T10 LED For Meter

bertemu kembali... kali ini diy yang saya lakukan ialah bagaimana menukar bulb meter kepada jenis LED warna biru. sebenarnya untuk menukar LED ini bukan suatu kerja yang rumit cuma perlu buka meter dan dapatkan LED jenis T10 kat kedai accessories sebanyak 5 biji. kalau 4 biji pun dah cukup tapi cahaya nanti malap pada satu bahagian tertentu yang akan ditunjukkan nanti. nak keluarkan meter lancer mitsu sangat mudah jika nak dibandingkan dengan meter wira kerana kalau pada kereta wira kita kena buka dulu panel tengah dan panel meter, barulah meter dapat dikeluarkan. boleh lihat di sini untuk mengetahui bagaimana mengeluarkan meter proton wira

ini meter lancer dibuka dari dashboard. bagi sesiapa yang memakai meter dan dashboard lancer tidak sesukar mana untuk membuka meter ini jika dibandingkan dengan meter wira. harus diingat meter wira tidak dapat menukar LED ini kerana memang dah sedia warna hijau pada meter berkenaan, jadi tetap akan keluar hijau jugak nanti melainkan meter wira keluaran terdahulu yang berlatar belakangkan warna hitam sahaja dapat buat


perhatikan ada 4 biji soket meter yang besar (bulatan merah) dan satu soket kecik (bulatan kuning). 5 bijik inilah yang perlu ditukar untuk mengubah cahaya meter nanti


lima bijik bulb standard yang telah dikeluarkan termasuk satu bulb kecik di kanan sekali


ini pula ialah LED warna biru. macam-macam jenis dan bentuk LED boleh diperolehi di mana-mana kedai accessories tapi pastikan jenis T10 sahaja yang boleh dimasukkan pada soket asal kat meter nanti


bulb standard dah dikeluarkan dari soket meter


masukkan LED pada 4 soket besar dan satu lagi kena mod sikit untuk dimasukkan pada meter nanti. ini dilakukan kerana LED tidak dapat dimasukkan pada soket kecik tersebut


cahaya biru apabila LED menyala nanti


pasang balik LED dan soket dan seterusnya pasang pada meter


LED ini lah yang perlu di mod sedikit supaya dapat masuk seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas


peralatan yang digunakan untuk mod satu LED tadi


solder wayar pada kaki + dan - LED seperti di atas


kemudian solder pada board meter seperti ini


masukkan kepala LED ke dalam lubang meter untuk bulb kecik tadi


bila dah siap, benginilah hasilnya. terpulang pada anda untuk memilih warna background kegemaran masing-masing

sincerely
jefftacra

68 comments:

Anonymous said...

Salam Abg Jeff...

Menarik btol diy lampu meter nih....

Abg Jeff leh x tunjukkan jelas skit semasa nk pateri pd board meter tuh tuk lubang kecil??...

azlan said...

bro tacra.lampu yg kecik 2 ada jual kan...tp bkn T10..yg kecik guna T5 ja...

jeff_tacra said...

ada jual tapi macam susah sikit nak dapat kat sini, a..ah, led t5

civet said...

adeyyy...lawa siot.
tapi apasal la tak bleh wat kat meter wira...uwaaa

cuci said...

wira leh wat x?

jeff_tacra said...

tak boleh buat kat meter wira yang background putih tu sebab nombor dah sedia kaler hijau. tapi kalau meter lama yang background hitam dapat kot sebab nombor meter warna putih

Anonymous said...

bro jeff,boleh tunjuk gambar besar nak solder lampu T5 yang kecik?tak nampak la bro jeff.TQ

jeff_tacra said...

klik gambar berkenaan untuk imej yang lebih besar

knuckle said...

bang jeff tanya skit, kalau wira 1.3 yg takde meter rpm nk psg external rpm wire dia tap kat mana...

jeff_tacra said...

nak senang masuk je meter wira 1.5 yang ada rpm, terus jalan rpm tu

Anonymous said...

salam bro...utk bulb kecik yg kene solder tu, ade point negatif positif jugak ke atas board tu??? klu ade, mcm ne nk tau (+) & (-)???

jeff_tacra said...

kat masuk led tu ada dua point satu untuk + dan -, jadi kena trace yang mana ground atau - dengan mengikut jalur litar tu, biasa ada tulis groun untuk negatif

Anonymous said...

slam bro..utk meter saga iswara leh msuk x?

jeff_tacra said...

kalau base digit meter kaler putih memang boleh buat dan kalau dah kaler lain tak dapat buat

Anonymous said...

jd iswara mdel lme leh wak ke?

Takbir4948 said...

Memang Lawo...
Kreatif.....tertarik dan MENARIk....

