Door Trim Removal (Viva & Wira)

bersua kembali... atas permintaan rakan-rakan saya paparkan bagaimana cara nak membuka door trim viva dan door trim wira. pada asasnya lebih kurang sama kaedah untuk membuka kedua-dua door trim kereta ini, sebagaimana yang akan ditunjukkan di bawah. kereta lain pun lebih kurang sama sahaja caranya untuk membuka door trim cuma mungkin ada satu atau dua cara yang berbeza sahaja. konsep dan kaedahnya tetap sama

untuk door trim kereta viva, pertamanya buka dahulu skru door handle cover seperti mana yang ditunjukkan di atas

buka pula skru door handle

keluarkan handle atau mangkuk pintu

lepas tu barulah umpil door trim pada bahagian tepi

gunakan tangan sahaja untuk mengumpil door trim kerana hanya menggunakan klip sahaja untuk melekatkan door trim dengan panel pintu

seterusnya untuk menanggalkan door trim dari panel pintu angkat ke atas bagi mengeluarkan door trim
dah pun dapat dikeluarkan, hati-hati kerana wayar power window masih melekat kat door trim. unplug soket power window terlebih dahulu untuk menanggalkan door trim sepenuhnya dari panel pintu. siap....
kereta wira pula lebih kurang sama je cara nak buka door trim, cuma skru kat sini lebih sikit dari door trim viva. terlebih dahulu buka skru pada bahagian tepi door trim

buka skru door handle

keluarkan mangkuk seperti di atas

buka skru pembuka pintu

keluarkan cover pembuka pintu

umpil cover kecik ini sebab ada skru di sebaliknya dan buka skru berkenaan

akhirnya umpil door trim dengan tangan seperti door trim viva di atas

unplug soket power window, selesai...
sekian, terima kasih
jumpa lagi