Free Air Sub Woofer (Vol. 1)

biasanya bagi penggemar in car entertainment (ice) memasang sub woofer bagi melengkapkan sistem mereka supaya dapat menghasilkan bunyi yang terbaik. ada yang memilih pelbagai jenis dan saiz woofer tertentu dan dipadankan dengan box yang sepatutnya mengikut ukuran dan pengiraan tertentu supaya kualiti bunyi yang dihasilkan dapat dioptimumkan. tetapi kali ini seorang owner wira tidak mahu memasukkan box untuk woofer kerana sudah tentu memakan ruang dan boleh menyempitkan boot yang sedia ada. penyelesaiannya saya mencadangkan memasang free air sub woofer


sepasang sub woofer 10" yang dkhaskan untu free air, maknanya tak perlu box pun tak mengapa. yang ni dual voice coil (DVC)


perlukan MDF BOARD yang dipotong mengikut ukuran belakang seat wira sedan


ukur kedudukan sub woofer untuk dibuat lubang bagi menempatkan sub


lubang yang telah ditebuk untuk 2 biji sub


sub woofer design free air DVC


pasang sub pada MDF BOARD


tempat yang hendak dipasang board berkenaan. kena buka seat dan panel asal


pasang insulflex pada bahagian belakang sub



pasang pada kereta dengan menggunakan nat



kedudukan sub setelah siap sepenuhnya


proses wiring sub dari power amp. dah siap dan test ice, bunyi tidak mengecewakan dan masih boleh dengar dentuman bass yang padu dari dalam kereta


sincerely : jefftacra

10 comments:

Anonymous said...

abg jepp.. setengah sub buleh main reverse (tendang ke belakang) kalau di mount macam tu.. lagi pawer...

jeff_tacra said...

betul tu, tapi pada HU kena ada function REVERB untuk bass

Anonymous said...

Nk tanye... JPJ xkan kacau ke klau cabut back seat kete?

jeff_tacra said...

buat macam ni tak cabut seat kereta, cabut tu sementara je untuk pasang woofer pastu pasang balik set

wiragaban said...

mana nak dapatkan MDF BOARD area k.trg

jeff_tacra said...

boleh dapatkan di kedai accesories jalan kamaruddin, kedai save cost

epin said...

Salam tuan,kat mane nak beli insuflek tu yek.Kedai aksesori kete biasa ke kedai hardware.tq

jeff_tacra said...

insulflex boleh dibeli di kedai repair seat kereta dengan harga rm28/meter

hilmi said...

ape² jenis subwoofer ke bole buat camni...??? ke ade jenis² tertentu saje.???

mazri omar said...

insulfex to ape..bos