Anonymous said...

wah...lawa.. tp cbe gak cri mentol LED T10 tu kat kdai accessories area shah alam. Tp xde yg bentuk sama pon dlm blog ni.. Ssh btul la..Klo sy nak tempah beli mentol tu kat abg bleh x? Sy bg la upah kit. Reply kat email sy. applecry@yahoo.com

Anonymous said...

assalam..bang saya ad meter mcm ni tp nk masuk kat satria 1.3..tp mslah nye meter lancer yg sy ad tu xde mentol n soket wayar...kt kedai ad jual x soket mentol??..lg satu soket wayar satria blh guna x kt meter lancer mcm ni

jeff_tacra said...

meter lancer nak masuk kat wira/satria boleh tapi kena buat wiring sikit kat soket meter asal

Anonymous said...

owhh..tp mentol ngn soket mentol kt meter lancer tu x ada...kt mana blh sy dapat kn ea soket mentol tu...mentol asal kt satria blh guna blk x?

jeff_tacra said...

soket asal meter satria tu boleh pakai atau try cari kat kedai accessories, rasanya ada jual bulb dan solet

satria said...

bang, sy dh psg bulb kt meter..tp lampu xnyala pn..lampu yg merah nyala lak..mslah fius terbkar ke?tlg2..huhu..

amroll said...

bro,betul ke sume bulb besar tu untuk backlight?sbb ade satu bulb besar tu dia pnye holder kaler hitam.kalau tukar kat situ nanti tempat minyak empty yg nyale kaler biru tuh.

jeff_tacra said...

ada satu bulb besar untuk indicator minyak, yang tu tak tukar

amroll said...

xtukar ke?aiseh.baru masuk kaler biru gak.haha.xpelah.nti bile2 ah kalo rajin bukak balik.keh2.

Anonymous said...

boss nk tny ckit..wira 1.3 kan takde rpm, jd kalau masuk meter 1.5, ada kena modify x soket atau wiring tu?tq

jeff_tacra said...

dapatkan meter 1.5 injection dan plug n play je kat wira 1.3, rpm terus jalan tanpa ada apa-apa mod pada socket dan wiring

Anonymous said...

nak tanya sikit bang..kalo wira aeroback se dia pakai lampu led jenis ape ye??? yg besar atau yg kecik tu..warna asal putihkan..kalau kita nak tukar warna merah ker, ade ker jual kat kedai aksesori..terima kasih.

jeff_tacra said...

lampu meter mitsu atau wira sama je, semua pakai bulb T10, nak tukar LED pun cari jenis T10

Anonymous said...

saya dh tukar mentol, tp xbrape terang mcm abg, mungkin sbb mentol yg sy bli bkn jenis led mentol sme mcm original punya mentol, nk tnye ni blh ke klau xpasang penebat getah yg warna biru yg ad kat mentol ori x overheat ke???

nassershah said...

Salam Bang,
Kalau kat kancil 660 boleh ke digunakan T10 ni..? Kalau boleh.., saya pun nak try jugak.., meter saya L2.. cuma Odometer aje yg gerak... RPMnya tak jalan sebab tak tahu nak sambung kat mana..lol..! Lagi satu..T10 ni boleh jugak ke kalau digantikan pada interior lamp kancil..? Saya juga berminat dgn lampu kecil pada Headlamp disalah satu drp halaman abang disini...rasa2nya boleh ke saya DIY pada kancil saya..?
Apa2 pun saya ucapkan jutaan terima kasih pada Abang Jeff yg berkongsi ilmu pada kami pengunjung blok ini.
Salam

jeff_tacra said...

rasanya kebanyak bulb meter menggunakan bulb T10, boleh buka dulu meter tu tengok bulbnya. terima kasih kerana mengunjungi blog saya

Anonymous said...

abg jeff,sy mnat ngan diy ni,tp tempat sy xde la lampu led T10 n T5.abg jeff leh tlg blikan x.pos kat sy.sy bank in duit.lg satu panel aircond wira lampu dia sm saiz ker/sy hrap abg jeff leh bntu sy.

Anonymous said...

salam abg jeff.. saya minat betul diy nie. cuma nak tau satu. meter saya wira standard punya.. nak tukar ngan evo punya... ianya pnp atau kena mod lagi. hari tu cuba pnp tapi tak menjadi... bantu saya selesaikan masalah ini. MUS PERAK,

jeff_tacra said...

nak guna meter lancer kena mod wiring meter standard wira, pin pada soket kena tukar kedudukan mengikut wiring meter lancer

lann said...

salam abg jef..saya pun minat jugak pada meter lancer..tp wiring wira xsama...boleh bagi x diagram wiring wira dgan lancer...

Anonymous said...

t/kasih,sye cadang nak tukar meter jugak dari yg x da rpm ke yg ada rpm tapi x tahu bagaimana,

Anonymous said...

bang..kalo tgk kt mudah.my, laen jek led t10 neh..leh pkai gak ker bang??

jeff_tacra said...

apa-apa sahaja led T10 boleh masuk pada meter, cuma bentuknya sahaja yang berbeza, boleh pakai

Anonymous said...

ok2..kalo T5 pn sme gak ker bang?asalkn T5, xkesah bntuk die, bole gak msok kt meter??

lg 1 bang..saye ade 2 spare digital aircond panel evo..1 screen da belang-belang..1 lg cm gile2 (tetibe airconf leh on ngan off sndri) tp screen cntik lg..bole ker tak saye nk tuka screen aircond yg gile2 msok kt yg 1 lg??

shamtodak76 said...

salam..brp kos dia sebijik led T10 tu bang?

faz jb said...

