Torque Wrench

selalunya torque wrench (TW) amat penting bagi pomen untuk melakukan kerja-kerja mengikat nat yang berkaitan dengan sesebuah enjin. kalau pomen main cincai je, sebagai contoh ketika nak ikat head tanpa menggunakan tw ini boleh mendatangkan kesan tertentu dalam jangka panjang kerana sudah pasti kekuatan nat tidak sekata antara satu sama lain. sebab itu lah saya membeli 2 tw yang bersaiz besar dan satu untuk kerja-kerja nat kecil.

2 unit tw yang saya sentiasa gunakan untuk mengikat nat pada kereta, satu yang besar dan satu lagi kecik

ini yang pertama bersaiz 1/4" drive, bermakna kena gunakan box kecik. ini digunakan untuk mengikat nat pada bahagian luaran enjin serta nat kecik bersaiz 10mm - 12mm bergantung pada torque tertentu

ini pulak yang bersaiz besar untuk kerja-kerja berkaitan dalam enjin, perlukan torque yang tinggi

saiz kecil ini harga sekitar rm200 - rm250 yang boleh didapati di kedai hardware. harga bergantung pada brand. saya hanya beli jenama JTC sahaja dan sudai memadai untuk kerja-kerja tertentu

drive 1/4" nat kecik

ukuran yang kecil ini ialah dalam newton meter (Nm) contohnya 10Nm, 20Nm dll

panjangnya sekitar 11" sahaja

ini yang besar iaitu untuk kegunaan dalam enjin brand SELLERY. harga rm350 - rm1000 lebih bergantung pada brand tertentu

panjang yang besar ialah hampir 19"


tw ni menggunakan box biasa yang dipakai, saiz biasa

ukurannya dalam bentu foot pound (ft.lbs) contohnya 40ft.lbs, 115ft.lbs dan sebagainya. kalau untuk ikat head selalu gunakan yang ini. cara penggunaan tw ialah set kan torque iaitu dengan memulas pemegang ke torque tertentu (ada skala disediakan) dan barulah ketatkan nat, apabila kedengaran bunyi 'click' bermakna sampai masanya kita berhenti kerana torque tertentu telah dikenakan pada nat tersebut

dua torque wrench yang saya beli dengan harga rm570.00

BAGI PENGUNJUNG BLOG INI YANG MEMERLUKAN TORQUE BAGI SETIAP NAT KAT ENJIN KERETA SILA EMAIL KEPADA SAYA. (tacramivec@yahoo.com) SAYA AKAN SENT FILE doc KE ANDA atau BOLEH KUNJUNGI FACEBOOK SAYA www.facebook.com/jefftacra. PADA RUANGAN NOTE DAH ADA SAYA PAPARKAN TORQUE UNTUK ENJIN PROTON DAN MITSU 4G9X
sincerely
jefftacra

6 comments:

kroll said...

Salam ...
Torque bagi setiap skru dah ada pada kepala skru tu kan ... tp kalau skru dah diganti lain, maksud saya skru y tiada no torque dibeli di kedai spare part, adakah torque y sama digunakan utk skru tu. kt kedai spare part x jual skru y asli/original tu, melainkan cari di kedai potong ...

fahmic99le said...

menarik ni bro tacra.. beli kat ner?

jeff_tacra said...

biasa kat hardware ada jual

Anonymous said...

dalam bang, mase on switch indicator bateri x nyala ar, alternator nak kong ke??

suhaimi said...

what app boleh? no phone saya 0129170179 .. nat sr20

walter said...

salam saudara,sy nak tanya brp shrsnya dkenakan pd bolt silinder head perdua kancil tahun 2000 dan jg rocker arm nya.sekian terima kasih.