. nak pickup lebih sikit ambik 1.6 mivec dan kalau nak main topspeed ambik 1.8

Syamsuriadi abdul dahari said...

salam bro.

Nak Tanya sedikit.asal proton wira saya adalah 1.3cc carb manual. kemudian saya upgrade enjin ke 4g15 manual carb dan dah endorse.saya plan nak upgrade ke 4g93 sohc carb.soalan saya:
1) adakah peratus cc tu di kira dari asal 1.3cc atau dari 1.5cc utk upgrade 1.88cc?klu dari 1.5cc tak melebihi 25% kan?so tak perlu surat kawal selia jpj?
2) nak tukar head ke twincam 4g93 atau 4g92 mivec tapi still guna carb twin weber dcoe40..mana yg sesuai dan perlu ke modify?
thanks bro.

Chrix said...

masa dia uji break... termasuk handbrake ke?

shortymuz said...

Salam bro...cermin kete sy ade crack skit..rase lepas x untuk endorse nnt?

Fathi Noreen said...

Salam sy nak tanya buat ms skg ni ada mslh x perdana nak tukar engin 4g63?

jengka mari said...

Sy nk bli kereta wira 4g91..tpi ownernya dh tukar blok,msuk blok yg 1.8..ape step yg perlu sy wat untuk tukar nama n endos kereta tu..tukar nma dulu ke atau endos dlu..tlong bantu sy abg jeff

mohd azzry said...

salam bang.nak tanya boleh ker wira 2.0 diesel endorse 4g63t

mohd azzry said...

salam bang.nak tanya boleh ker wira 2.0 diesel endorse 4g63t

mohd azzry said...

salam bang.nak tanya boleh ker wira 2.0 diesel endorse 4g63t

shahril aizul said...

As salam.sy nak tanya.sy guna kancil 660.kalau sy nk covert ke enjin L2 sy nak kna anta puspakom ke?
Klau perlu.nak kena buat sebelum atau selepas covert enjin.

aryeff ishak said...

Salam bang jeff
Kalau kita hybrid 4g92 mivec jadi 4g93 mivec boleh ka endorse. Atau kita kena endorse 4g93 sahaja. Tolong terangkan. Saya nak jalankan projek ni kalau legal endorse 4g93 hybrid.

jeff_tacra said...

4g92 ke 4g93 boleh endorse tanpa masalah

jeff_tacra said...

perlu pemeriksaan puspakom untuk endorse. pasang enjin dulu

Kenneth Lau said...

Kenari 660 upgrade 1300 it can endorse? Or need jpj surat kawal selia?

jeff_tacra said...

Kena buat permohonan dengan jpj

nazidasyam said...

Assalam...
Sy nak tanya sy tukar enjin 4g15p ke 4g93t nak endorse kena pasang break disk ke? sy pakai ori break drum...
mgg depan nak p puspakom n jpj..

jeff_tacra said...

biasa kena pakai disc belakang bagi kereta proton 1.6 ke atas

afif said...

untuk cek puspakom dia tgk tinted x? kete sy tinted 60-70% agak2 lpas x?

haffiz said...

salam..sy upgared 1.6 ke 2.0 honda e.j..so kene pakai surat kawal selia ke?or terus pegi puspakom

Hantuletto said...

Salam abg jef, kalau tukar halfcut vr4 dan block tukar 4g61t agak2ada masalh x nk endorse? Body 1.3. Thanks abg jeff

Hantuletto said...

Slalu nya tengok, kalau dh masuk puspakom paham2 je la

aryeff ishak said...

Salam abg jeff kalau engine kereta malaysia boleh tak kita endorse. Kawan saya nak scrap kereta dia. Jadi Saya plan beli engine dari kawan saya ni. Engine tersebut dulu beli dari kedai half cut. Semua dah endorse dekat kereta yang nak di scrap tersebut. Adakah saya boleh endorse engine tersebut. Takut juga kalau tak boleh endorse nanti kalau dah beli

junaidi mutalib said...

Salam tuan.kalau 1.6 auto tukar ke 1.5 manual kena Surat kawal selia ke

Firdaus Sino said...

Nak tanya .. saya dri 1.3 nak tuka ke 1.6 92 soch .. jadi saya pakai brake disc depan still 1.3 tetapi blkang brake disc 1.8 ...adakah akan mnjdi masalah apa bila endorse nanti . Takut dia suruh tuka brake disc depan pulak ..takut katanya tak balance ...so mcm mana masalah di atas ye .. mintak tolong jawab

faizal ismail said...

endorse tu pe ke benda..???.

faizal ismail said...

endorse tu pe ke benda..???.

Adorravell said...

morning , saya nak tanya kalau surat enjin kereta hilang bagaimana caranya nak dapatkan semula? tq