Headlamp Restoration

bertemu lagi... kali ni saya akan paparkan bagaimana membaik pulih headlamp dari mivec (plastik) kalau kaca wira standard tidak dapat jalankan proses seperti ini. biasanya lampu plastik mivec dari brand KOITO kelihatan sedikit kekuningan semasa diperolehi dari halfcut, jangan risau... kita jalankan proses restoration terhadap lampu berkenaan agar pulih seperti sediakala dan dapat menghasilkan cahaya yang terang benderang seperti baru. harus diingat juga kadar kecerahan cahaya bukan sahaja bergantung pada kaca ini tetapi banyak bergantung pada reflektor dalam lampu, kalau agak kusam bermakna cahaya yang dihasilkan nanti akan nampak malap sedikit dan begitulah sebaliknya


sepasang headlamp koito mivec plastik yang kelihatan agak kekuningan pada permukaan lampunya. hasilnya kalau pasang kat kereta akan kelihatan tidak menarik dan nampak sedikit pudar tambahan pula cahaya lampu nanti turut mendapat kesannya


sebenarnya untuk polish permukaan headlamp ini tak perlu pisahkan cover dari housingnya, saya tanggalkan sebab nak spray hitam kat reflektor, nak smoked headlamp. gunakan hairdryer untuk menanggalkannya cermin dengan housing headlamp


pisahkan plastik cover dari housing dan siap untuk dispray. cover dengan masking tape pada mana-mana bahagian yang tak mau dihitamkan. boleh rujuk entri khusu mengenai smoked headlamp di dalam entri blog lain


dah siap spray flat black high temp, cuba tengok entri blog terdahulu mengenai cara nak spray headlamp


plastik headlamp yang kelihatan kusam dan kuning akibat kepanasan bulb serta terdedah kepada cahaya dan kepanasa terik matahari. kalau kereta banyak parking kat ruang tertutup atau berbumbung kemungkinan akan menjadi kuning agak susah sedikit jika dibandingkan dengan kereta yang terdedah di bawah cahaya matahari pada tempat terbuka


gosok dengan kertas pasir 1000 grit dengan menggunakan air sehingga warna kekuningan itu hilang seratus peratus. tak perlu gosok kuat pun, hanya menggunakan tangan sahaja


kemudian gunakan kertas pasir 2000 pulak untuk melicinkan lagi permukaan headlamp ini. gosok dengan menggunakan air dan pastikan kertas pasir ini boleh digunakan dengan air. kertas pasir kering tidak sesuai untuk tujuan ini


lihat dua perbezaan, atas dah siap gosok dengan kertas pasir 1000 dan 2000. bawah yang belum buat lagi dengan dengan kertas pasir. nampak sedikit perbezaan dari segi warnanya


dah siap gosok dengan kertas pasir, keringkan terlebih dahulu dan anda dapat lihat permukaan yang tidak berkilat seperti di atas. sebenarnya permukaan ini dah licin cuma tidak berseri sahaja, perlu dipolish supaya berkilat dengan menggunakan bahan tertentu


gunakan rubbing compound dan mesin polish untuk kerja-kerja mengilatkan kembali permukaan lampu tersebut. rubbing compound ini boleh didapati di kedai menjual cat automotive


mesin polish black & decker untuk memudahkan kerja ini. tanpa mesin ini pun boleh juga gunakan tangan tapi maklum sahaja lah kalau nak polish tanpa mesin. gambar atas kerja-kerja polish permukaan lampu sedang dijalankan


lihatlah hasilnya pada gambar bahagian atas. bandingkan dengan bawah. atas dah naik serinya, dah nampak kilatnya jika dibandingkan dengan bawah yang belum dipolish


dah siap polish kedua-dua permukaan cermin/plastik


pasang balik kat housing lampu dan lihatlah hasilnya, seperti baru kan. kalau nak cantik lagi kita boleh tinted lampu ini dengan bahan plastik khusus untuk headlamp. ada jual di kedai aksesori kereta dengan harga sekitar rm30-rm50 untuk sepasang lampu kereta bergantung juga dengan saiz headlamp


sudah siap sepenuhnya.... headlamp plastik mivec brand koito made in japan daripada halfcut mitsubishi mivec atau yang seangkatan dengannya

