Reverse Light Switch

kebanyakan pemilik kereta pernah mengalami situasi sebegini iaitu masuk gear reverse lampu reverse tak hidup ataupun reverse sensor tak berbunyi seperti kebiasaannya. kalau simptom ini berlaku bolehlah cek reverse light switch yang berada di atas gearbox kereta, iaitu di bawah bateri bagi pemilik kereta proton. jika ini berlaku sudah sampai masanya switch ini perlu diganti baru yang boleh diperoleh di mana-mana kedai sparepart dengan harga di bawah rm50 sahaja untuk satu unit. inilah kelaziman yang rosak sekiranya lampu reverse tak hidup tapi ada kalanya tak hidup disebabkan bulb yang rosak, so kena cek dulu perkara lain sebelum mengambil keputusan untuk menukar suis ini

ini rupa gearbox mitsu/proton yang kodnya bermula dengan 4G lebih kurang sama je antara keduanya. kebetulan gearbox dah ada dalam store so saya ambil peluang ini untuk menunjukkan di manakah lokasi reverse switch ini, perhatikan hujung sebelah kiri gearbox ada satu tempat kemasukan soket yang berwarna hitam. dalam gambar ini kelihatan soket telah pecah tapi suis ini masih lagi berfungsi dengan cemerlang

close up kedudukan reverse light switch pada gearbox. semasa kita memasukkan gear reverse mekanisma di dalam gearbox menolak hujung switch ini dan menghidupkan suis seterusnya mengaktifkankan lampu reverse. pada masa yang sama reverse sensor pun bergantung kepada switch ini juga dan akan berfungsi menghidupkan sensor apabila kita reverse dan sekali gus mengeluarkan bunyi tertentu mengikut jarak yang telah ditetapkan

gunakan spanar bersaiz 24mm, agak besar saiz nat yang berada pada badan suis ini. kalau tak ada open wrench macam ni boleh gunakan juga spanar hidup yang boleh laras tu...

sebelum guna spanar terlebih dahulu unplug soket reverse switch light ni. pusing arah lawan jam untuk membukanya. kalau gearbox ini masih terpasang pada kereta anda boleh lihat kedudukan reverse switch ini pada bahagian bawah bateri kereta dan akan nampaklah soket hitam 2 wire yang dipasangkan pada suis tersebut

switch yang dikeluarkan daripada gearbox dan anda tak perlu risau kerana minyak gearbox tidak akan keluar melalui thread suis ini sebab kedudukannya pada bahagian atas gearbox

kadang-kadang hujung switch inilah yang rosak sebab wear and tear, akibat dah terlalu lama digunakan. suis di dalamnya sudah rosak

hujung suis di dalam gearbox yang berupa seperti bebola besi dan bebola inilah yang ditekan oleh mekanisma dalam gearbox dan seterusnya akan bertindak sebagai on/off


semasa memasang nanti jangan lupa pasangkan balik washer ni dengan masukkan washer dan pasang balik kat gearbox seperti keadaan asalnya. kegagalan memasang washer akan menyebabkan kebocoran minyak gear berlaku

switch yang baru boleh didapati di spare part dengan harga rasanya tak sampai rm50 satu. tak perlu bawak sample, bagitau je kata nak suis pada gearbox kereta proton ataupun terus cakap nak reverse switch kat gearbox. sama sahaja antara wira/satria/putra/lancer 4G9X, tak kira berapa cc kereta pun

sincerely
jefftacra

47 comments:

Anonymous said...

laaa...benda ni tak perasan lak...hehehehe...kalau reverse bunyik laju jer..pun masalah dari benda ni ke bang?