Salam..bro jeff,klo meter waja cmner plak..tq

Anonymous said...

SALAM ABG JEFF
KALAU METER PERODUA VIVA MACAM MANA YERK?
LEH TUNJUKKAN..
TERIMA KASIH

Anonymous said...

Terima kasih bang jeff, aku dah berjaya tukarkan warna lampu meter kepada biru.. memang terbaik la.. aku punya meter 4g91 auto, led t10 ada 3 dan led t5 ada 2 yang perlu ditukar..

Anonymous said...

bro... apsal lepas tukar mentol pastu pasang balik meter minyak ngan suhu naik maximum... tetibe jadi gile sebelum ni x penah pun jadi... meter wira 1.5 carb punye nih

Anonymous said...

salam...saya nak tanya..pasal apa lampu meter..kereta saya tak nyala...gelap jer bila malam...adakah..led problem,atau suis adjust lampu meter tu yg rosak..

jeff_tacra said...

try check kemungkinan fuse blow

Anonymous said...

salam abg kalu meter wira se leh wat x mcm ni

Anonymous said...

salam.. bro jeff.. mana nak cari bulb lampu untuk suis fog lamp, suis heater dan hazard light bg dashboard lancer/mivec? sy punya lampu tu dah x nyala.. bila buka dari suis tersebut mentolnya kecik sgt.. bro pernah buka atau tukar x bulb lampu ni?
kalu ada cara bleh kongsi.. tq.

jeff_tacra said...

boleh tukar bulb lain, kena cari kat kedai yang jual part electronic ataupun boleh ganti dengan LED kecik, kena mod

Tam said...

salam.. bro jeff. saya puas hati dgn blog ni byk ilmu Diy sendiri bikin..nk tye satu bang adakah meter kereta waja wrna merah senang nak tukar buld ke LED cmni?..

jeff_tacra said...

rasanya waja tak dapat tukar bulb lain sebab angka kat panel meter tu dah merah kan

Anonymous said...

Salam abg.. Gen 2 campro pnya meter boleh buat tak.

Azizul Izwan said...

tumpang tanya kenapa saya tukar pakai LED dia tak menyala? adakah saya salah beli LED?

jeff_tacra said...

kalau tebalik polarity memang LED tak akan hidup, LED ada kaki negatif dan positif dan tak boleh bertukar

Anonymous said...

Cun2 diy ni..semua kdai ade jual T10 led ni kan abg jef..nati try cari..ape2 hal nk update dgn abg jeff..

khai said...

saya dah buat pada keta SV4 saya,led T10 ngam2 masuk tanpa modified or solder...masalahnya skrg led tersebut ada yg berkelip2 dan ada yg kadang nyala kadang tidak,mohon bantuan

jeff_tacra said...

LED murah kebanyakannya tak tahan lama, mudah rosak. kena dapatkan yang mahal sikit

khai said...

brand apa yg tuan cadangkan? coz saya guna t10 sepasang rm20

Anonymous said...

salam...
kalau nak tukar led lampu brake ketiga kat spoiler wira aeroback pun wat mcm ni jugak ke?

Anonymous said...

salam.jef.tq pasal diy ni.keta sy wira 1.8 uk spec.ada mter kmh dan mph.brjaya gak tkr led biru.tp kmh xnmpk la sbb kaler merah ori.mph mmg clear.nasib background itam

Anonymous said...

salam abg jef nk tnya meter lancer nk m0d pada dshb0d wira.Leh ajar tak mcmana nk tkar wiring pin nya.Tq

Anonymous said...

salam.abe jeff nk tnya meter keta sy 0n kunci je rpm dh naek 5 ape mslahnya??meter lancer.tlg sy

Anonymous said...

SALAM... BENGKEL ABG JEFF TERENGGANU KAT MANA? BLEH BGI NO TEPON X?

jeff_tacra said...

saya tak ada bengkel, kerja hanya hujung minggu sahaja

sabri said...

waja senang x nk keluarkan meter dia b. jep...ader skru kt memana ke..atau dia pkai slot soket....jenuh gak belek dashboard..x tau tang mana nk mula nk keluarkan meter...adusss...mintak pencerahan sket b.jep...t.kasih

Anonymous said...

abang jeff..tolang email digram meter wira ke padapada meter lancer...meter wira saya selalu rosak, so saya cadang nak tukar meter lancer...tp xnak nak wiring macam mane..tolong la ajar...ini email saya, iseprk@yahoo.com ape2 pun trime kasih abang jeff...

punkcore said...

salam abg jeff..sy dh pasang let t10 kt meter sy,berfungsi dgn cemerlang.tp kenapa led t5 tak menyala..kn modified mcm abg jeff tunjukkn ker..tp led t5 ni bkn mcm yg abg jeff punya..xde kaki nk solder..tq..