sekian, terima kasih
jumpa lagi

ISC Servo / Stepper Motor Vol.2

bersua kembali... kali ini saya akan tunjukkan bagaimana hendak menukar coil dalam stepper motor bagi trottle body dohc mitsu/proton. kebiasaannya kerosakan stepper motor akan menyebabkan idling kereta tidak stabil lebih-lebih lagi semasa on ekon, rpm akan drop dan kadang-kadang boleh menyebabkan enjin terus mati. kebanyakan masalah berpunca dari coil stepper motor yang rosak. salah satu cara lagi nak kenalpasti kerosakan alat ini ialah semasa cold start waktu pagi rpm terus drop bawah 500 rpm, sepatutnya stepper motor lah yang berperanan bertindak sebagai auto choke untuk menaikkan rpm semasa start pagi dan perlahan-lahan akan turun ke normal rpm apabila suhu enjin panas dan stabil

peralatan yang perlu digunakan, multimeter, screw driver, solder dan stepper motor yang dikenal pasti sebagai bermasalah. multimeter digunakan untuk menguji nilai ohm setiap coil sama ada masih lagi elok atau tidak. bagi pengguna enjin SOHC memang tidak ada stepper motor ini kerana enjin sohc menggunakan sistem gear pada throttle body yang berperanan sama seperti peranan stepper motor ini

lihat pada nombor yang tertera. untuk mengetahui sama ada coil rosak atau tidak tap kan multimeter untuk mengetahui bacaan ohm iaitu tap kan pada 1 dan 2, 2 dan 3, 4 dan 5, akhirnya 5 dan 6. sepatutnya ada bcaan ohm diantara 30 - 40 ohm. kalau tidak ada bacaan antara pin tadi bermakna coil dah rosak, sudah sampai masanya untuk ditukar dengan coil lain

ni contoh bacaan pin 1 dan 2 dengan bacaan 33.3 ohm. dalam kes stepper motor saya tu hanya pin 5 dan 6 sahaja tidak ada apa-apa bacaan dan ini bermakna satu coil terpaksa ditukar dengan coil lain yang saya perolehi dari stepper motor lain

buka 3 nat dengan screw driver pada bahagian belakang stepper motor seperti yang tertera pada gambar di atas. ada kalanya skru ini sangat ketat jadi peralatan yang sesuai hendaklah digunakan supaya tidak merosakkan skru ini

setelah nat dibuka dan pisahkan stepper motor seperti di atas iaitu dua bahagian, satunya bahagian kepala stepper motor dan bahagian belakangnya

ini rupa coil dengan 6 pin yang disolder pada bahagian kanan tu. bawah plate besi tu ada coil. terdaapt dua coil yang disusun secara atas dan bawah dan disolder ke kaki pin untuk soket

desolder untuk menanggalkan coil pada stepper motor

ini lah rupa coil yang dikeluarkan. 3 pin setiap coil inilah yang bersambung dengan soket wiring nanti pada kereta. kalau rosak satu coil maka rosaklah stepper motor tersebut

coil kanan berfungsi dengan baik manakala yang sebelah kiri dah rosak, jadi tukar satu je sebelah kiri supaya dapat berfungsi dengan baik nanti

saya ambik dari stepper motor yang rosak jugak, nasib ada satu coil cantik lagi, jadi bolehlah saya tukarkan dengan stepper motor yang coilnya dah rosak tadi

cap coil dengan terminal untuk socket yang disambungkan dengan socket wiring kereta

pasang coil satu dan solder seperti asal, pastikan kedudukannya sama seperti sediakala supaya tidak mendatangkan masalah apabila dipasangkan pada kereta nanti

pasang coil 2 dan solder semula dengan baik

dah siap solder coil 1 dan coil 2 pada tempat asalnya

masukkan spring kat tengah-tengah coil dan pasang balik bahagian ini dengan bahagian muncung atau kepala stepper motor. sekali lagi test kedudukan pin dengan multimeter. kalau ada bacaan pada setiap pin bermakna stepper motor berkeadaan baik. apabila saya pasangkan pada kereta ternyata stepper motor ini berfungsi dengan baik, on aircond pun rpm naik dan tidak drop lagi

sekian, terima kasih
selamat mencuba

Conrod Bearing Replacement

kerosakan conrod bearing boleh dikesan dengan mendengar bunyi knocking yang agak kuat semasa tekan throttle ketika idling sekitar 3k rpm dan ke atas. knocking ini boleh didengar dengan jelas pada bahagian tengah-tengah blok enjin kereta. apabila ada tanda-tanda macam tu bermakna bersedialah untuk menukar connecting rod bearing yang baru. kalau dibiarkan lama kemungkinan boleh merosakkan crankshaft dan ini akan menyebabkan crankshaft terpaksa di polish atau diskim balik yang menyebabkan saiz bearing nanti tidak lagi menggunakan saiz yang standard. conrod bearing terdapat di kedai spare part dengan beberapa jenama yang tertentu manakala bagi yang hendak menggunakan bearing yang lebih tahan lasak bolehlah memilih jenama ACL atau pun KING di samping beberapa jenama lain yang terkenal lagi

