Apexi Auto Timer Pen Type Installation

hari ini (4 disember 2010) kuala terengganu hujan sejak dari semalam lagi tak henti-henti. maklumlah.. musim tengkujuh, namun aktiviti diy tetap diteruskan seperti biasa, hehhe... kali ini saya paparkan cara pemasangan apexi auto timer atau turbo timer pen type pada sebuah kereta satria 4G13 yang mempunyai ecu mmc, satria lama ni. enjin NA pun boleh pakai turbo timer tapi fungsinya tidaklah sebaik untuk enjin turbo iaitu sebelum mematikan enjin, perlukan sedikit masa untuk membuatkan enjin turbo berehat sebentar. bagi enjin NA apexi pen type ini membolehkan pengguna memantau bacaan voltage kereta serta dapat juga mengetahui keadaan air fuel ratio kereta walaupun secara narrow band sahaja

apexi auto timer complete yang diperoleh oleh owner kereta satria ini dari kedai halfcut, barang memang original. kalau timer fake bacaan o2 dan air fuel ratio tak funcion sepenuhnya, static macam tu sahaja. bagaimana hendak mengenali sama ada pen type ini original atau tidak. di pasaran sekarang ada harganya semurah rm35 sahaja dan sudah tentu barang ini tiruan. jadi kita dapat lihat pada wire iaitu kalai original wire nya berbelang-belang atau bercampur dengan calitan warna lain. bukan ori warna wire hanya solid sahaja tanpa campuran atau stripe warna lain

kena buat connector dulu sebelum dipasang pada soket timer supaya pemasangan akan menjadi lebih kemas dan tidak mudah longgar atau pun terus tercabut. dapatkan terminal wire connector atau lucar wire di kedai peralatan elektronik

connector dah siap dengan 3 wayar utama pada timer iaitu merah, biru dan hijau. ada kalanya soket pun boleh didapati di kedai halfcut. kalau dapat soket lagi senang nak pasang, hanya plug ini soket sahaja dan selebihnya lagi proses wiring pada kunci kereta je lah

buka panel bawah stereng, dan unplug soket suis yang berwarna putih + biru. perhatikan wayar dari timer iaitu merah, biru dan hijau yang akan di 'tap' pada wayar suis. 3 wire utama inilah yang menghidupka turbo timer dan perlu disambungkan pada wire yang sepatutnya  bahagian wire kuci

proses wiring adalah seperti berikut, merah constant 12v tap pada wayar putih (constant 12v), hijau tap pada wayar hitam stripe putih (on/ignition) dan biru tap pada wayar biru stripe hitam (acc). balutkan tempat penyambungan tadi dengan elektronik tape dan kalau boleh gunalah jenis 3M kerana tape jenis ini boleh melekat dengan baik dan tidak mudah tanggal dan boleh bertahan dalam jangka masa yang lama

wayar grey pada timer hendaklah di tap pada wayar kuning stripe hijau iaitu wayar pada handbrake. tujuannya sebagai safety bagi kereta iaitu kalau timer sedang countdown, enjin masih hidup dan kalau jatuhkan handbrake, secara automatik kereta akan mati. ini langkah keselamatan dan perlu disambung ke wire handbrake ini. contohnya kita off kereta, timer sedang running dan tiba-tiba ada seseorang memasukki kereta untuk melarikan kereta, pada masa ini jika handbrake dijatuhkan kereta akan terus mati. kalau tak nak sambung wire ni ke handbrake maka perlulah disambungkan wire grey ini pada body kereta (-), kalau tak timer tidak akan berfungsi

ini pula ialah wayar putih dan hitam dari timer untuk di tap kepada ecu kereta. jika anda hendak menggunakan function bacaan AF dan O2. pada timer wayar putih (o2) dan hitam (ground) hendaklah disambungkan ke ecu. kalau tak nak function ni groundkan wayar hitam pada mana-mana body

ini diagram pinout yang mesti diikuti untuk menyambungkan wayar hitam dan putih tadi iaitu wire hitam tap pada pin ground seperti yang dipaparkan di atas dan wire putih tap pada pin wire O2 sensor

sebelum unplug soket ecu terlebih dahulu anda hendaklah menanggalkan terminal negative bateri sebagai langkah keselamatan. ini lah rupa 3 soket utama ke ecu mmc

