Rocker Arm Spray

hari ni projek diy berjalan lagi iaitu mengecat atau spray rocker arm. biasalah kalau hujung minggu dan hari sabtu, pasti ada yang call buat temu janji untuk menjalankan kerja-kerja diy ini. itu pun kalau saya tak ada hal lain. kalau ada hal lain terpaksalah batalkan apa-apa kerja berkaitan kereta. hari-hari biasa saya kerja tetap sebagai penjawat awam manakala hari jumaat merupaka hari saya berehat. oleh itu kebiasaannya hanya hari sabtu sahaja saya jalankan kerja-kerja berkaitan kereta ini. warna pilihan owner kereta tu ialah kaler silver biasa je. lihat gambar seterusnya

ini lah kereta yang dimaksudkan tadi, wira star silver. owner dari jauh datang ni, asa enjin 1.5 VDO tapi dah upgrade ke twincam 4G91 auto. cc kereta tak berubah tapi tetap kena inspection di puspakom untuk endorse enjin baru

kena dapatkan spray hi-temp yang ada 3 star seperti gambar di atas. cat ini untuk high temp atau tahan panas untuk suhu tertentu. biasanya cat high temp yang dalam tin macam ni hanya ada dua warna sahaja iaitu hitam flat dan silver. sebenarnya kalau nak warna selain dua warni pada rocker cover enjin, kita perlu spray warna silver ini terlebih dahulu dan apabila telah kering barulah kita spray dengan apa-apa warna mengikut cita rasa masing-masing. kiranya warna silver ini adala hsebagai undercoat sahaja

proses kali ni ialah tanpa membuka rocker arm, hanya spray terus tapi banyak kerja lah nak cover part lain supaya tidak terkena cat nanti. cover dengan suratkhabr je pun dah memadai. tutplah bahagian-bahagian tertentu supaya tidak kena spray nanti

buka cable plug dan hose berkaitan, cover dengan kertas surat khabar

enjin mitsubishi DOHC 4G91 1500 cc

pomen sedang melakukan kerja-kerja mengecat, pakai cat tin je...

buat satu layer pertama senipis yang boleh, bila kering apply layer kedua. perlu diingat setiap layer yang dispray hedaklah dibiarkan kering seketika supaya cat jadi rata dan tidak menggerutu

layer terakhir

bila dah kering tunggu seketika dan buka semua suratkhabar tadi. pasang balik peralatan seperti pada awalnya tadi

nampak baru sikit...

siap sepenuhnya, pemilihan warna bergantung pada kegemaran masing-masing dan pastikan guna cat hi-temp supaya tahan lama dan tahan panas

sincerely
jefftacra

22 comments:

Anonymous said...

many thanks to sifu...

mR Gee.!! said...

mabeless.. nape owner xmo merah kan kepala tuh..?

nak nampak low profile ker..

kroll said...

Nie enjin ape? ... mivec 1.6 ke? ...

jeff_tacra said...

enjin 1.5 japan

rahman said...

wow..smart jugak

Anonymous said...

kalo kita spray rocker head tu, tidakka nanti enjin tu lebih panas? sebab kan spray tu tadi boleh memerangkap haba???

jeff_tacra said...

tak jadi masalah, head vtec, mivec pun kalau standard pun dah di color...

Anonymous said...

oo ok..tq bro..kalo cm tu senang la sikit hati hamba nie...hehehe

kroll said...

Salam ... Abg Jeff, mana nak cari spray hi-temp yang ada 3 star tu ... mana Abg Jeff beli? ... kat hardware ke ... kt area K. TRG mana nak beli ... saya dok area KT jer ...

jeff_tacra said...

cari kedai cat JOTUN jalan bukit kecil, situ ada jual

kroll said...

Ok ... TQ Abg Jeff 4 u r info ... Selamat Hari Raya Aidiladha ...

jeff_tacra said...

tq kroll, selamat hari raya

civet said...

abg jeff....
bleh tunjukkan DIY cat mengerutu tak...
alaaa...cat chipping coating tuuu

jeff_tacra said...

alamk ali... tak ambik gambar lah masa buat tu, hehhe...

civet said...

huhuhuhu...chipping coating tu teknik rahsia erk..

nik gen2 said...

salam abg jeff,tumpang tanya,kereta gen2 saya ada klua minyaklah kat tpi2 sblah depan rocker arm tu...agak2 apa yang problem ye?kna tukar gasket je ke?brapa agk2 kos...td try tnya kdai cna,mtk rm300.bru jinak2 main kereta,bmbang jugak kena tipu,harap bleh membantu...terima kasih!

jeff_tacra said...

rasanya gasket rocker arm je. boleh didapati dikedai sparepart dengan harga rm30

Unknown said...

xpyah gosok ke abg jeff

khai fiore said...

xpyah gosok ke abg jeff

pororo82 said...

Bru jg berjinak2 dgn engin wira 1.5 se hehe
bru beli.. tq abg jeff
dapat juga sye belajar

Anonymous said...

salam bos..nak tnye lah..biase nye kalau kita hntar bengkel yg buatkan utk spray head single cam berapa ye kos nya..

Jeff Tacra said...

kos saya tak pasti berapa upahnya, bergantung kepada pomen tertentu. kalau nak jimat sudah tentu buat sendiri