Reverse Light Switch

kebanyakan pemilik kereta pernah mengalami situasi sebegini iaitu masuk gear reverse lampu reverse tak hidup ataupun reverse sensor tak berbunyi seperti kebiasaannya. kalau simptom ini berlaku bolehlah cek reverse light switch yang berada di atas gearbox kereta, iaitu di bawah bateri bagi pemilik kereta proton. jika ini berlaku sudah sampai masanya switch ini perlu diganti baru yang boleh diperoleh di mana-mana kedai sparepart dengan harga di bawah rm50 sahaja untuk satu unit. inilah kelaziman yang rosak sekiranya lampu reverse tak hidup tapi ada kalanya tak hidup disebabkan bulb yang rosak, so kena cek dulu perkara lain sebelum mengambil keputusan untuk menukar suis ini

ini rupa gearbox mitsu/proton yang kodnya bermula dengan 4G lebih kurang sama je antara keduanya. kebetulan gearbox dah ada dalam store so saya ambil peluang ini untuk menunjukkan di manakah lokasi reverse switch ini, perhatikan hujung sebelah kiri gearbox ada satu tempat kemasukan soket yang berwarna hitam. dalam gambar ini kelihatan soket telah pecah tapi suis ini masih lagi berfungsi dengan cemerlang

close up kedudukan reverse light switch pada gearbox. semasa kita memasukkan gear reverse mekanisma di dalam gearbox menolak hujung switch ini dan menghidupkan suis seterusnya mengaktifkankan lampu reverse. pada masa yang sama reverse sensor pun bergantung kepada switch ini juga dan akan berfungsi menghidupkan sensor apabila kita reverse dan sekali gus mengeluarkan bunyi tertentu mengikut jarak yang telah ditetapkan

gunakan spanar bersaiz 24mm, agak besar saiz nat yang berada pada badan suis ini. kalau tak ada open wrench macam ni boleh gunakan juga spanar hidup yang boleh laras tu...

sebelum guna spanar terlebih dahulu unplug soket reverse switch light ni. pusing arah lawan jam untuk membukanya. kalau gearbox ini masih terpasang pada kereta anda boleh lihat kedudukan reverse switch ini pada bahagian bawah bateri kereta dan akan nampaklah soket hitam 2 wire yang dipasangkan pada suis tersebut

switch yang dikeluarkan daripada gearbox dan anda tak perlu risau kerana minyak gearbox tidak akan keluar melalui thread suis ini sebab kedudukannya pada bahagian atas gearbox

kadang-kadang hujung switch inilah yang rosak sebab wear and tear, akibat dah terlalu lama digunakan. suis di dalamnya sudah rosak

hujung suis di dalam gearbox yang berupa seperti bebola besi dan bebola inilah yang ditekan oleh mekanisma dalam gearbox dan seterusnya akan bertindak sebagai on/off


semasa memasang nanti jangan lupa pasangkan balik washer ni dengan masukkan washer dan pasang balik kat gearbox seperti keadaan asalnya. kegagalan memasang washer akan menyebabkan kebocoran minyak gear berlaku

switch yang baru boleh didapati di spare part dengan harga rasanya tak sampai rm50 satu. tak perlu bawak sample, bagitau je kata nak suis pada gearbox kereta proton ataupun terus cakap nak reverse switch kat gearbox. sama sahaja antara wira/satria/putra/lancer 4G9X, tak kira berapa cc kereta pun

terima kasih
sincerely: jeff tacra