sambungan wayar hitam dan putih tadi hendaklah berpandukan gambar ini

dah siap sambung kedua-dua wayar tersebut dan pasangkan balik soket pada soket ecu mengikut kedudukannya seperti asal tadi. tapi kalau silap pun soket ini tidak dapat masuk pada soket ecu, saiz tak sama antara ketiga-tiga soket tersebut

sambung balik terminal negative bateri, on kunci dan timer akan hidup seperti ini. anda boleh gerakkan tombol pada sebelah kanan timer untuk mendapatkan fungsi tertentu seperti O2, AF, Volt dan timer

start kereta dan off kan suis, timer akan countdown seperti di atas. untuk function AF (air fuel ratio) dipaparkan pada timer terlebih dahulu sensor o2 kena panas, jadi kena pandu kereta anda ronda-ronda untuk beberapa minit barulah bacaan af akan hidup. masa timer countdown cuba tekan suis power window dan pastikan power window dapat dinaikkan atau diturunkan. ini bermakna aksesori kereta anda berfungsi termasuklah radiator fan pun akan berfungsi. andai kata masa timer countdown dan enjin terlalu panas, radiator fan akan dapat berfungsi seperti keadaan asal. sekiranya tidak berfungsi ada sesuatu yang tak kena pada proses wiring anda tadi, kena cek balik

sekian, terima kasih
jumpa lagi

89 comments:

me said...

diy yg best abg jeff... nak tanya.. klu nak jumper af/02(terminal apexi) kat soket 02 sensor kat enjin camne erk.. coz 02 sensor kat enjin ade 4 wire yg berlainan. ( model wira 1.5 ecu mmc )

jeff_tacra said...

boleh jugak ambik kat sensor kat enjin, cari wire kaler putih

hilmi said...

asslamulaikum abg jeff... saya tgk skrng ni bnyk sgt yg tiruan kat market... ada cara ker nak tau yg ori or yg tiruan....

jeff_tacra said...

cara mudah nak kenal ialah kalau yang ori setiap wayar ada calitan merah sepanjang wayar. kalau yang fake kaler wayar solid tanpa ada calitan merah, tq

Anonymous said...

nak tanya....kalo sensor utk campro kan...wayar itam tu sambung mana....x mo tap kat ecu

jeff_tacra said...

sambung kat body (ground aka negative)

Anonymous said...

owh....
yg 3 wayar tu amik wayar mana ye...sbb bwh steering banyak wayar...
camne nak tau wayar ignition, acc ngn const 12v...
kena test ke or code wayar sama je....
lg 1 wayar parking brake ti nk carik kat mana...

keta persona

jeff_tacra said...

wayar ignition posisi kunci on wayar ada api, acc position kunci kat acc ada api, constant 12v sentiasa ada api walaupun kunci off. wayar parking brake kat bawah batang hand brake, ada satu wayar masuk situ

Anonymous said...

abe jeff leh wt diy nk bukak blower fan kat dashboard tak? tak tau lak....pakai wira se

jeff_tacra said...

cari balik entri diy pasa cuci blower ekon, dah ada saya posting dalam ni

Anonymous said...

salam abg jeff....
kalo kita tap camni leh off guna alarm ke masa kuar keta...

jeff_tacra said...

nak off guna alarm kena bypass satu wayar alarm pulak, bergantung pada alarm. kadang-kadang tak payah bypass pun

Anonymous said...

yg diorg guna relay tu cmne lak....nk bg bila off je timer tu kunci x naik....

ady said...

abg jeff....dah pasang...pas off je timer...kunci trus naik....huhu

joefbi4 said...

haaa...abang jep oi...nak tanya gak benda sama dengan ady nih...lepas habis countdown, alarm akan unlock kunci kalau kita arming masa enjin belum mati...sebab alarm detect enjin mati, kunci unlock laa...padahal enjin belum mati sebab ada timer...sedangkan kita dah arming alarm...

tak silap, kena bypass dengan relay...tapi tak pasti macam mana...

Anonymous said...

haha....salam bro....erm berminat nak pasang apexi pen kat proton saga blm r bro.bro ader tak pin diagram untuk ecu saga blm???
kairyl@lycos.com

Anonymous said...

slm bos tanya sikit 3 wayar utama tu kedudukan relay dia kat mana ek?
hitam
putih
biru
yg kat soket putih&biru tu...
sy nya t.timer hks type0 silver ori(model lama)..yg ada funtion volt meter...bila off enjin alarm turbo timet ikut mati sekali...sebab relay atau sebab sy tak tap wayar h.break(kelabu) n rpm(coklat)
dlm manual dia ckp wayar coklat tap kat rpm..
terima kasih atas bantuan...

