Stebel Nautilus Horn

horn memainkan peranan penting bagi sesebuah kenderaan. kali ni ditunjukkan bagaimana memasang horn stebel nautilus berserta relaynya sekali. harga horn ni sekitar rm70 - rm100 yang boleh didapati di mana-mana kedai accessories. horn ini merupakan compact air horn yang menghasilkan bunyi yang kuat iaitu 139dB, horn asal atau horn aftermaket lain rasanya tak sampai kekuatan seperti ini. kalau tekan boleh terperanjat orang yang berada berdekatan dengan kereta kita, lagi baik kan?


dalam kotak dapat horn, relay dan nat untuk pasang horn. soket relay tidak disertakan sekali, kena beli sendiri di kedai spare part. manual atau diagram pemasangan horn ini ada ditunjukkan pada bahagian luat kotak. tapi saya sertakan juga diagram pemasangan di bawah ini nanti untuk memudahkan pengguna memasangnya


stebel nautilus compact air horn yang boleh di dapati di kedai aksesori. pastikan original ye kerana ada yang fake keluaran taiwan dan china. asalnya negara pengeluar seperti yang tertera pada kotak tersebut. anda boleh perhatikan jugak marking made in italy pada relay serta pada horn itu sendiri


color biasanya hitam atau merah

made in italy. dikatakan compact air horn kerana kalau diperhatikan terdapat dua lubang outlet untuk bunyi horn ini dengan tone yang berbeza antara keduanya


kena dapatkan socket relay supaya dapat pasang relay dengan kemas, rm5 sahaja kat kedai sparepart


diagram untuk pasang horn dan relay


boleh gunakan wiring asal horn cuma perlu tambah satu relay. sekiranya tak tambah relay bunyi horn akan menjadi perlahan dan tidak cukup kuat


relay dan wiring yang telah siap dipasang


kedudukan pada kereta, pastikan corong horn mengadap ke bawah supaya tidak dimasukki air. horn ini memang cepat rosak sekiranya dimasukki air, so pastikan lokasi pemasangan horn dan kedudukan horn terlidung daripada air hujan dan sebagainya

sincerely : jefftacra

16 comments:

mangoax said...

salam bro...
kat manerr aerkk kedudukan horn wira... ghua cari2 x jumpe... malas nak buat kat kedai... sendiri buat baru aderr puas hati...
Beri tunjuk ajar... mekacih...

jeff_tacra said...

horn wira kedudukannya betul-betul bawah headlamp kiri dan kanan, kena buka bumper terlebih dahulu

mangoax said...

fius nak gune braperr amp erk????

jeff_tacra said...

gunakan fius 10A

mangoax said...

TQ bro.. semua dah beres....

Mimiswarsha said...

as salam..abg jeff..seprti diagram yg abg jeff tnjuk tu,power from circuit tu apa ek?dari mana tariknya?dan lagi satu aksesori tarik dari mana?tq abg jeff

jeff_tacra said...

wsalam, power from circuit ialah sumber asal wire +, katakanlah horn kan ada - dan +, hanya sambung yang + sahaja kat sini. accessories pula ialah keluaran baru dari relay berkenaan dan disambung pada mana-pada + peralatan seperti horn, foglamp dsb

Mimiswarsha said...

BErmakna power circuit ni just ambil + yg horn lama lepastu pasg kat relay ek..abg jef,fuse wajibg ada ek?dn lagi satu Wiring ni leh je tuk smbung pada horn2 etc bosh dn lain2 kan?MAaf bnyk bertnya..hehehe...tq abg jef

Anonymous said...

Hello Brother Jef..boleh tunjuk cara pasang horn ni pada kenari?

jeff_tacra said...

kena guna relay satu. pertamnya dapatkan wire horn asal dan pastikan mana negatif dan mana positif. wire negatif horn asal sambung ke kaki 85 relay dan wire positif horn asal sambung ke kaki 86 relay. kaki 30 relay direct ke positif bateri (+) dan kaki 87 relay ke wire positif horn stebel. wire negatif horn stebel ke body/ground

Anonymous said...

salam bro tacra,saya imfiqrza dari penang, igt minggu depan nak DIY pasang nautilus stebel horn kt keta viva wife saya, dah beli dkt kedai 99 BM rega rm78 kaler merah, boleh dak saya pasang horn ni kt tempat horn asal? Dah siap beli tapak relay & fuse holder(kedai potong),apa pendapat bro?

Anonymous said...

Abg Jeff tumpang tanya.. sya nk pasang stebel horn sbgai tambahan kat horn lama.. so, cara wiring still sama ke mcm yg abg tnjuk ni?

Silentdrive said...

salam, abg jeff, nak tanya skit, skang ni saya pakai hon siput biasa. wiring cam yang abg jeff tunjukkan dalam post sebelum ni. kalo kita tukar kepada hon stebel nautilus ni.. kena wat wiring baru ke? tau tukar relay jak pada wiring lama? Mohon penjelasan... Terima Kasih.

Anonymous said...

salam abg jef. boleh tak tunjuk gambar cara penyambungan wayer dari beteri, fius ker relay. nak tau cara penyambungan yang terbaik...
tq.

Azli Zain said...

assalam cmna nk tau relay masih ok atau x dh pasang tpi x bnyi

Dit Log said...

mgkn boleh check api yg keluar guna test lamp (kaki 87)...