Anonymous said...

tq..bg info bergambar..senang citer...buat sendiri nanti..hidup abg jef

jeff_tacra said...

kalau reverse sensor bunyi laju baukan switch ni, kena check module reverse sensor takut yang tu problem

Anonymous said...

module dia yang kat bumper belakang tu ke?warne itam?

jeff_tacra said...

yup, yang kotak hitam belah kanan dalam boot belakang, kat celah bumper

Anonymous said...

ok bang...mekasih...jap lagi chek kat situ

Anonymous said...

baru tahu suis reverse dai kt situ..sy punya pun xmenyala..igtkan bal tebakor..nnti bulih check..

tq for info bro..

TurboBee said...

Geibox saper lak tu abam Jepp?? ^_^

TurboBee said...

Kalo kita nk buat suis pendua utk lampu reverse atau bila kita tekan brek lampu reverse akan berkelip buleh tak?

fahmic99le said...

terbaik bang.. aku ada masalah ni.. baru jumpa solutionnya.. thanks byk2..

Anonymous said...

mmg bgs diy ini...three thumbs up..!! :D

mangoax said...

bro Jeff,.. Reverse Light Switch ni utk semua kete sama je ke??? atau ade saiz yg berlainan...??

Anonymous said...

sama juga ke masalah kalau lampu reverse asik terpasang walaupun bukan tolak gear reverse? tu yg jadi tiba2 di wira aku skrng ni.

tq bro jeff.

jeff_tacra said...

try cek switch reverse ni, kemungkinan bermasalah

kamal said...

salam, keta kawan (SagaBLM) lampu reverse x nyala..dah tukar mentol, reverse switch baru, fius semuo ok..tapi masih x nyala.nape?.wayar dari r/switch nie joint ngan ecu ke? kalau nak buat wiring baru x payah lalu ecu boleh tak?

Naza Shah said...

Salam En Jeff, adakah soket reverse light switch utk manual dan auto sama? saya baru sahaja menukar gear auto ke ke gear manual wira 1.6 saya. soket reverse switch tersebut masih belum di pasang kerana saya tak jumpe soket dari wiring yg serasi dengan soket tersebut. adakah saya perlu menukar soket tersebut?boleh En Jeff terangkan berapa wire dan color yg digunakan utk reverse light switch gearbox manual?terima kasih.

Anonymous said...

as,salam?.bro jeff suis gearbox auto prob.?naper ek?

rokoksebate said...

salam.. nak tanya pasal lampu gear auto xnyala pasal ape? yang lain lain nyala tapi D sahaja tak nyala... mentol dah tukar dah..

jeff_tacra said...

reverse light switch hanay terdapat 2 wire sahaja iaitu negatif dan positif. bulb kat D tak nyala kena cek wiring atau switch kat gear untuk gear D

rokoksebate said...

ooo... terima kasih... xde gambar ker crita pasal cara nak tukar atau check kat switch gear??

jeff_tacra said...

nak tukar kena buka macam dalam gambar kat atas tu, buka dan tukar yang baru... nak wiring hitam tap kat body dan wire 12v tu tap kat lampu reverse

Anonymous said...

bang lampu revers sy xd mslh...tp bunyi tu kjp ad kjp xd....ap mslh tu bang...

Anonymous said...

kalau wira auto kat mana reverse switch?puas cari kat gearbox x jumpa.masuk gear reverse,lampu reverse x menyala

Prince said...

Salam bro,

Minta komentor yg pernah cuba teknik DIY yg bro tunjukkn utk listkan harga brg yg dibeli dalam komen. Sekurang-kurangnya leh tahu estimate price spare part nie utk panduan yg baru try teknik DIY nih.

Sy bru try teknik DIY utk tajuk post kali ni, masalah adalah lampu reverse nyala tak henti2 tak kira masuk gear apa pun. Lepas tu tukar reverse switch beli kat spare part harga RM28 (Bukit Mertajam, Penang). Bro ada beritahu harga kurang dari RM50, so sesiapa yg dah tahu harga leh update untuk panduan org lain nanti :)

Thanks

http://www.blog.warmbite.com/

Akmal said...