Anonymous said...

pembetulan bukan alarm ikut mati, t.timer ikut mati sekali masa off enjin...hehe

jeff_tacra said...

kena tap juga wayar handbrake, kalau tak nak tap ke wayar handbrake, boleh tap terus ke ground/body

Anonymous said...

salam,abg jeff nak tanya, untuk wira tahun 94(carberator)boleh tap mcm nie jugak ka? wayar dia sama x?

jeff_tacra said...

sama je kot dengan cara ni, cek dulu color wiring, sama tak sepert di atas

Anonymous said...

sama bang jeff,tp untul o2 dgan af nak sambung kat mn? carb xada funtion 2..

han said...

abg jeff sy nak tanye...sy dh pasang turbo timer hks type 0 cap ayam nyer x ori...bile sy off ignition masa engin tgh on...tetiba2 engin jd mcm nak mati dlm sesaat(tetiba signal injection idup dlm sesaat pastu off balik) pastu tu br timer tu ambik alih, engin sy yg mcm nak mati td tu trus jadi segar balik pastu br countdown timer abis countdown tu br engin tu betul2 off...nape eh?ke org kedai tu salah wirering??ke sbb timer tu cap ayam mmg mcm tu...

jeff_tacra said...

macam relay timer tak berapa cantik, delay sikit semasa ambil alih api dari enjin. sebab tu kena pakai yang ori

Anonymous said...

bang jeff, nk tanya mana letaknya ecu utk wira 1.5 M

Abd Rahman said...

Salam,untuk pengetahuan anda ecu wira kat sebelah kiri penumpang depan kiri kat sebelah blower air cond.Kesempatan ni nak tanya kalu waja injin mitsubhi ware mana pula nak tap untuk dapat bacaan o2 dan dan lain2 bacaannya.

ledang said...

as salam bang jeff, klu apexi nie, tutup suis, timer counting, tapi enjin mati, kenapa? central board dia dah kong ker?

jeff_tacra said...

macam ada wiring yang tak kena, try cek wiring dulu

Anonymous said...

salam bang jeff...
tmpang tnye.. saye dah pasang turbo timer apexi tp bile timer off, kunci naek n alarm x bunyi bile tekan... mane silap 2...? tq... minx tunjuk ajar...

Anonymous said...

assalamualaikum abg jeff....leh x abg jeff buat kan diagram untuk pasang timer kat proton waja 4g18p...

jeff_tacra said...

lebih kurang sama je konsepnya, pastikan 3 wayar yang dinyatakan di atas

Anonymous said...

Wire oksigen sensor mana satu pakai ada 2 sensor bang.

jeff_tacra said...

kebiasaannya ada sati je sensor O2, macamana pulak boleh ada 2 sensor, wira enjin apa tu

Anonymous said...

Saya check kat bawah keta,sebelum & selepas cytalitik qonvoter kut.jadi nak pakai wire yg belakang @ depan betul.

Anonymous said...

Keta proton Waja engin Mitsubhi.Taun 2003.

jeff_tacra said...

pakai yang depan, yang belakang tu engine gas temp

Que said...

smekom abg jeff..mau tanya cmne wiring apexi turbo timer di kancil660?sbb caler wayer die lain dari wira..

jeff_tacra said...

kalae perodua memang lain dari wira, kena guna test lamp untuk kenalpasti masa wire constant 12v, wire on/ignition dan wire acc

Anonymous said...

untuk waja 4g18.....masa tengah countdown timer,alarm x leh lock dah habis countdown baru leh lock. pakai alarm waja standed kilang

jeff_tacra said...

duk area mana, mai nak tolong selesaikan problem tu

Anonymous said...

salam. bang nk mntk tunjukn cara nk pasang kt proton waja 4g18. dan wayar o2 ngn af tu nk tap kt mane???

jeff_tacra said...

kalau tak ada ecu pinout boleh tap kat wayar putih di o2 sensor kat enjin, wayar hitam ground je

Anonymous said...

yg wayar hitam tu kite ground kn kt mane2 je ke atau mcm MANER

Anonymous said...

salam, bang bole sy tau ECU waja ktr belah mane ye??? sbb dah puas cr tp xjmp pn...