kali ni kena kerja di bawah kereta, pastikan anda menggunakan jack stand kiri dan kanan kereta untuk langkah keselamatan kerana kemungkinan hydraulic jack boleh berlaku kerosakan bila-bila masa sahaja. malang tidak berbau dan beringatlah sebelum kena. oleh itu sentiasalah beringat sekiranya kerja di bawah kereta selalulah menggunakan jack stand. crossmember dan downpipe exhaust pun kena buka sekali. akhirnya barulah boleh buka oil pan/oil sump. gambar atas ialah oil pan aluminium mivec

sementara menunggu kerja seterusnya, saya cuci dulu oil pan tadi dan hasilnya seperti gambar di atas, bersih kan. untuk memasang conrod bearing tak perlu turunkan enjin pun kerana pemasangannya boleh dilakukan melalui bawah kereta sahaja. head enjin pun tak perlu buka

ini ialah lower oil pan mivec, yang aluminium tu upper oil pan, oil sump atau oil pan mivec ada dua lapis seperti yang telah saya nyatakan tadi. cuci sampai bersih dan saya spray dengan cat hitam agar nampaklah baru sedikit walupun sebenarnya usianya dah tua

penyedut minyak hitam atau istilahnya ialah oil screening dan baffle plate kat oil pan. peranan baffle plat tu tak pasti pulak, mungkin minyak turun dari head akan jatuh atas baffle plate ini dulu sebelum masuk ke dalam oil pan

2 hari baru sampai barang. saya memilih rod bearing ACL jenis heavy duty dengan harga seratus lebih. kalau kat spare part bearing 4G92 brand TAIHO JAPAN hanya berharga rm45 sahaja. ACL sesuai lah bagi yang selalu hi-rev, tahan sikit. nak lagi cantik boleh ambil ACL race series yang kotaknya berwarna perang atau pun boleh ambil brand KING atau brand lain yang setaraf dengannya

bila oil pan dibuka nampaklah crankshaft seperti di atas. pusing crank sehingga conrod cap betul-betul berada di bawah untuk menyenangkan proses membuka nanti. kerja agak sukar sedikit kerana kereta tak betul-betul tinggi, cuma saya gunakan jack stand sahaja, kena lah terlentang di bawah kereta

conrod cap telah dikeluarkan, untuk bearing bahagian bawah begitu mudah sekali sebab dapat keluar bersama cap conrod tapi untuk bearing bahagian atas kena tolak sikit conrod tu bagi naik atas dan keluarkan bearing. jangan terlalu ke atas sangat nanti ring piston akan terkeluar daripada silinder blok dan ini akan menyukarkan untuk masuk kembali, kena buka head lah pulak jawabnya. tolak piston ke atas sekadar dapat mengeluarkan rod bearing sahaja

ACL bearing yang akan dipasang pada cap conrod, kena letak minyak hitam dulu supaya tidak kering masa pasang nanti

tekan bearing sehingga betul-betul rapat, perhatikan ada marking untuk kemasukan bearing kat sebelah kanan tu. semasa memasang nat nanti perlukan torque wrench dengan kadar 14ft.lbs atau 20Nm pada setiap nat. lepas tu pusing nat dengan spanar biasa sebanyak 90 darjah atau suku pusingan, kena marking kat nat menggunakan liquid paper supaya darjah pusingan tidak terlebih. dah selesai pemasangan bearing pada conrod

gunakan permatex ultra grey sebagai sealant untuk memasang oil pan. ta perlu gunakan gasket kertas atau sebagainya. memadai dengan hanya menyapu sealant ini pada bahagian tepi oil pan. alur oil pan seperti di atas juga hendaklah diletakkan gam gasket ini supaya tidak berlaku kebocoran minyak nanti apabila dipasangkan semula pada kereta 

upper oil pan telah dipasang, torque nat sekitar 24Nm sahaja mengikut manual mitsubishi dan jangan lebih daripada itu kerana dikhuatiri nat atau thread akan loose, susah pulak kerja nak buat thread baru nanti. kena gunakan torque wrench agar ikatan nat menjadi sekata dan tidak senget dan tidak mudah bocor

pasang pulak lower oil pan pun mengikut torque yang betul pada nat ini. boleh rujuk entri mengenai torque terhadap setiap nat pada enjin pada entri lain. saya masukkan khusus setiap torque pada nat untuk memudahkan kita merujuk dan menggunakannya apabila diperlukan