Terima kasih di atas info berguna ni. Saya menghadapi masalah reverse sensor kadang2 menyala kadang2 tak. Dah 6tahun pakai kereta neo campro baru saya tahu punca masalah ni datangnya dari reverse suis di gearbox. Sudah tiba masa untuk tukar parts. Terima kasih skali lagi teruskan usaha murni tuan berkongsi dan beramal dgn ilmu yg ada pada tuan.

Anonymous said...

salam nak ty,harga skrg u sensor nie brapa??

shah said...

Slm nak tanya sy dh tukar clutch plate daikin exedy dgn flywheel 1.8..keta asl 1.5..suis dh rosak.bile tkr suis reverse ni bila msk gear reverse..ia jd keras dn sngkut.bila pksa gak trus xbunyi sensor dan bile cek suis td dh kemek sedikit.dh 2x beli prkara yg sm gk trjd.tlg abg jeff pe mslhnye.ke sbb pkai flywheel bsar.de cara lain x.tlg.tq

Anonymous said...

Reverse switch kancil 5 speed letaknya kat mana yer...

Anonymous said...

harga semasa reverse light switch RM25 negeri Kedah

faiz joys said...

SAGA BLM rm140 gile la...

Anonymous said...

Lampu reverse kejap jd kejap x jadi sebb revese sensor gak ke

HAZIQ NAZIR B.MOHD SIRAT said...

tq bro...tq banyak2...banyak membantu...semoga tuhan murahkan rezeki brol..

azwanazwin said...

Kt mane kedudukan suis reverse 4g93 sohc auto 4wd? gambar? Brape wayar? Kaler wayar? Tqvm

jeff_tacra said...

suis reverse auto tidak sama dengan manual, auto menggunakan soket besar pada gearbox auto

Myrul Fahmy said...

Salam.bang.keta saya charade g 11 klu lmpu reverse x menyala nk bt mcm na?

onlineshop2u said...

Terbaik bang....baru jumpa punca lampu x myala

Muhd Hafiz said...

assalam tuan, masalah ini memang dah berlaku kat kete saga blm saya. teknik yang tuan tunjuk ni cara gearbox dah turun. kalo gearbox dlm enjin siap minyak ada lagi...boleh tak saya tukar reverse switch?

mohd sariman said...

Terima kasih atas tunjuk ajar sifu jeff. Terbaik!!!

Jihan Along said...

Assalamualaikum tuan jeff leh x lps ni bincangkn tentang masalah heater d cermin belakang x boleh panas?coz kete sy mengalami masalah heater cermin blkg x leh pns.hrp tuan dpt membantu.

Jihan Along said...

Assalamualaikum tuan jeff leh x lps ni bincangkn tentang masalah heater d cermin belakang x boleh panas?coz kete sy mengalami masalah heater cermin blkg x leh pns.hrp tuan dpt membantu.

hafizah osman said...

assalam..kereta pesona pon sme jge ke..coz lampu reverse krte sye menyala je wlaupon x masuk gear lagi..

Malfian said...

Assalamualaikum abg Jeff, saya masih mencari lokasi reverse switch kancil auto 850..tak jumpa lagi. Minta tunjuk ajar abg jeff bagi pencerahan lokasi tersebut.

silver hawk said...

Persona manual....reverse tahun lepas..tahun depan baru nyala dan bunyi "bib"...bnda ni jgk kut rosak..thanks share ilmu..

comean 81 said...
This comment has been removed by the author.
comean 81 said...

sebelum ni lampu reverse x nyala dan bunyi bib bib x brfngsi...sekarang dah setel...aku dah tukar switch reverse ni...untuk kereta persona...sama jgk...RM48 ori...upah psg RM20....

Mohd faisol Othman said...

salam. sy penguna proton perdana v6 auto. baru2 ni sy dah tukar ke manual tp socket auto x sama dengan manual apa yg perlu sy buat?

samilin sadah said...

salam. lampu nyala tp reverse sensor x bunyi. apa yg perlu ditukar?