Anonymous said...

salam. nk tnya. klu kite nk set kn kt timer tu bacaan AF ngan o2 nk set kn berapa untuk waja 4g18. time ksh

jeff_tacra said...

tak perlu set apa-apa, pasang je timer tu

Anonymous said...

ecu waja kat bawah dashboard dia duk tgh2 dashbord.klau cek betul2 mesti jumpa.abg jeff..wayer o2 waja kale putih ker?sy ingat nak tap kat timer tp ecu waja kat tgh2 dashborad susah nak buat kerja.kalau tap direct dari o2 sensor blh ker?

jeff_tacra said...

tap direct kat sensor pun boleh, tak ada masalah

Anonymous said...

ok.tq

Anonymous said...

salam bang,wiring pen timer nih kacau x kalo psg alarm yg ada remote start kt keta satria..bole guide cmna nk setel?sbb anata kedai depa kata xble psg :( ni kalo 4g93 wiring sm gk cm pic abg pos ni kan?

Unknown said...

Saya Buat kat persona.. lepas habis timer habis baru boleh alarm lock.. cam mana tu.. dok Shah Alam.. Tolongg..

jeff_tacra said...

on kunci, dapatkan wire 12v kat alarm, potong dan sambung ke acc, setel

Anonymous said...

SALAM abg jeff, boleh x abg bg wiring diagram (ecu pinout) utk kancil L200s......nk cari pinout O2 sensor & speed sensor.....TQ

Anonymous said...

abg jeff, ni sesuai di buat wideband x?

jeff_tacra said...

apexi auto time ada bacaan af ratio tapi bukan secara wideband, itu narrowband dan tidak boleh untuk dibuat tuning sebab bacaan tak tepat sepert wideband. sebagai panduan boleh

Rzlan jenal said...

asalamualaikum abg jeff..cara yg abg jeff terangkan kt sini adakah sama boleh diguna pakai pada wira yg menggunakan ecu vdo siemens (wira SE)?klu tak sama tu,boleh explian sikit tak?teringin nak pakai timer jugak walaupun x de turbo..he2..terima kasih..tacra garage terus maju..

Anonymous said...

Salam bang, sy dh psang ikut diagram yg abg bg tu timer dgn bat ok.. tp kenape bacaan a/f statik 20.0 je.. Xgerak2 cmtu je..

smokie said...

salam bagi jeff.

saya cek wiring kt kete saya. Cuma wayer o2 je yg di sambungkan ke Ecu. manakala wayer ground tidak di tap ke mana2. punca saya cek. Sebab o2 reading x pernah keluar.

Wayer ground tu pendek je. Mungkin kedai dah gunting. Je macam mana?

jeff_tacra said...

Kena sambung wire ground ke ground ecu sekiranya hendak menggunakan function o2 dan af reading

smokie said...

semalam saya buat, saya sambung kan wayer ground ikut gambar rajah yang abang jeff tunjuk kan.

sebelum ni, (sebelum wayer ground di tap ke ECU) reading untuk o2 antara 018 - 028. tapi A/F memang tak pernah keluar apa2 nombor. cuma - - -

jadi semalam setelah saya sambung kan wayer ground dari pen timer tu dan di tap kan ke socket 1 ground ECU. reading o2 jadi macam statik. antara 007 - 008. dan reading untuk A/F tetap sama, tiada nombor. - - -

hmmmm. barang ni saya beli baru dan original. asalnya kedai yang saya beli tu yg pasang. masa tu lagi A/F memang tak keluar. tapi kata kedai.. sama macam abg Jeff cakap.. kena jalan2 dulu. ini dah berbulan jalan. macam tu jugak :p

apa pandangan Abg Jeff?

jeff_tacra said...

Memang beli tu betul ori ke, berapa rm harganya

Anonymous said...

salam bang jeff...sy ada wyring TT apexi pen ni kt kdsi.mula2 ok..tp bsk sy test lg,trus mati msa sy of kunci..apa mslhnya tu bang?? wyr constant 12v dkt proton iswara wrna htam.hijau sy tap dkt wyr hitam stripe putih n biru sy tap dkt wrna biru stripe merah..(mngkn wyr utk iswara mmg wrna mcm tu kn?) tp nk tnya bang jef,napa sehari je hdup..wyr htam n grey dr timer tk tau org kedai letak mne.hehehee..tp dkt pintu penandu ada wyr htam.dia smbungkn wyr grey ngn hitam dr timer tu g wyr hitam dr pintu pemandu..blh tlg tk bang...???

