Engine Endorsement (Step by Step)

kali ini dipaparkan bagaimana cara hendak register enjin kereta. kebanyakan dari kita mengupah runner untuk urusan ini yang boleh mencecah perbelanjaan sekitar rm500 hingga ribuan ringgit, padahal kita boleh buat sendiri urusan berkenaan yang ternyata jauh lebih murah dari kos runner. kena ambil masa sekitar 1 hari untuk selesaikan hal ini sehingga kita mendapat roadtax baru. tak perlu buat appointment dulu dengan pihak puspakom pun, terus walk in sahaja. berikut merupakan step by step cara nak endorse enjin yang dilakukan sendiri oleh saya

mula-mula pilih enjin yang dikehendaki, owner sedang menliti enjin 4G93T tetapi akhirnya beli 4G91 sahaja. untuk makluman bagi kereta yang tidak melebihi cc 25% tidak memerlukan surat kawal selia dari JPJ, just sediakan dokumen dan terus ke puspakom. yang melebihi 25% memang perlu dapat kebenaran dari JPJ (surat kawal selia)

proses convert bermula, keluarkan enjin asal dari kenderaan anda. kebiasaannya ini kerja pomen lah, kita hanya mampu memantau sahaja. jangan pula kerap mendesak pomen supaya cepat siap nanti kerja menjadi tak sempurna dan boleh mendatangkan masalah pada enjin kita nanti

pomen yang sedang melakukan kerja-kerja (penulis blog tu...)

enjin dah masuk, cuma kerja-kerja lain sahaja yang perlu dibereskan terutamanya proses wiring yang mengambil masa lama sikit. kena hati-hati buat wiring ni agar tidak berlaku kesilapan

bila dah siap sepenuhnya bermula lah proses untuk mendaftar enjin tersebut. pertamanya kena sediakan dokumen berikut, iaitu surat beli enjin seperti di atas. kena dapatkan dari kedai yang kita buat tukar enjin tu. atau pun kalau kita sendiri yang menukarnya, maka pergilah mana-mana kedai yang biasa dengan kita dan minta satu resit yang mengatakan kita beli enjin dan pasang enjin tersebut dengan kedainya

yang kedua, surat kastam yang jelas tertera no enjin sama seperti yang tertulis pada blok enjin. surat kastam ini paling penting kerana jika tak ada surat ini maka enjin anda tidak akan boleh didaftar melainkan anda mempunyai cable yang sangat kuat. jangan lupa bawak sekali geran asal kereta dan semua dokumen ini perlu difotostat termasuk IC pemilik kereta

setelah segalanya selesai, pastikan brek mantap, tinted tidak gelap, cermin tidak crack, pergilah ke puspakom berdekatan. sampai puspakom kat pintu masuk kena daftar dulu di situ, biasanya ada pegawai polis yang bertugas. dia akan beri nombor lorong untuk kenderaan masuk mengikut jenis pemeriksaan yang hendak dibuat. dalam kes ini ialah pemeriksaan menukar enjin iaitu pemeriksaan khas. LESEN atau IC kena tinggal kat sini

masuk mengikut garisan kuning di atas tar dan pergi terus hingga ke kawasan parking di bahagian belakang dan park kereta anda terlebih dahulu. pergi ke kaunter dan isi borang untuk urusan pemeriksaan. bayaran pendaftaran ialah sebanyak rm35.00. lepas tu boleh ambik kereta dan terus ke lorong, biasanya kita tinggalkan kereta pada laluan masuk lorong sahaja dan pegawai puspakom akan membuat pemeriksaan brek, cek no enjin, cek getah kat kesemua pillar. bila dah lulus pergi semula ke kaunter tadi untuk mengisi borang pemeriksaan khas dan akan dikenakan bayaran sebanyak rm25 lagi. bawak kereta ke pemeriksaan khas atas arahan pegawai bertugas untuk memeriksa no enjin dan pillar. bila dah lulus selesailah urusan kat puspakom. masa diambil di puspakom sekitar 1 jam setengah bergantung pada keadaan

ini surat kelulusan puspakom, ada dua dokumen semuanya

ini juga surat kelulusan puspakom, fotostat untuk simpanan anda

bawak surat kelulusan puspakom berserta geran ke pejabat insuran kenderaan masing-masing. di sini pihak insuran akan membuat perubahan / endorsement insurance baru yang tertentu berdasarkan insuran kenderaan anda. kebiasaanya ke top up duit insurance sikit. selesai urusan insuran

bawak semua dokumen ke JPJ berdekatan dan isi borang penukaran enjin dengan mengisi mana-mana perubahan sahaja, ambik nombor giliran dan tunggu sehingga nombor dipanggil. masa urusan serahkan geran asal, butiran insuran yang ditukar dan IC. masa ni pegawai akan memotong dan membuat perubahan atas geran dengan pen merah dan cop JPJ. kalau nak geran baru kena bayar rm50.00

ini perubahan yang dilakukan oleh pegawai JPJ. masa kat kaunter JPJ ni kalau cc enjin yang ditukar sama dengan asal, tak perlu bawak roadtax tapi kalau berubah kena bawak sekali roadtax untuk urusan di kaunter JPJ. masa ni isi borang refund insuran dan sekali lagi kena gi insuran untuk urusan pembayaran insuran dan perubahan tertentu. ada kalanya tak perlu lagi ke insurance sebab sekarang semua dah online terus

bila roadtax dah dapat bermakna legal kereta anda di atas jalan raya, boleh balik rumah dengan senang hati. kesemua urusan ini memakan masa separuh hari sahaja. dan sekarang anda boleh mengetest kereta masing-masing, hehehe..

sincerely
jefftacra