ini rupa bearing yang dah rosak. untuk conrod piston no.2 dah terlalu teruk haus sehingga nampak cooper, sebab tu ada bunyi knocking kuat, nasib crank masih lagi ok dan kalau crank

susunan rod bearing yang dikeluarkan, dah sampai masa untuk diganti akibat wear & tear

bearing kanan dah haus banyak, memang patut ditukar. dah selesai kesemuanya biarkan kereta beberapa ketika dan masuk minyak hitam dan filter baru. start kereta dan cek kalau-kalau ada leaking kat bahagian oil pan. sekarang enjin dah smooth dan cantik

terima kasih
sincerely: jeff tacra

Fuel Filter Replacement

bertemu lagi untuk diy menukar fuel filter injection. kebiasaannya fuel filter hendaklah ditukar pada setiap 50k mileage kerana kalau dah sumbat kereta boleh jerking, idling tak stabil dan pemanduan kereta apabila rpm tinggi rasa lemau sikit. sepatutnya bila dah capai 50,000 mileage segeralha tukar dengan yang baru. kedai spare part ada jual fuel filter ini dengan beberapa jenama seperti keluaran proton, bosch, paraut dan lain-lain lagi.

fuel filter injection wira 1.6 original proton. kalau kat spare part harga sekitar rm25 - rm30 sahaja manakala kalau di pusat servis proton harganya seperti yang tertera pada kotak tapi sudah semestinya kalau beli di SC proton barangnya adalah original. di kedai spare part belum tentu lagi barang original atau local kerana dari segi luaran memang nampak sebijik macam ori

kedudukan fuel filter dalam engine bay iaitu pada bahagian firewall di bawah clutch pump. anda boleh lihat kedudukannya berpandukan pada gambar di atas. untuk membukanya terlebih dahulu keluarkan air filter box, hose air filter dan paling penting jangan lupa cabut terminal negatif bateri. jangan main-main kerana semasa membuka hose fuel filter ini minyak petrol pasti akan keluar juga dan dikhuatiri berlaku spark akibat tidak membuka terminal bateri, habislah satu kereta. so, kena hati-hati untuk menjalankan diy ini

boleh lihat dengan jelas pada bahagian bawah pump clutch dan ada satu hose ke fuel rail. bahagian inlet fuel filter ini bersambung dari tank dengan menggunakan hose atau paip besi dan outlet dengan hose getah seterusnya ke fuel rail

terlebih dahulu buka nat 10mm kat fuel rail. sebelum tu pastikan terminal negative bateri dibuka bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku, maklumlah main dengan petrol ni, bahaya sikit. saya paparkan di sini ialah enjin 4G92 MIVEC tetapi sama sahaja dengan mana-mana enjin keluaran proton

gunakan spanar 10mm untuk membuka hose kat fuel rail. semuanya da 2 biji nat pada fuel rail seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas. sekarang buka nat bersaiz 14mm pada bahagian inlet fuel filter iaitu di bahagian bawah filter. perlu gunakan 2 spanar iaitu satu untuk menahan filter supaya tidak bergerak dan satu lagi spanar 14mm untuk membuka nat hose inlet. kalau dapat guna flare wrench lagi baik kerana bimbang sekiranya nat ini akan loose

buka 2 biji nat 12mm lagi pada bracket filter yang diletakkan pada firewall kereta. gambar ini setelah fuel filter dikeluarkan. inlet fuel filter gunakan spanar saiz 14mm dan juga gunakan spanar 19mm sebagai penahan ketika membuka skru hose dari tank

ini outlet fuel filter, gunakan spanar saiz 19mm untuk membukanya

selepas outlet hose dibuka, pastikan dua washer digunakan semula semasa memasang pada filter baru nanti. kebiasaannya dalam kotak nanti akan ada 2 copper washer untuk digantikan dengan washer lama

buka braket dengan spanar 10mm

kepala hose yang masuk kat fuel rail, 2 bijik nat 10mm

ada tanda IN dan OUT kat fuel filter

setelah filter baru dipasang pada bracket dan hose, seterusnya sambung pula paip dari tank ke filter tadi. setelah siap sambung balik terminal negative bateri. on kunci dan off balik dan on sekali lagi dan start kereta. pada awalnya kereta mengambil masa panjang sikit untuk hidup sebab tak ada pressure minyak. kalau dah hidup segera cek balik kat mana-mana sambungan untuk memastikan tiada kebocoran berlaku. kalau bocor matikan kereta dan ketatkan tempat berkenaan

sekian, terima kasih
jumpa lagi