jeff_tacra said...

kena check balik wiring yang disambung kerana kemungkinan longgar

Anonymous said...

salam abg jeff...wire O2 dan ground dari timer boleh x sambung pada O2 sensor pada ekzos? ke sensor apa kat ekzos tu....minta pendapat x nak kacau ECU

Anonymous said...

salam abg jeff. biasanya harga ori brapa ek. kalau harga yang 30 yang jual kat kedai tu mcmn?

sam said...

bang jeff sye da pasang hks timer type0 tpi ade satu wire brown..wire ape tu??nk smbng kat mana?? pastu alarm lock timer ambk alih..so enjin hdp lg enjin mati je jdi unlock blik..ape yg x kena abg jeff plezz

saiful said...

macamana nak cari wayar ground & wayar o2 sensor tu pd ecu ?? ??? ?????

jeff_tacra said...

untuk mengetahui kedudukan wire pada ecu kena dapatkan ecu pin out, tak boleh main cari macam tu je

Kamarulzaman Remli said...

salam abg jeff mohon tunjuk ajar, cara memasang TUBO TIMER Greddy pada proton persona 1.6i Manual Tahun 2009...

azhairi said...

sy dh psg timer nie ikut apa yg abg jeff ajar so timer hidup leh bc volt bateri,tp bla off knci dia xcountdown n enjin terus mati..xleh nk set kt timer tue...so nie slh wiring@timer nie yg xbtul...plz sape2 yg thu bg respond...

Peter said...

hello abg jeff..... ada tak tutorial untuk pasang auto timer ni kat kancil lampu segi (tahun 98). nak beli satu timer ni (china punya je) dah DIY utk save installation cost. hehehe...
TQ :D

Yee Ayee said...

Sambung ke acc mane??? Acc yg kt tt kew...??? Mintak bantuan otai...

Yee Ayee said...

Salam'''pening la...bila off switch still keta xley lock ngan alarm...bkpe erk...tlg2...

Yee Ayee said...

Jd dh...tq bro...

Yee Ayee said...

Jd dh...tq bro...

Iman Noor Shaiful Bhakri said...

salam bang klau pkai ecu standert bole ker dpat bacaan AF too..???

Azli Zain said...

assalam..bro nk tanya sikit saya guna timer pen apexi tapi bila off enjin terus padam sedang kan timer masih countdown apakah masalah nya bro boleh bagi penjelasan tak?

Saiful Pon said...

as salam..camner kalo dah off switch x leh lock alarm..pls..

mohd johari said...

Wat cmne bro??

lazuardi dcc said...

salam abg jeff,
kenapa biler off enjin, timer berjln ttp lampu check engine menyala.
adakah salah wiring ?
wira VDO.

Piza 89 said...

salam .wayar alarm nak ambik hk mane se ..pastu nak join kat mne wayar dari alarm tu jeff ..bile enjin off 20second lock pintu naik semule

NurArissA Collection said...

assalamualaikum.boleh ke pasang o2 sensor pada iswara karburator?tunjuk ajar

NurArissA Collection said...

assalamualaikum.abg jef klu o2 nak pasang kat iswara karburator leh ke?

saufi said...

assalamulaikum abg jeff..alarm module persona dekat area mn..bla off swtich alarm xleh lock bla engine xmati lg..detail plss

Jeff Tacra said...

wssalam, module alarm personan letaknya dalam boot belakang sebelah kiri, kena selak carlet baru nampak

mohd syahrul said...

asalamualaikom...abg jeff sy dah terbeli yg tiruan la...kalau saya pasang ada risiko apa2 tak???

Zinan Taj said...

salam bos... ada x tutorial pasang alarm pada proton wira... tukar dari ori kepada alarm lain...

Unknown said...

Assalamualaikum abg joe..mungkin komen ni lambat skit..sy try pasang kt saga flx auto cvt tp masalahnye cubaan first ok tp yg kedua enjin mati lepas cabut kunci walaupun timer on lg..ape masalah tu?tolong whatsapp sy bro..0133558284..berharap sgt

Anonymous said...

Salam..en boleh tlg ajar utk pasang turbo timer NA pd kereta model proton jenis Gen 2 1.6 manual (non cps)..boleh reaply pd wassap sye pd no 017-7348556..tqvm...