4G13/15 Valve Clearance Adjustment

enjin wira 1.3 atau 1.5 lama kelamaan akan mengeluarkan bunyi yang sedikit bising akibat gap clearance valve yang tidak sekata akibat wear and tear. tambahan pula prestasi kereta akan menjadi tidak efiesen akibat gap valve yang terlalu besar. jadi kita mestilah laraskan semula valve clearance agar menjadi seperti asal dan ada juga yang adjust mengikut resipi pomen masing-masing untuk meningkatkan prestasi enjin

ini tool utama yang perlu ada iaitu feeler gauge. boleh dibeli di mana-mana kedai hardware dengan harga yang berpatutan. selain daripada digunakan untuk mengukur kelegaan valve feeler gauge ini boleh juga digunakan untuk mengukur gap rod pada spark plug

saya akan menggunakan ukuran semasa hot engine iaitu enjin dalam keadaan suam tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk pada 0.25mm untuk exhaust valve dan 0.20mm untuk intake valve sebagaimana yang tercatat dalam manual owner enjin 4G13/15 yang akan dipaparkan di bawah nanti

buka cover rocker arm seperti biasa dengan membuka 6 skru bersaiz 10mm pada sekeliling rocker cover. kereta yang saya kendalikan ini ialah sebuah wira sedan dengan enjin berkapisiti 1.5 litre

keadaan dalaman enjin yang agak kehitaman sedikit akibat minyak hitam. sepatutnya tidaklah hitam sangat macam dalam gambar ini. itulah pentingnya penukaran minyak enjin mengikut masa yang sepatutunya dan jangan terlebih masa pulak, inilah hasilnya

laraskan campulley mengikut timing mark yang betul sepertimana kita hendak memasang timing belt mengikut marking yang tertera pada pulley dan marking pada blok enjin, biar selaras antara satu sama lain

notch timing mark kat head hendaklah selaras dengan timing mark kat campulley

bila timing mark dah betul barulah adjust clearance bagi intake piston no.1 dan no.2 sebanyak 0.20mm. pada kedudukan pulley seperti ini hanyalah boleh kita laraskan dua valve piston yang telah dinyatakan di atas

apabila selesai adjust valve intake pindah pula ke valve exhaust 1 dan 3

cara melaras ialah pertama buka nat pelaras valve 12mm., masukkan ukuran feeler gauge antara valve dan rod pelaras berkenaan. pusing dengan menggunakan screw driver supaya gapnya tepat seperti yang dikehendaki. akhirnya tahan pelaras dengan screw driver dan ketatkan nat 12mm tersebut, selesai...

untuk melaras piston no. 3 dan no. 4 serta valve exhaust 2 dan 4 hendaklah memusing campulley sebanyak setengah pusingan daripada yang mula-mula tadi seperti mana yang saya terangkan di atas

setelah siap bersihkan segala minyak sekita head untuk memasang kembali rocker arm

dah siap adjust kesemua 12 valve bagi enjin SOHC. kalau untuk enjin DOHC biasanya kita perlu melaras valve clearance sebanyak 16 valve bertambah 4 lagi daripada enjin SOHC ini

ini ialah manual untuk dijadikan panduan semasa proses ini dijalankan

peringatan: cold engine intake 0.09mm dan exhaust 0.17mm
hot engine intake 0.20mm dan exhaust 0.25mm

sekian, terima kasih
jumpa lagi